13 Idea Menggunakan Milo dengan Unik dan Kreatif

Sebagai rakyat Malaysia, Milo sememangnya satu produk yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita. Hal ini demikian kerana sudah menjadi kebiasaan untuk kita mulakan hari kita dengan secawan Milo panas dan sekeping roti disapu jam buah.

Walaupun begitu, takkanlah kita tak berasa bosan minum Milo bersama roti disapu jam setiap hari? Oleh itu, kita perlu bersifat kreatif dan pastikan kita betul-betul dapat menikmati Milo dengan idea-idea kreatif di bawah.

 

1. Agar-Agar Milo

Kredit: balqis-resepiku.blogspot.my

Baik untuk minum petang, jamuan keluarga mahupun sebagai aktiviti bersama anak pada waktu hujung minggu, agar-agar Milo senang dan sesuai untuk disediakan ketika anda kehausan idea untuk menyediakan sesuatu yang menarik dan anda hanya ada Milo di dalam pantri. Jangan lupa untuk buat lebih kerana agar-agar Milo memang cukup disukai semua.

 

2. Milo Baby Dinosaur

Cuaca di Malaysia sentiasa panas. Walaupun anda berada dalam bilik yang dilengkapi pendingin hawa, badan anda pasti berasa lemah dan lemah. Hal ini pasti menganggu prestasi kerja anda. Jadi, apakah yang anda perlu buat? Sediakan segelas Milo Baby Dinosaurlah! Percayalah, dengan seteguk sahaja, anda akan terus berasa segar-bugar dan cergas untuk membuat kerja.

 

3. Roti Bakar Milo

Kredit: tokopedia.org

Semasa kecil, anda pasti sudah biasa bersarapan dengan secawan Milo panas dan roti yang disapu jam sebelum ke sekolah. Kini, anda biasanya, bangun cukup-cukup masa untuk bersiap dan terus bekerja. Biasalah, adat orang bekerja di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Jadi, jika anda kesuntukan masa tetapi masih mahu bersarapan. sapukan mentega di atas roti dan kemudian tabur sahaja Milo di atas. Mudah, senang dan pastinya, menyerlahkan rasa Milo yang kita sukai.

 

4. Aiskrim Milo

Kredit: youtube.com

Kalau anda merasakan Milo Baby Dinosaur terlalu pekat dan boleh membuatkan anda berasa jelak, dapatkan cara alternatif untuk menyejukkan tekak anda dengan aiskrim Milo. Dari segi rasa, tiada perbezaan yang dapat dikenal pasti tetapi itu bukanlah sesuatu yang teruk.

 

5. Kek Lava Milo

Kredit: youtube.com

Kek coklat lembap merupakan pilihan pencuci mulut kegemaran ramai dan salah satu variasi yang memerlukan teknik untuk menyediakan kek coklat ini ialah kek lava. Kak lava ialah kek yang mempunyai cecair coklat di tengah yang akan melimpah keluar apabila dipotong. Adakah cara untuk menjadikan kek lava lebih sedap? Gantikan coklat dengan Milo!

 

6. Biskut Milo Kenyal

Kredit: zulfadreamland.blogspot.my

Kalau anda sukakan tekstur biskut kenyal seperti biskut yang dijual di kedai sandwic sihat yang terdapat di Malaysia, inilah idea kreatif Milo yang anda perlu cuba. Biskut kenyal mempunyai tekstur yang menarik dan sesuai untuk dinikmati ketika menonton siri televisyen kegemaran anda tika waktu hujan.

 

7. Kiub Ais Milo

Kredit: youtube.com

Anda tidak dapat menafikan bahawa terdapat hari anda menjadi terlalu malas hingga membancuh minuman yang ringkas seperti Milo juga terasa seperti terlalu banyak kerja. Penyelesaiannya? Sediakan kiub ais Milo. Anda hanya perlu masukkan susu panas dan dalam beberapa minit, Milo anda sudah siap dibancuh.

8. Popiah Milo

Kredit: balqis-resepiku.blogspot.my

Rakyat Malaysia sukakan snek kerana kita lapar sentiasa. Antara snek yang kita suka ialah kuih-muih dan antara kuih-muih yang digemari ialah popiah. Lazimnya, popiah ialah kuih yang savouri. Namun begitu, tidak semestinya kuih tersebut tidak boleh disediakan sebagai popiah manis yang pastinya sedap dimakan dengan aiskrim vanila dan sedikit parutan lemon dan serbuk kayu manis di atas. Bahan yang paling sesuai? Pastinya Milo.

 

9. Maggi Milo

Kredit: kaki.sini.com.my

Sajian ini adalah salah satu idea kreatif Milo yang anda sudah biasa dengar. Cara penyediaannya mudah sahaja. Masukkan sedikit Milo ke dalam kuah Maggi sebelum anda makan. Hasilnya bergantung pada citarasa anda. Bagi yang belum pernah cuba, inilah masanya untuk anda bersikap berani.

 

10. Bar Bijirin Milo

Kredit: inilahrealitibukanfantasi.blogspot.my

Di bandar-bandar besar, masa bergerak terlalu pantas. Oleh itu, anda perlu bergerak sepantas kilat untuk memastikan hari anda tidak dibazir begitu sahaja. Oleh itu, sampai ke bahagian makan juga kita inginkan sesuatu yang mengenyangkan dan cepat untuk disediakan. Bar Bijirin Milo ini menepati semua kriteria makanan yang dikehendaki kerana ia senang untuk disediakan, mengenyangkan dan semestinya enak.

 

11. Puding Roti Milo

Kredit: suriyanas.blogspot.my

Puding Roti merupakan hidangan pencuci mulut yang popular. Rasa roti yang lemak dilengkapi pula dengan krim kustard yang manis pasti membuatkan apa-apa hidangan yang anda makan terasa lengkap selepas itu. Namun begitu, puding roti semakin kehilangan populariti kerana tidak dapat bersaing dengan pencuci mulut lain yang sentiasa diubah suai untuk memenuhi permintaan ramai. Jika anda mahu bawa kembali puding roti ke zaman ‘kegemilangannya’, cubalah dengan letakkan Milo di dalamnya.

 

12. Creme Brulee Milo

Kredit: beebrulee.wordpress.com

Creme Brulee ialah hidangan pencuci mulut dari Perancis yang mana kastard pekat ditabur gula di atas dan dibakar sehingga mempunyai lapisan gula keras di atas. Kini, terdapat pelbagai variasi creme brulee yang boleh didapati seperti Earl Grey Creme Brulee, Espresso Creme Brulee dan sebagainya. Kejutkan tetamu dan ahli keluarga anda dengan idea kreatif Milo ini semasa jamuan keluarga ataupun sambutan perayaan.

 

13. Penkek Milo

Kredit: bacerjer.blogspot.my

Idea kreatif Milo terakhir ialah penkek Milo. Penkek atau lempeng merupakan satu hidangan yang versatil dan boleh dicampur dengan pelbagai bahan tambahan lain untuk tingkatkan lagi tahap kesedapannya. Antara bahan yang enak diletakkan di dalam adalah semestinya, Milo.

 

 

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk tunjukkan rasa cinta dan kesetiaan anda kepada Milo dengan idea kreatif Milo Butterkicap? Jika ya, jangan lupa untuk tunjukkan hasil anda kepada kami menerusi laman media sosial anda dan letakkan hashtag #butterkicap untuk kami meraikan kejayaan anda ini.

Apa? Anda tak sukakan serbuk coklat ini? Kalau ya, anda perlu pergi ke kedai dan beli sekotak Milo sekarang!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.