12 Jenis Makanan Paling Sesuai Untuk Perkhemahan

Perasan tak sejak kebelakangan ini sudah ramai warga Malaysia yang kini menjadikan perkhemah sebagai daripada aktiviti hujung minggu mereka.

Penuhlah gambar-gambar di Facebook serta instagram yang menyatakan bahawa mereka sudahpun “menakluki” gunung-gunung di Malaysia dan juga di luar negara.

Jika anda merupakan antara mereka yang baharu mahu menjadikan perkhemahan salah satu aktiviti anda pada hujung minggu, artikel ini untuk anda.

Kami akan menyenaraikan jenis-jenis makanan sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan anda agar anda tidak lapar di semasa berkhemah kerana tidak semua yang mengetahui cara menangkap ikan di laut kan?

 

Sarapan Pagi:

1. Bijirin dengan beri dan susu

Kepada mereka yang akan berkhemah, haruslah anda ingat bahawa ianya amat dinasihatkan agar menyiapkan persiapan makanan di rumah terlebih dahulu. Salah satu makanan yang ingin kami sarankan ialah bijirin dengan beri dan susu.

Bijirin yang dicampurkan dengan beri dimasukkan dalam satu plastik beg kedap udara agar ianya tidak kehilangan keranggupanya. Anda turut boleh memasukan susu dalam botol air yang boleh tahan sejuk.

Apabila anda lapar, anda boleh memasukan susu kedalam plastik yang mengandungi bijirin tersebut dan makannya. Ingat, lebih banyak anda membawa dari rumah lebih berat pengangkutan anda nanti. Jadilah kreatif dan hanya membawa perkara yang penting sahaja.

2. Sandwic mentega kacang dengan pisang

Makanan lain yang kami ingin sarankan bagi makanan pagi apabila berkhemah atau camping ialah sandwic. Namun begitu, bukan sandwic yang biasa tetapi sandwic mentega kacang dengan pisang.

Mereka yang akan berkhemah disarankan agar membekal sandwic mentega kacang dengan pisang kerana ianya memberi anda tenaga dan membuatkan anda kenyang sepanjang hari.

Selain itu, memberi anda tenaga dan kenyang, ianya juga mudah dibuat dan ringin dibawa semasa anda mencari tempat perkhemahan.

3. Telur hancur

Kami turut akan menyarankan anda membawa bekal telur hancur apabila anda berkhemah. Telur hancur merupakan salah satu bahan makanan yang ringkas untuk dibuat serta dibawa semasa camping nanti.

Telur hancur turut merupakan salah satu bahan yang anda boleh makan dengan pelbagai jenis bahan seperti dengan roti atau dengan nasi jika anda menanak nasi semasa berkhemah.

Jikalau anda membekal telur hancur dari rumah, maka letakannya dalam tiffin yang tahan panas.

4. Burito telur

Telur hancur bukan sahaja merupakan salah satu hidangan yang sedap makan begitu sahaja, kita juga boleh makannya dengan prata atau dengan lapisan burito.

Lapisan burito telah boleh didapati di mana-mana pasar raya. Burito telur antara hidangan yang paling senang untuk dibuat. Apabila anda telah berjaya nyalakan api, bakar sahaja lapiran burito di atasnya.

Selepas itu, letakkan telur hancur dalam lapisan tersebut, gulungnya dan kemudian makannya. Lihat, mudahkan?

 

Makan tengah hari:

1. Salad tuna

Bagi makanan tengah hari pula, pelbagai jenis makanan yang boleh anda bawa. Oleh kerana anda berkhemah dan anda perlukan sesuatu yang ringkas, kami menyarankan agar anda membawa atau membuat salad tuna daripada rumah.

Penyediaan bahan makan ini amat mudah dan ianya juga boleh dibawa dengan mudah ke tapak perkhemah tersebut. Bahan makanan ini boleh didapati di mana-mana sahaja dan ianya juga boleh disediakan di tapak perkhemahan tersebut.

Anda hanya perlukan satu tin tuna dan daun salad yang dipotong dari rumah. Apabila anda sudah sampai di tapak perkhemahan tersebut dan anda boleh membakar tuna dari tin tersebut dan campurkannya dengan daun salad.

 

2. Keju makaroni

Saranan lain bagi makanan tengah hari ialah keju makaroni. Keju makaroni merupakan salah satu bahan yang mudah didapti dan dibuat semasa perkhemahan. Walaupun ianya agak pelik bagi sesetengah orang, namun ianya lazat dimakan dikala perut yang lapar.

Anda hanya perlukan susu, makaroni dengan keju. Bahan makanan ini mudah didapati dimana-mana hypermarket dan ianya tidak mahal. Anda hanya perlu tambah kesemua bahan-bahan tersebut dalam kuali yang kecil atas unggun api yang telah anda buat.

Keju ini lebih sedap dicampur dengan bahan-bahan seafood dan jika anda larat maka bawalah bahan seafood kegemaran anda agar boleh dicampur dalam ramuan keju tersebut.

3. Ayam cincang BBQ

Mereka yang gemari ayam pasti akan sukakan ini. Bagi mereka yang berkhemah, tenaga amat diperlukan untuk anda bagi mengharungi hari yang bakal anda tempuhi. Ayam cincang BBQ merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk perkhemahan.

Ayam ini mudah dibuat dan tidak banyak menggunakan bahan kerana ia hanya menggunakan potongan ayam, nenas, bawang dan lada benggala.

Semua bahan tersebut akan disatukan dan kemudian dimasukkan dalam foil aluminium dan apabila anda mahu makannya, hanya panaskan atas api dan selepas 6 minit anda sudah boleh makannya sebagai hidangan tengah hari.

4. Air buahan moktail

Kami pasti anda semua akan kehausan oleh kerana telah berjalan dengan agak lama. Cara apa yang lebih baik untuk sentiada berhidrasi daripada minum air buah-buahan yang penuh dengan perisa.

Air buahan ini amat mudah dibuat kerana anda hanya perlu buatnya sehari sebelum anda berkhemah. Cara membuatnya amat mudah kerana anda hanya perlu masukkan buah-buahan kegemaran anda atau pilihan anda dan kemudian campurkannya dengan air suam atau air sejuk.

Anda boleh menyimpan air ini di dalam bekas air yang sejuk agar kesejukkan ia berpanjangan dan membasahi tekak anda dikala anda haus.

Makan malam:

1. Daging bakar

Makan malam merupakan salah satu hidangan yang paling penting semasa berkhemah kerana anda perlukan sesuatu yang sedap sambil melihat ribuan bintang di langit. Maka kami amat menyarankan agar anda mencuba daging bakar pada waktu malam.

Sudah pastinya anda membuat unggun api pada waktu malam semasa perkhemah dan makanan yang paling sedap yang dimakan pada waktu tersebut ialah daging yang dibakar diatas unggun api.

Daging tersebut haruslah diperap terlebih dahulu selama sehari sebelum anda berkhemah agar ramuan itu dapat sebati dengan daging. Apabila ianya dibakar atas api yang panas, aromanya pasti akan menusuk hidung anda dan membuatkan anda rasa lapar.

2. Kentang bakar dengan daging cincang

Kentang bakar ini merupakan salah satu yang boleh anda buat untuk perkhemahan kerana ia bukan sahaja mudah dibuat malahan sesuatu yang ringkas.

Anda hanya perlukan kentang, daging cincang dan telur. Anda perlu siapkan bahan ini di rumah terlebih dahulu sebelum membakarnya di tempat perkhemahan anda. Kentang yang telah direbus harus dikeluarkan isinya terlebih dahulu dan campurkannya dengan daging.

Apabila anda berada di tapak perkhemahan tersebut, anda harus membalutnya dengan foil aluminium dan bakar kentang tersebut selama 10 minit. Anda kemudian boleh makannya dengan daging bakar anda.

3. Teh chai

Kami pasti anda juga mahukan minum sesuatu yang boleh memanaskan badan anda ketika anda berkhemah. Salah satu teh yang sedap diminum ialah teh chai.

Bahan-bahan yang perlu anda ada bagi membuat teh chai adalah bunga cengkih, lada hitam, kayu manis, halia segar, susu dan teh hitam. Bahan-bahan tersebut dicampurkan dan kemudian dimasukkan dalam bekas botol air.

Minuman ini sangat sedap diminum pada waktu malam tatkala anda sedang sejuk menikmati udara segar ditempat anda berkhemah. Ingat, jangan lokek dan tidak berkongsi dengan rakan anda.

 

4. Marshmallow bakar

Apakah makan malam tanpa sesuatu yang manis bukan? Oleh kerana anda sudah mempunyai unggun api yang digunakan untuk membakar daging. Gunalah api yang sama dan cuba anda membakar marshmallow.

Marshmallow bakar je? Bukan! Anda bakar separuh masak marshmallow tersebut dan kepitkannya dengan biskut, lalu makannya begitu sahaja.

Kami pasti kombinasi rasa yang manis dari marshmallow serta tawar dari biskut membuatkan anda semua akan rasa gembira.

 

 

Selain itu, kami turut akan menyarankan anda membawa sedikit serbuk kayu manis dan kemudian mencampurkannya dengan susu yang dipanaskan sebelum tidur agar anda dapat tidur dengan nyenyak semasa bekhemah nanti kerana kami pasti anda ingin tidur yang lena selepas satu hari berjalan ke tempat khemah tersebut.

Kami juga ingin mengingatkan anda semua untuk berhati-hati semasa berkhemah dan menjaga alam sekitar agar generasi akan datang turut dapat menikmati pemandangan alam yang anda semua sedang nikmati.

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again