10 Sajian Daging Wajib Cuba Hari Raya Korban Nanti

Dalam kalangan umat Islam di Malaysia, terdapat dua perayaan besar yang memberikan impak besar kepada mereka. Perayaan yang  pertama adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala perayaan kedua pula adalah sambutan Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya Aidiladha ialah hari yang penting bagi umat Islam kerana hari tersebut merupakan peringatan bagi peristiwa Nabi Ibrahim A.S. yang membuktikan ketaqwaan beliau kepada Allah S.W.T. dengan sanggup menyembelih anak beliau, Nabi Ismail A.S.

Namun begitu, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas. Pengajaran yang boleh diperoleh ialah ketaqwaan tanpa keraguaan terhadap Allah S.W.T. akan diberi ganjaran besar.

Menu Hari Raya Aidiladha

Meskipun Hari Raya Aidiladha mempunyai signifikan agama yang besar kepada umat Islam, tetapi itu tidak bermakna bahawa kita tidak perlu menyiapkan sajian khas untuk dinikmati seisi keluarga pada hari istimewa itu.

Bagi yang tidak tahu sajian yang nak dimasak, kami senaraikan 10 jenis hidangan berasaskan daging yang pasti menggamit selera sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumah anda pada Hari Raya Aidiladha nanti.

1. Gulai Daging Utara

Kredit: resepmasakandapurindonesia.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 250g daging, dihiris
  • 1 1/2 biji kentang, dibelah 4
  • 3 sudu makan serbuk kari daging, dibancuh sedikit air
  • 1/2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 biji bawang besar, dimayang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dimayang
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 3 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara-Cara

  1. Masukkan air sehingga memenuhi 1/2 periuk dan letakkan periuk atas api sederhana besar.
  2. Masukkan daging dan halia yang diketuk. Rebus sehingga empuk.
  3. Kemudian, masukkan kentang dan biar masak sehingga empuk. Tutup api dan ketepikan.
  4. Masukkan minyak di dalam kuali dan panas atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, tumiskan kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga wangi.
  5. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dimayang. Tumis hingga bawang layu. Kemudian, masukkan daun kari. Biar selama 2 minit.
  6.  Masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau hingga kari masak. Kari yang dimasak kelihat lebih pekat dan berkilat.
  7. Masukkan daging, kentang dan 1/2 cawan rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan 1/4 cawan air jika anda inginkan lebih banyak kuah.
  8. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan garam dan pes asam jawa secukup rasa.  Padamkan api dan kari sedia dihidang.

2. Nasi Daging Utara

Kredit: resepkakak.com

Bahan-Bahan

  • 2 cawan beras Basmathi, dicuci dan tus
  • 2 1/2 cawan air rebusan daging atau air biasa
  • 150g daging, dihiris nipis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar serbuk sup
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2cm halia, dimayang halus
  • 1 helai daun bay
  • 1 helai dau pandan, disimpul
  • 1 cawan stok ayam
  • 1/2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga

Cara-Cara

  1. Panaskan periuk atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, masukkan mentega.
  2. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, bawang besar, daun bay dan daun pandan sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah sup dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau agar disalut sebati dengan rempah. Masak hingga daging mengecut.
  5. Masukkan air, susu cair dan stok ayam. Biar sehingga mendidih.
  6. Masukkan beras dan kacau sebentar. Pastikan nasi dikacau sesekali agar tidak berkerak.
  7. Apabila nasi sudah kering, kecilkan api dan masak nasi seperti biasa. Gemburkan nasi setelah masak. Anda boleh hiaskan nasi dengan daun pudina, kismis atau gajus.

3. Daging Masak Asam

Kredit: niejamuhaimi.com

Bahan-Bahan

  • 300g daging, direbus empuk
  • 1 biji cili merah, dihiris
  • 1 biji cili merah, dihiris
  • 1/2 sudu besar pes asam jawa
Bahan tumbuk
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 inci kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana. Apabila sudah panas, tumis bahan tumbuk  sehingga wangi.
  2. Masukkan daging yang telah siap direbus. Kacau rata.
  3.  Masukkan garam secukup rasa.
  4. Masukkan 1/2 cawan air rebusan daging, jika ada atau 1/2 cawan air. Biar mereneh sehingga daging empuk.
  5. Masukkan hirisan cili merah dan hijau dan kacau.
  6. Masukkan asam jawa dan kacau rata.

4. Asam Pedas Daging

Kredit: azidaziehan.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 300g daging, dihiris nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 1 genggam daun kesom
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 6 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Kisar

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 inci lengkuas

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak di dalam periuk atas api sederhana besar.  Apabila minyak sudah panas, tumis serai dan bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak. Kecilkan api dan kacau rata.
  3. Masukkan daging dan daun kesom.  Kacau hingga daging mengecut.
  4. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.

5. Sup Daging Kelantan

Kredit: resepinannie.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 500g tulang dan daging
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • akar daun sup
  • garam
  • daun sup & daun bawang
  • bawang goreng

Bahan tumbuk

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-Cara

  1. Panaskan periuk atas api sederhana besar. Apabila periuk sudah panas, masukkan bahan tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang dan akar daun sup. Tumis sehingga menjadi wangi.
  2. Kemudian, masukkan air sehingga 3/4 periuk dan masukkan daging.
  3. Kecilkan api, dan biar daging dan tulang merebus sehingga empuk serta kuah memekat.
  4. Apabila kuah sup sudah memekat, perasa dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Padamkan api dan tuang sup ke dalam mangkuk. Hias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

6. Daging Masak Paprik

Kredit: mymomscookbook.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 300g daging, dipotong menjadi ketulan
  • 2 batang serai, dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan minyak

Bahan tumbuk

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

Bahan perapan

  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam halus

Bahan Sayuran

  • 4 batang kacang panjang, dipotong empat
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili, dihiris serong
  • 2 cawan kobis bunga, dipotong menjadi kuntuman kecil

Cara-Cara

  1. Hiris daging nipis dan lumur dengan kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga separuh masak. Ketepikan daging.
  3. Masukkan sedikit minyak lagi dan kecilkan api. Tumis bahan tumbuk, cili kisar, serai yang dititk dan daun limau purut. Tumi sehingga pecah minyak.
  4. Tambahkan air dan masukkan sos cili, sos tiram, pes tomyam dan kicap manis. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Biar kuah masak sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan daging yang digoreng dan sayur. Masak sehingga sayur lembut dan hidangkan.

7. Briyani Daging

Kredit: resepinannie.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 2 cawan beras Basmathi, basuh dan tus
  • 300g daging batang pinang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 inci halia, ditumbuk halus
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 2 biji cili hijau, dihiris
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 1 sudu minyak sapi
  • 1 sudu mentega
  • 1 sudu minyak zaitun
  • 1/4 cawan campuran kacang gajus dan kismis

Cara-Cara

Menyediakan daging briyani

  1. Panaskan periuk di atas api sederhana besar. Kemudian, masukkan minyak sapi, mentega dan minyak zaitun.
  2. Setelah mentega cair, masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus lalu tumis.
  3. Setelah wangi, masukkan rempah briyani dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan susu cair lalu biar masak sehingga daging empuk. Jangan letakkan air kerana daging tersebut akan  keluarkan air.
  5. Apabila daging sudah empuk, masukkan garam.

Menyediakan nasi

  1. Masukkan beras yang dibasuh ke dalam periuk nasi. Masukkan 2 cawan air. Masak sehingga nasi 3/4 masak.
  2. Apabila nasi sudah masak, masukkan nasi ke dalam periuk lain. Isi semula periuk nasi dengan daging berempah yang dimasak tadi berselang-seli.
  3. Taburkan kismis dan kacang gajus.
  4. Masak semula nasi hingga betul-betul masak.
  5. Apabila nasi sudah siap, gemburkan nasi perlahan-lahan agar kesemua nasi bercampur denga kuah daging tadi.
  6. Biar nasi masak selama 5 minit lagi. Taburkan bawang goreng di atas nasi sebagai hiasan.

8. Daging Masak Merah

Kredit: anissdairy.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 250g daging, direbus sehingga empuk
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 3 batang kacang panjang, dipotong  empat
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

  1. Masukkan air sehingga separuh periuk dan masukkan setitik pewarna merah. Masukkan daging dan rebus sehingga empuk. Selepas daging empuk, keluarkan dan hiris nipis.
  2. Letakkan minyak di dalam kuali dan panaskan atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging dan goreng sehingga kekuningan.
  3. Keluarkan daging dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga wangi.
  4. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau dan masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan.
  5. Masukkan daging semula dan kacau rata. Masukkan hirisan bawang besar. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika anda ingin sedikit kuah, masukkan 1/4 cawan air dan 1 sudu besar sos tomato.

9. Daging Masak Halia

Kredit: resepimalaysian.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 1/2 biji bawang besar, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 helai daun bawang, dihiris
  • 1/2 cili merah, dihiris
Perapan
  • 200g daging, direbus sehingga empuk
  • 1 1/2 sudu sudu besar sos tiram
  • 2 titik minyak bijan
  • 1/2 sudu besar kicap masin
  • 1/2 sudu besar lada sulah

Cara-Cara

  1. Perap daging dengan bahan perapan dan biar selama 30 minit.
  2. Masukkan minyak di dalam kuali dan panaskan atas suhu sederhana panas.
  3. Apabila sudah panas, tumis hirisan halia, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukkan daging yang diperap dan masukkan sedikit air. Biar mereneh sehingga daging masak.
  5. Apabila daging sudah masak, masukkan hirisan daun bawang dan cili.

10. Daging Masak Lada Hitam

Kredit: hudaahsin.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 250gm daging batang pinang, separa masak
  • 1 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu besar kicap masin
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih, diracik
  • 2 biji cili hijau, dihiris serong
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 1 biji lada benggala, dipotong dadu.
  • 1 helai daun limau purut

Bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang merah

Cara-Cara

  1. Sediakan bahan kisar. dan ketepikan.
  2. Masukkan minyak dan panaskan kuali pada suhu sederhana panas.
  3. Apabila minyak sudah panas, tumis cili kisar, bahan kisar dan lada hitam sehingga wangi.
  4. Kemudian, masukkan kicap, jus limau nipis dan daun limau. Biar bahan menumis sehingga menjadi sedikit kering.
  5. Masukkan air dan daging. Kacau rata.
  6. Masukkan lada hitam, lada benggala yang dipotong dadu dan masukkan sedikit air lagi.
  7. Perasa dengan garam dan gula secukup rasa sehingga daging betul-betul masak.

Dapatkan Daging Segar Terbaik daripada True Aussie

Jika diambil secara bersederhana, daging merah memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kita, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. Oleh itu, penting untuk mendapatkan sumber daging merah yang terbaik, berkualiti dan semestinya berpatutan.

True Aussie merupakan antara pembekal daging merah segar yang cukup diyakini oleh para pembeli setianya. Dengan penekanan diberi pada kualiti, proses penyembelihan yang mengikuti prosedur penyembelihan halal dan teknologi pengekalan kesegaran daging yang canggih, kesemua produk daging merah True Aussie , secara semula jadinya adalah kaya dengan protein, rendah sodium dan menyediakan lapan jenis vitamin serta mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Kelapan-lapan vitamin dan mineral penting tersebut ialah niasin, zat besi, fosforus, riboflavin, vitamin B6, vitamin B12, protein dan potasium. Kesemua vitamin dan mineral ini diperlukan untuk memastikan semua fungsi tubuh badan berjalan dengan baik termasuklah;

a) memberikan tenaga dan mengurangkan keletihan

b) melancarkan fungsi kognitif secara normal

c) mengawal kesihatan sistem saraf

d) menguatkan tulang dan menggalakkan tumbesaran

e) membina dan menguatkan otot

f) mengekalkan kesihatan sistem imun badan

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang kualiti daging True Aussie dan pembekal sah mereka, layari laman web rasmi mereka di trueaussiebeefandlamb.com.

Hari Penuh Kesyukuran

Adakah anda sudah tidak sabar untuk mencuba kesemua resepi ini? Tidak perlu tunggu sehingga Hari Raya Aidiladha. Jangan lupa untuk beritahu kami atau lebih baik, tunjukkan hasil masakan daging anda kepada kami di laman sosial Instagram atau Facebook dengan meletakkan #butterkicap.

Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya Aidiladha!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.