10 Pickup Line “Tangkap Cintan” Bila Kaki Makan Jatuh Cinta

Orang Malaysia kebanyakannya malu-malu apabila berbicara tentang cinta dan perasaan. Oleh sebab itu, kita jadi sangat kreatif dalam cara kita nak sampaikan rasa cinta kita itu kepada gadis atau jejaka idaman kita. Kalau zaman datuk nenek guna puisi gurindam, zaman mak bapak guna lirik lagu, zaman muda mudi sekarang nak guna apa pula ya?

Orang Malaysia cukup kuat semangat muhibah dia dalam tiga benda saja,
1) Bila Chong Wei Lawan Lin Dan
2) Bila Tengok Iklan Petronas
3) Bila Datang Bab Makan

Makanan adalah jiwa, roh dan semangat rakyat Malaysia. Sebab itu, kalau yang perempuan mesti selalu kena tahan telinga celoteh mak-mak suruh belajar masak sebab tip turun-temurun untuk jaga suami atau pasangan dengan baik adalah melalui makanan. Dari mulut turun ke hati dan terus ke perut gitu….

Kalau korang bahagian masak memang kalah, apa kata kita jadi kreatif sikit dan berikan nafas baru pada pesanan mak-mak ini?
Setelah berhari-hari perah otak, inilah 10 ayat “Tangkap Cintan” versi makanan yang gerenti buat “awok” dan awek di luar sana tersipu-sipu malu dan setuju keluar dengan korang.

 

Ayat Cintan #1

Sebagai mukadimah Ayat Cintan hari ini, wajiblah kita buka ‘selera’ dengan ayat cintan bertemakan buah. Siapa yang tak suka dengan jambu? Makan kosong sedap, buat jeruk sedap, cicah dengan kuah rojak lagi ‘power’. Tapi, jambu yang lagi power bila kita guna jadi ayat macam ini:

Boleh tak I letak muka jambu you

dijeruk (ceruk) hati I?

 

Ayat Cintan #2

Bagi yang nak jadikan destinasi dating paling romantis korang adalah berlatarkan Pak Mark menebar roti canai (Khas untuk kes bajet), gunalah ayat power ni yang boleh cairkan awek yang paling “high-maintenance” untuk sudi keluar dengan korang.

Sumber: PropertyGuru Malaysia

Jom pi mamak sebab saya teh tarik dengan awak

 

 

Ayat Cintan #3

Untuk korang yang suka lenglui, lengchai dan amoi-amoi di luar sana. Jangan takut ditolak. Korang guna ja ayat cintan power ini, nescaya kurang potensi untuk korang ditolak. Hanya perlu senyum dan dekati sasaran sambil berkata dengan penuh stylo:

Sumber: scontent.cdninstagram.com

You putih mcm telur setengah masak, I gelap macam kicap.
Kalau kita bersama, roti bakar pun rasa sedap.

 

Ayat Cintan #4

Bagi peminat air kopi yang dah banyak melabur di kedai-kedai kopi jenama macam “Setar-buk” dan “Kopibin”, kalau barista yang comel ambil pesanan korang, bolehlah cuba nasib dengan ayat “tangkap cintan” di bawah. Mana tahu, penangan ayat power tu, nama korang dia eja elok.

Kredit: samadhibunny

Hi Cik, saya nak pesan latte satu sebab I dah lat-teh tengok you dari jauh.

 

Ayat Cintan #5

Siapa yang tak sukakan kuih? Walau semoden mana pun seseorang itu, nescaya dia akan masih mencari makcik jual kuih di tepi jalan untuk dapatkan walau sekeping bingka (bengkang bak orang utara panggil). Kalau memang nak jodoh dengan orang pandai buat kuih, gunalah ayat di bawah. Jangan lupa penulis kalau naik pelamin sebab ayat ini!

Sumber: qlkitchen

Hari saya lengkap sebab nampak Seri Muka awak

 

Ayat Cintan #6

Bak kata Forrest Gump, “Hidup ni ibarat sekotak coklat, kita takkan tahu apa yang kita akan dapat”. Sama juga dalam bab-bab jodoh ini. Semuanya dah ditentukan. Tapi, takkanlah kita nak tunggu bakal suami/isteri datang jatuh dari langit (Filem Suami Dari Langit itu mitos semata-mata). Kalau korang dah ada yang suka, jangan ditunggu lama-lama. Silalah lamar dengan ayat “tangkap cintan” ini:

Adik manis, Cadbury dah halal. Kita bila lagi?

 

Korang mesti dah tak larat nak “ciaciacia” sebab dah seba senak otak tengok ayat romantis penulis. Tak habis lagi tahu, sebab ada 3 lagi ayat “tangkap cintan” yang nak dikongsi. Jadi, kita teruskan ya.

 

Ayat Cintan #7

Bagi pencinta maging (makan + daging), tiada kata-kata indah yang dapat gambarkan rasa cinta korang terhadap seketul daging yang dimasak empuk dan enak dimakan bersama sos lada hitam. Walau bagaimanapun, korang boleh gunakan makanan kegemaran korang ini untuk dapatkan individu idaman yang maging juga.

Sumber: seriouseats.com

You macam steak sebab you “rare” sangat

 

Ayat Cintan #8

Makanan Melayu tradisional yang sedap memang susah nak dapat sekarang. Sama juga dengan mencari pasangan. Nak cari Cik atau Abang Sempurna memang dalam mimpi ja lah dapat jumpa. Bagi yang bernasib baik jumpa Cik atau Abang Sempurna mereka, janganlah main jual mahal tapi bersikap jujur dan katalah:

Kredit: samadhibunny

 

Awak mesti pandai buat roti jala sebab awak dah jerat saya dalam hati awak

 

Ayat Cintan #9

Tahu tak, Stacy dan Akim dulu duta aiskrim dulu sebelum bercinta? Tak ingat? Alah, iklan dengan lagu, “Inilah Cinta” itu. Kalau Stacy dan Akim boleh jatuh cinta sebab aiskrim, korang pun boleh juga! Nah, terimalah ayat terima cintan bertemakan aiskrim khas untuk korang.

Kredit: nejasmi

Jom saya belanja awak aiskrim sebab hati saya sekering “dessert” tanpa awak

Akhirnya! Kita dah sampai ke penghujung senarai. Nak buat ayat pickup ini bukannya mudai, oi. Tahap kreativiti yang tinggi diperlukan. Oleh sebab jus kreativiti penulis dah nak habis, ini saja yang mampu diberi.

 

Ayat Cintan #10

Penulis memang gila makanan segera sebab dulu jarang-jarang dapat makan. Jadi, bila dah dapat makan, rasa puas yang amat. Bagi penulis, rasa cinta mestilah macam itu juga. Rasa puas dan gembira kita berada bersama pasangan. Jadi, sekali sekala, masa makan-makan di mana-mana restoran segera, luahkanlah rasa kesyukuran yang korang ada teman nak makan KFC, McD, dan sebagainya.

Sumber: McDonalds.com

Awak macam happy meal. Saya senyum bila saya dapat awak

 

 

Jadi, itulah dia ayat kasi diabetes, darah tinggi dan kaviti yang korang boleh cuba dan guna menurut masa serta tema yang sesuai. Penulis dan “test-run” semua ayat ini dan ada 65% kebarangkalian untuk dapat respon yang positif seperti gelak-gelak ayu, senyum-senyum macho dan geleng-geleng manja daripada mangsa-mangsa terpilih penulis.

Kalau korang suka dan berasa terhibur dengan perkongsian ini, jangan lupa like, share, subscribe, tweet, insta dan sebagainya supaya lebih ramai lagi yang akan mempopularkan ayat-ayat pickup line ini!

Walaupun begitu, tidak dinasihatkan untuk korang cuba ayat-ayat ini untuk bermanja dan menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa korang. Sebarang cubitan dan sepukan di kepala tidak meletakkan penulis bertanggungjawab.

Jangan lupa kongsi sebab menu ayat cintan ini takkan I dapat siap tanpa me-n-u!

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More