10 Perisa Ais Krim Paling Unik di Malaysia

Tahukah anda bahawa pada tahun 1984, Julai telah diisytiharkan sebagai bulan ais krim oleh Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan? (Kalau dah tahu itu, buat-buat tak tahu je okay).

Credit: Tenor.com

Ya, bulan Julai merupakan bulan yang dikhaskan untuk ais krim seperti yang anda ketahui, Malaysia mempunyai pelbagai jenis perisa ais krim dan penjual ais krim mampu berdaya saing dengan ais krim lain pada peringkat antarabangsa.

Kepada pembaca yang meminati ais krim, bersedia untuk terliur dengan 7 perisa ais krim paling unik yang terdapat di Malaysia.

 

1. Ais Krim Nasi Lemak

Credit: Skream Soft Serve

Kepada mereka yang katakan bahawa nasi lemak hanya untuk Sarapan pagi sahaja, ketahuilah bertapa salahnya anda. Selain makanan untuk sarapan pagi, nasi lemak sekarang sudah mula berkembang dan diinovasikan menjadi makanan yang lain.

Jikalau sebelum ini nasi lemak wujud dalam keadaan makanan savouri , ia kini telah menjadi sebahagian daripada pencuci mulut. Pada mulanya terdapat kek nasi lemak keju tetapi sekarang terdapatnya ais krim yang berperisa Nasi Lemak.

Ais krim nasi lemak mempunyai rasa nasi lemak dengan tektsur yang lebih berkrim dengan perisa yang pedas serta garang daripada ikan bilis yang akan diletakkan sebahagian perhiasan di atas ais krim tersebut.

 

2. Ais Krim Teh Tarik

Kredit: intrend.com.my

Seperti yang anda tahu teh terik merupakan salah satu air yang semua rakyat Malaysia ketahui dan minum. Ianya boleh dikatakan bahawa teh tarik merupakan simbol rakyat Malaysia dan ianya boleh diminum pada bila-bila masa sahaja tetapi dengan bilangan susu yang dihajati.

Ada yang mahukannya dengan susu yang banyak dan ada yang mahukannya dengan susu yang sedikit manakala ada yang inginkan teh tarik dengan ais dan ada yang mahukanya secara panas. Walau bagaimana cara anda meminum teh tarik, iany tetap menjadi pujaan hari ramai.

Ais krim teh tarik mempunyai perisa serta tekstur yang sama tetapi ais krim lebih pekat serta satu sudu ais krim teh tarik pasti membuat anda mahukannya lagi.

 

3. Ais Krim Durian

Kredit: ohfishiee.com

Senarai perisa ais krim unik di Malaysia tidak akan lengkap tanpa Ais krim durian. Durian yang mendapat gelaran King of Fruits merupakan salah satu perisa ais krim yang kian menjadi rebutan ramai sama ada mereka yang sukakan rasa durian mahupun mereka yang ingin menghasilkan sesuatu yang baharu.

Kemana sahaja anda pergi, pasti ais krim durian akan terpampar pada tempat menjual ais krim dan warna kuning telur yang terang pasti menarik perhatian anda untuk membeli serta merasanya.

Ais krim durian merupakan salah satu rasa unik yang terdapat di pasaran ais krim Malaysia. Walaupun aromanya yang akan kuat, kami pasti akan bergembira dengan rasa durian yang penuh lemak berkrim.

 

4. Ais Krim Pandan Kaya

Ais Krim pandan kaya? Tak percaya adanya ais krim yang berperisa ini? Percayalah! Pandan kaya bukan sahaja sebagai bahan sapuan untuk roti tetapi sekarang ianya telah menjadi salah satu perisa ais krim di pasaran Malaysia.

Walaupun ianya manis, kami pasti akan akan menyukai teksturnya yang berkrim. Saya gigitan ais krim ini pasti membuatkan anda mahukannya lagi. Peminat pandan kaya pasti akan menikmati ais krim yang berperisa panda kaya.

 

5. Ais Krim Bandung

Kredit: miamorzafirah.blogspot.my

Kami pasti anda pernah mendengar malahan pernah minum air sirap bandung, kenapa mereka yang tidak pernah meminumnya alangkah ruginya tidak pernah merasai sesuatu yang manis dengan berlemak.

Ais krim bandung merupakan satu percampuran antara sirap serta susu cair yang kemudian dibekukan dan dijadikan ais krim. Saya pasti kepada kanak-kanak (malahan orang dewasa) akan menyukai ais krim bandung ini.

Selain rasa yang sedap, warna merah jambu ais krim ini turut akan menarik perhatian peminat ais krim diluar sana.

 

6. Ais Krim Kopi Peng

Orang barat memanggilnya ice coffee, kita pula memanggilnya kopi peng. Kopi peng kepada yang tidak mengetahui ialah ais kopi dengan susu. Air ini merupakan salah satu air yang membawa kepuasan tekak pada hari yang panas seperti sekarang.

Ais krim kopi peng jika dibuat pada tekstur yang betul turut mampu membawa kepuasan yang sama seperti air kopi peng. Rasa lemak berkrim daripada susu serta rasa pahit daripada kopi akan menjadi satu ramuan yang baik bagi mereka yang inginkan sesuatu yang sejuk pada waktu penas.

 

7. Ais Krim Cempedak

Kredit: zulfatiizazizulkifli.blogspot.my

Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan… haaa, selain merupakan buahan masa pantun kecil-kecil dahulu, buah cempedak sekarang menjadi salah satu perisa ais krim.

Seperti yang kita ketahui, buah cempedak dipenuhi dengan Vitamin A dan juga C yang bagus untuk kesihatan, buah cempedak juga enak untuk dimakan sama ada secara mentah, goreng atau dibuatkan ais krim berperisa cempedak.

Ais krim cempedak yang sangat berkrim pasti menjadi pujaan mereka yang meminati sesuatu yang manis serta berlemak.

 

8. Ais Krim Dabai

Kami pasti mereka yang tinggal atau berasal dari Sarawak mengetahui tentang ais krim dabai. Ais krim dabai merupakan salah satu perisa ais krim paling unik keluaran Malaysia yang seharusnya dikenali ramai.

Kepada mereka yang tidak pernah mendengarnya, Ais krim dabai merupakan daripada buah dabai yang warnanya hitam. Buah ini selalunya dimakan dengan garam atau gula yang dicampur dengan kicap bagi menambahkan perisa buah tersebut.

Perisa ais krim dabai kepada yang ingin mengetahuinya ialah lemak-lemak manis dimana anda pasti akan berselera selepas satu gigitan ais krim dabai tersebut.

 

9. Ais Krim Telur Masin

Peminat telur masin atau dalam bahasa inggerisnya salted egg yolk pasti akan bergembira dengan nombor 9. Telur masin yang kini menjadi pujaan hari ramai (termasuk penulis ini) didapati pada setiap jenis makanan. Ketam telur masin, roti telur masin dan kini terdapat ais krim yang berperisa telur masin.

Mereka yang inginkan sesuatu yang manis serta masin, ais krim telur masin pasti menjadi ranjutan anda. Dengan perisa masin manis serta tekstur ais krim yang berlemak, sudah pasti ais krim ini akan menjadi tatapan ramai. Ais krim ini sememangnya salah satu perisa ais krim paling unik

 

10. Ais Krim Pulut Hitam

Kredit: qasehmu-abadi.blogspot.my

Kami pasti anda pernah makan bubur pulut hitam tetapi pernahkah anda dengar akan ais krim pulut hitam? Perisa serta teksturnya yang penuh lemak berkrim pasti menjadi kesukaan ramai.

Kepada mereka yang takut akan ais krim ini kerana terlalu manis, usah takut kerana ais krim ini sebenarnya tidak terlalu manis dan jika ianya terlalu manis, minumlah segalon air mineral ya.

 

Credit: Popsugar.com

Maka itulah antara perisa ais krim paling unik di Malaysia. Kami pasti ada sesetengah daripada mereka anda pernah dengar dan cuba manakala ada diantaranya yang anda pernah dengar tetapi tidak pernah cuba lagi. Cuba lah perisa ais krim paling unik ini, harap maklumlah, cuaca sekarang pun tengah panas. Sejukkan hari anda dengan ais krim unik ini.

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again