Demam? Senarai Makanan Ini Boleh Bantu Anda Sihat Dengan Cepat

Sesiapa yang deman, batuk dan selsema, sila angkat kotak tisu!

Itulah merupakan keadaan di sesetengah pejabat selepas berminggu ke rumah terbuka, melantak kambing serta juadah yang pelbagai. Keadaan cuaca yang tidak menentu turut telah menyebabkan anda mendapat penyakit. Bunyian yang tidak gemar didengari seperti batuk dan juga hembusan ke tisu kian menjadi irama lagu di pejabat anda.

Sama seperti anda yang sakit, saya turut menjadi mangsa kepada virus demam, batuk dan selsema. Oleh demikian, eloklah jikalau saya menyenaraikan makanan, minuman serta bahan-bahan yang boleh diambil oleh anda agar cepat pulih daripada sakit serta menyelamatkan telinga rakan sekerja anda dengan bunyian yang tidak diingini.

Tanpa melengahkan masa serta helaian tisu, marilah cuba bahan-bahan berikut agar sakit anda kian pulih.

 

1. Bubur dan halia

Saya tahu bahawa kebanyakan rakyat Malaysia mengetahui bahawa bubur merupakan salah satu epidural kepada penyakit 3-serangkai (demam, batuk dan selsema ) tetapi jangan terkejut jika masih terdapat segelintir yang tidak mengetahuinya.

Kepada mereka yang tidak mengetahuinya, ketahuilah anda bahawa bubur merupakan salah satu makanan yang boleh mengubati penyakit anda.

 

2. Sup ayam bersama sayuran

Makanan lain yang mampu mengurangkan penyakit demam, batuk dan selsema ialah sup ayam dan sayuran. Oleh kerana badan kita dalam keadaan yang lemah, kita harus mengambil bahan-bahan yang mudah dicerna oleh badan kita dan oleh kerana sup adalah dalam bentuk cecair maka ianya mudah diterima badan kita.

Sesetengah kajian mendapati bahawa sup ayam mempunyai elemen yang boleh melegakan keradangan dan menguatkan sistem imun badan.

 

3. Air kelapa

Untuk pengetahuan anda air kelapa mempunyai kalori yang rendah serta mengandungi kandungan elektrolit, kalium dan vitamic C yang tinggi. Air kelapa (tanpa gula) merupakan antara cara yang paling popular semasa demam. Semasa kita demam, kita harus mengantikan air dan elektrolit dalam sistem kita kerana ia merupakan elemen yang paling cepat hilang.

Oleh itu, memperbanyakan minum air kelapa bagi mengantikan bahan-bahan yang diperlukan oleh badan kita untuk terus sihat. Vitamic C yang terdapat dalam air kelapa turut memberi rangsangan kepada sistem imun anda.

 

4. Bawang putih

Selain daripada menghalang daripada digigit Pontianak, bawang putih juga boleh digunakan bagi mengubati deman atau selsema yang melanda diri anda. Bawang putih adalah salah satu makanan terbaik untuk diambil apabila seseorang demam.

Ia mengandungi peratusan antioksidan yang tinggi untuk membantu meningkatkan sistem imun diri. Bagi kesan yang munjarab, minum campuran air panas dengan bawang putih dua kali selama seminggu.

 

5. Kismis

Tahukan anda bahawa kismis merupakan anggur yang telah dikeringkan?. Kismis merupakan antara makanan yang sesuai untuk dimakan oleh orang yang demam. Kismis mengandungi antioksidan yang boleh meningkatkan sistem imun badan dan melawan penyakit demam yang anda hadapi.

Selain daripada itu, kismis juga mengandungi vitamin C yang  meningkatkan sistem imun  dan mempercepatkan kemampuan tubuh badan untuk pulih kembali.

 

6. Buahan yang segar

Salah satu makanan yang boleh mengurangakan penyakit deman serta selsema ialah buah-buahan seperti tembikai, nenas kerana ianya mengandungi elemen vitamin C yang boleh membantu meningkatkan sistem imun anda.

Buah pisang boleh mengantikan kandungan kalium yang telah hilang akibat daripada berpeluh serta cirit-birit. Satu tip kepada pembaca semua ialah agar memilih buah yang segar dan bukannya produk buahan yang manus kerana pengambilan gula yang tinggi boleh mengahalang sistem imun anda.

 

7. Madu dan limau

Kepada mereka yang tidak berhenti batuk dan menyebabkan rakan sepejabat turut tidak selesa dengan irama batuk anda, saya menyarankan minum air limau dengan madu.

Madu bukan sahaja mampu untuk melegakan sakit tekak tetapi sesetangah kajian turut mendapati ianya akan mengurangkan batuk anda. Limau akan memberi anda Vitamin C yang diperlukan oleh badan anda semasa anda sakit.

 

8. Makanan pedas

Sesetengah daripada kita memerlukan sesuatu yang pedas bagi mengebahkan penyakit demam. Seperti saya, sup tomyam yang pedas sering kali menjadi makanan yang akan saya ambil bagi mengurangkan selsema yang dihadapi.

Makanan pedas yang mempunyai quantiti cili yang banyak boleh membantu melegakan hidung yang tersumbat apabila anda sakit.

 

9. Makanan probiotik

Makanan probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau ragi baik yang boleh menghasilkan kesimbangan dan membantu sistem penghadaman agar berfungsi dengan baik.

Antara contoh makanan probiotik ialah yogurt, kubis yang ditapaikan serta produk soya yang ditapai. Makanan probiotik ini mampu melegakan dan memulihan secara efektif penyakit demam dan selsema.

 

10. Air dan limau purut

Walaupun air mungkin dipandang rendah oleh segelintir masyarakat (seperti saya) tetapi ketahuilah bahawa air merupakan salah satu bahan yang mampu mengurangkan penyakit demam dan selsema. Apabila saya menyatakan air, saya tidak bermaksud air berkarbonat seperti air Coke dan Pepsi tetapi air mineral dan air yang dimasak.

Air harus diminum dengan kadar yang banyak kerana virus dan bakteria membiak dalam unit yang kering, oleh itu, banyaklah minum air agar sel darah putih tanpa membantu dalam mengalahkan virus serta bakteria tersebut.

 

 

Maka itulah antara makanan, minuman serta bahan yang boleh anda ambil bagi mengurangkan penyakit yang kian melanda rakyat Malaysia pada bulan ini. Hentikanlah irama batuk dipejabat bagi keselesaan anda serta keselesaan rakan sepejabat anda.

Jika anda mempunyai remedi traditional bagi memulihkan penyakit demam, selsesama dan batuk, kongsikanlah bersama kami. Ingat! ilmu yang and jangan lokek untuk dikongsi.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.