Sahur Dalam 5 Minit? Boleh Saja Dengan 5 Sajian Ringkas Ini!

Kredit: nogarlicnoonions.com

Sahur dalam lima minit? Anda boleh lakukankah?

Rakyat Malaysia yang beragama Islam kini sedang menjalani ibadah puasa dan dalam beberapa hari ini, semua masih lagi bersemangat untuk bangun bersahur dan menyediakan hidangan yang enak untuk dinikmati supaya dapat bertahan sehingga waktu berbuka. Namun begitu, ada dalam kalangan anda yang akan tewas dan mula bangun lewat untuk bersahur dan terpaksa berlapar sepanjang hari. Keadaan ini boleh menyebabkan kesihatan anda terjejas. Jadi, lain kali, jika anda bangun lewat dan hanya ada lima minit untuk bersahur, jangan sekadar minum air dan tarik selimut tidur, sediakan 5 hidangan mudah dan ringkas ini supaya anda sempat makan dan mampu bertahan sehingga ke petang.

 

Makanan Pantas #1 – Roti bakar dan telur setengah masak dan kicap

Kredit: Incredible recipes

Kalau anda nak makanan yang betul-betul ringkas tetapi mengenyangkan, inilah resepi yang anda cari-cari. Telur merupakan pilihan makanan yang mengenyangkan kerana kaya dengan nutrien, protein dan 9 jenis amino asid yang penting untuk tubuh badan. Telur merupakan pilihan makanan yang terbaik untuk dimakan semasa sarapan kerana mampu membuatkan perut anda bertahan daripada berasa lapar lebih daripada 10 jam. Selain itu, telur juga mempunyai kadar kalori yang rendah iaitu sebanyak 155 kalori per 100g telur. Oleh itu, telur juga sesuai untuk dimakan oleh anda yang ingin mengurangkan berat badan.  Seterusnya, untuk menjadikan telur lebih mengenyangkan anda boleh letakkan garam dan sedikit serbuk cili pada telur.

Tempoh Penyediaan: 2 1/2 Minit

.

Makanan Pantas #2 – Capati dan Kuah Sardin

Kredit: cikgu azhar

Anda mungkin merasakan anda sukar untuk sediakan hidangan ini dalam masa 5 minit kerana anda perlu menguli dan membakar roti capati disamping menyediakan kuah sardin. Anda tidak perlu bersusah payah menyiapkan semua makanan daripada sifar dan gunakan bahan-bahan segera supaya anda dapat bersahur pada masanya! Dapatkan roti capati sejuk beku sedia ada dalam pasaran seperti yang ditawar oleh syarikat makanan sejuk beku Kawan dan BB’s mahupun roti tortilla Mission Wraps untuk dipanaskan. Roti capati ini, walaupun disejukbekukan, apabila dipanaskan mempunyai kualiti capati yang gebu dan lembut seperti capati yang baru disediakan. Seterusnya, untuk menyediakan kuah sardin pula, dapatkan sardin dalam tin jenama Ayam Brands. Panaskan masukkan limau purut, sedikit perahan asam jawa, cili dan tomato supaya lebih enak dan sedap untuk dicicah bersama roti tersebut. Dalam 3 minit, anda sudah boleh nikmati hidangan anda sehingga licin pinggan sebelum azan Subuh berkumandang.

Tempoh Penyediaan: 3 Minit

 

Makanan Pantas #3 – Telur Hancur dan Roti

Kredit: i.ytimg.com

Jika anda jenis yang makan perlahan-lahan dan mahu tempoh penyediaan makanan yang lebih singkat, anda boleh sediakan hidangan ini. Dalam tempoh 2 minit sahaja, anda dapat menghidangkan hidangan telur hancur yang enak dan boleh dimakan bersama roti atau begitu sahaja. Hanya masukkan bawang putih, bawang besar yang dihiris, cili dan sedikit garam untuk menikmati telur hancur istimewa ini. Seperti yang dinyatakan pada bahagian masakan pantas #1, telur menjadi satu komponen makanan yang penting, khususnya dalam menjalani ibadah puasa kerana mampu membuatkan anda menahan lapar sehingga tibanya waktu membuka puasa. Jadi, kalau anda terbangun lewat dan masih mahu bersahur, inilah hidangan yang anda patut sediakan.

Tempoh Penyediaan: 2 Minit

 

Makanan Pantas #4 – Oat dan buah-buahan

Kredit: Cicicookiescom

Jika anda bukan penggemar telur dan mahukan diet yang lebih sihat (supaya perut anda kempis dan berbadan langsing dan tidak boleh makan makanan berat pada waktu pagi), anda boleh memilih untuk menyediakan oat dan buah-buahan segar seperti strawberi, mangga, beri biru, nenas dan buah-buahan kegemaran anda (yang bersesuaianlah). Jangan letak buah sebarangan, nanti sakit perut pula sepanjang hari. Quacker Oats  mempunyai pilihan oat yang berkahsiat, rendah kolestrol tetapi mengenyangkan untuk betul-betul membantu anda menjalani ibadah puasa secara sihat dan melakukan proses detoks dengan baik. Penyediaan oat ini mudah saja, masukkan oat dalam air panas atau susu panas, letakkan sedikit gula atau madu, buah-buahan dan anda boleh menikmati hidangan oat ini. Selain daripada telur, oat juga dipercayai mampu membuatkan anda mengurangkan rasa lapar sementara menanti tibanya waktu berbuka.

Tempoh Penyediaan: 3 Minit

 

Makanan Pantas #5 –  Nasi Mentega dan Telur Goreng Kicap

Kredit: Butterkicap/5MakananBersahurDalam5Minit

Makanan pantas seterusnya ialah kegemaran Butterkicap. Tiada yang lebih enak, ringkas dan mudah untuk disediakan berbanding nasi panas digaul dengan mentega dan telur goreng kicap. Kenapa hidangan ini mudah dan megenyangkan? Hidangan ini mempunyai sumber kabohidrat daripada nasi, sumber protein daripada telur dan sumber rasa enak dan berlemak daripada mentega dan kicap yang diletakkan di atas dua sumber tenaga tersebut. Yang menariknya, anda boleh bertambah sekurang-kurangnya dua kali sebelum tamatnya tempoh bersahur kerana anda tak perlu masa yang lama untuk sediakannya! Jadi kalau terlalu lapar dan masa terlalu suntuk, ambil saja nasi panas, keluarkan mentega dan botol kicap. Anda tahu apa yang anda perlu lakukan seterusnya.

 

Itulah 5 hidangan yang pasti membuatkan waktu sahur selama 5 minit mencukupi dan tidak perlu membuatkan anda berasa kusut dan pening memikirkan hidangan sahur untuk anda siapkan. Bagi yang bujang, mungkin inilah cara yang paling mudah untuk bersahur. Bagi yang sudah berkeluarga, ubah suai sedikit untuk membolehkan seisi keluarga anda menikmati hidangan-hidangan mudah ini. Beritahu kami jika hidangan-hidangan ini cukup ringkas dan mampu membuatkan anda sempat mengisi perut dalam masa lima minit sebelum azan berkumandang.

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More