Roti Canai Tortilla & Salsa Mangga – Resepi Chef Adu Amran

roti canai tortilla
Roti canai tortilla dan salsa mangga

Roti Canai Tortilla merupakan salah satu hidangan original yang saya cipta untuk restoran pertama saya di Langkawi (1994-1997). Hidangan ini sangat popular kerana keenakan roti canai rangup di luar dan berkeju cair di dalamnya. Lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan salsa segar! Memang enak, tetapi ia bukan untuk sesiapa yang ‘jaga badan’ kerana kandungan tepung, minyak dan juga keju di dalamnya. Kalau makan pizza setiap hari pun tidak sihat juga, bukan? Namun, sesekali apa salahnya.

Semasa menulis buku saya, saya di London dan sempat pula menziarahi seorang teman berasal dari Munich, Jerman yang saya kenali di Langkawi di restoran saya dahulu.  Joshi namanya, punya anak satu yang sungguh comel. Kali terakhir saya bertemunya ialah di Langkawi pada tahun 1996. Sahabat karib saya yang juga pengurus kedua-dua restoran saya turut bersama lawatan saya ke Munich.

Kami bersembang kisah lama sepanjang malam di mana Joshi meluahkan perasaan rindunya pada kami dan masakan saya! Malah, beliau mengunjungi restoran saya saban malam untuk menikmati juadah-juadah hasil air tangan saya. Berlinang air mata saya apabila Joshi masih lagi menyimpan beberapa bill dari restoran saya yang dipaterikan di dalam album gambar kesayangannya. Apa yang penting, Roti Canai Tortilla adalah pilihan beliau setiap kali mengunjungi restoran saya. Lebih terharu lagi apabila saya amati yang bil itu ditulisan dengan tulisan tangan saya sendiri.

Betapa indahnya rahmat Allah yang menganugerahkan kita dengan kekayaan sumber makanan. Makanlah yang membawa Joshi ke restoran saya dan kerana makanan juga persahabatan kami yang sudah lebih dua dekad ini masih kekal ke ke hari ini. Saya berjanji pada Joshi yang saya akan masak Roti Canai Tortilla istimewa ini untuknya apabila saya ke Munich lagi, insya-Allah.

Bahan-bahan
Untuk roti canai tortilla & inti:
  • 6 keping roti canai, yang dibeli siap
  • 2 sudu besar mayones
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar buah zaitun hitam (black olives), dibuang biji dan dicincang (jika suka)
  • 150gm keju mozzarella, diparut kasar
  • 150gm keju cheddar, diparut kasar
Untuk salsa mangga:
  • 1 biji mangga masak tetapi tidak lembik, dibuang kulit dan dipotong dadu kecil
  • 1 labu bawang besar, dikupas dan dipotong dadu
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil lada hitam, dihancur kasar
  • 1 sudu kecil gula kastor
  • 10 daun pudina, dipotong kasar
Kaedah
  1. Sediakan kari mayones dengan mencairkan mentega di dalam periuk kecil pada suhu sederhana, kemudian masukkan serbuk kari dan matikan api. Tambahkan mayones sambil dikacau rata dan sejukkan.
  2. Letak sekeping roti canai di atas pinggan dan sapu mayones ke atas seluruh permukaannya. Tabur keju atas setengah permukaan roti canai, diikuti dengan buah zaitun.
  3. Lipat bahagian yang tiada keju untuk menutupi bahagian berkeju. Ulangi dengan roti canai yang lain.
  4. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 200°C sehingga keju cair dan roti canai garing.
  5. Untuk menyediakan salsa, gaulkan semua bahan dan hidangkan besama Roti Canai Tortilla yang masih panas.
Pesan chef

Roti canai yang berbentuk segi empat lebih sesuai digunakan kerana proses pembikinannya hanya dilipat 4 dan dicanai leper. Ini menjanjikan kerangupan yang sekata. Roti canai berbentuk bulat lazimnya, dohnya dipintal panjang dan dan digulung bulat.

Resepi ini bersama resepi-resepi saya yang lain boleh didapati di dalam buku saya, Ikan di laut, asam di darat. Anda boleh dapati buku ini di café saya, The Canteen, atau dilaman Facebook saya.

print
Write Your Comment
Chef Adu Amran
Chef Adu Amran

Guest Chef

Chef Adu Amran is MasterChef Malaysia juror, Culinary Faculty of KLMUC, Icon, Author, Entrepreneur, Painter. Traveller, Dreamer and more. In his own words "I regard myself as the ‘ultimate Malaysian’ being, racially, one quarter Malay, one quarter Indian, one quarter Chinese and one quarter Bugis. This mixed race background has given me a unique insight and feel for the various elements of Malaysia’s unique heritage, culture and cuisine(s). Being so ‘campur-campur’ myself, it was somewhat natural to call the two restaurants that I successfully established and ran ‘Champor-Champor’. They were both an expression of myself, my art and my cuisine."

Spoon with us. Get bite-sized recipes, stories and favorite Malaysian childhood food memories delivered right to your inbox.

Sign up for HERE'S Salon & Spa Giveaway

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.