Resepi Lobak Merah Confit Susu: Savouri, Manis & Menyelerakan

lobak merah confit susu
Lobak merah confit susu memberikan sentuhan manis pada sajian mewah anda

Apabila menghidangkan sajian panggang dan hidangan sampingan bersayur yang savouri, resipi lobak merah confit susu memberikan kemanisan dan perbezaan ke palet anda sementara melengkapi hidangan lain.

Kaya dengan mentega, manis dan sememangnya sedap, resipi lobak merah confit susu ini menggunakan bahan yang ringkas. Walaupun resipi ini mudah untuk disediakan dan tidak merenyahkan, lobak merah confit susu ini sememangnya satu tambahan yang menarik pada sajian anda khususnya apabila anda menyediakan masakan panggang yang melibatkan hidangan yang kompleks. Untuk menyediakan hidangan ini, anda hanya perlukan beberapa minit untuk memotong lobak merah. Selepas itu, anda hanya perlu tunggu untuk masak.

Kemanisan lobak merah ditonjolkan dan diketengahkan dalam resipi ini. Hidangan ini begitu menyelerakan hingga kanak-kanak yang cukup alah dengan sayur pun akan menambah berulan kali. Jadi, jangan risau untuk sediakan hidangan ini kerana ia akan disukai semua!

Hidangkan lobak merah confit susu dengan kambing panggang, ayam panggang  atau ayam belanda panggang, atau dihidang bersama lof daging dan juga sosej. Sajian lobak merah ini sesuai dimakan bersama stik juga. Oleh sebab hidangan ini begitu mudah untuk disediakan, anda boleh hidangkannya pada bila-bila masa dan bukan sahaja pada acara istimewa sahaja. Selamat menjamu selera!

 

Bahan-bahan

  • 1kg lobak merah (kira-kira 6 lobak merah besar)
  • 500ml susu
  • 50g mentega tawar
  • 90g sirap maple
  • 2g garam laut (kira-kira ½ sudu kecil)

 

Opsyenal
  • 2 sudu besar parsli cincang

 

Menyediakan lobak merah confit susu

  1. Kupas lobak merah dan kemudian potong dan buang bahagian atas dan hujung setiap lobak merah.
Gunakan pengupas untuk percepatkan proses ini
  1. Potong lobak merah menjadi hirisan lebar kira-kira 5cm hingga 7cm panjang, dan kira-kira 1cm tebal. Jangan risau jika ukuran anda tidak tepat. Janji nampak hampir sama.
Belah lobak merah dari tepi dan kemudian belah secara memanjang
Potong seperempat bagi setiap belahan – jika belahan terlalu kecil, potong menjadi 2 atau 3 bahagian sahaja
  1. Letakkan lobak merah yang dipotong dalam periuk besar dan masukkan susu, garam dan sirap maple. Kacau untuk mengagihkan bahan secara sekata.
Masukkan susu
  1. Masukkan mentega dan pindahkan ke penunu dapur di atas api kecil. Biar susu sehingga mendidih dan biarkan selama 20 minit atau sehingga lobak merah empuk tetapi masih rangup. Sekali sekala kacau supaya lobak merah dan susu tidak hangit.
Biar lobak merah mendidih di atas api kecil
  1. Apabila sudah masak, gunakan penyepit atau penapis untuk mengasingkan lobak merah.
  2. Hidangkan lobak merah sahaja dan buang susu. Jika tidak, gunakan susu untuk didihkan lebih banyak lobak merah!

 

Tip tambahan

  1. Sirap maple asli agak mahal. Jika anda mempunyai bajet, gantikan dengan madu tetapi kekalkan ukuran.
  2. Jika susu mendadih sedikit, keluarkan sebanyak mana ketulan yang boleh sebelum menghidang agar kelihatan cantik.
  3. Ada mahukan warna dalam hidangan anda? Tambahkan parsli cincang. Anda boleh masukkan semasa proses memasak atau tabur di atas semasa menghidang. Parsli dan lobak merah merupakan gabungan yang hebat.

 

Adakah anda sukakan resipi lobak merah confit susu ini? Kan, kami dah kata. Memang mudah untuk sediakannya. Kongsi dengan kami hasilnya dan juga hidangan yang anda pasangkan dengan sajian lobak merah tersebut dengan meletakkan hashtag #butterkicap pada gambar anda. Lobak merah confit susu ini juga sedap dimakan bersama:

 

Resipi Kambing Panggang – Sajian Klasik Krismas & Acara Istimewa

A Dude’s Guide to Succulent Roast Chicken and Veggies

Kuah – Satu Resipi Anda Perlukan untuk Sediakan Kuah Sempurna

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again