Resepi Telur en Cocotte Dish by Ili Anda Wajib Cuba!

 

Telur adalah satu bahan yang dianggap sebagai makanan bajet ataupun penyelamat poket anda di kala musim anda tidak berwang. Namun begitu, sesiapapun dapat bertahan lama jika asyik makan telur bersama kicap. Oleh itu, sedikit variasi diperlukan untuk memastikan selera anda terhadap masakan berasaskan telur tidak pudar.

Salah faham yang sering kali wujud ialah tidak banyak kreativiti yang anda dapat lakukan dalam menyediakan sajian bertelur. Kali ini, saya ingin menukar persepsi tersebut dan membawa sajian bertelur ke satu tahap yang lebih tinggi.

 

Oeufs en Cocotte

Ouefs en Cocotte merupakan satu hidangan sarapan Perancis yang cukup ringkas. Maksud nama sajian ini dalam bahasa Melayu ialah telur yang dimasak dengan membakar di dalam ketuhar. Resepi telur ini merupakan satu hidangan yang sangat versatil kerana boleh ditambah dengan pelbagai bahan lain seperti keju, sayur, sayuran, hirisan daging dan sebagainya menurut keselesaan anda.

 

Jadi, adakah anda berasa teruja untuk mencuba resepi ini? Kalau ya, ayuh ke dapur dan mula memasak Telur en Cocotte versi Dish by Ili yang pasti membuatkan anda melihat telur dengan pandangan yang baru.

 

 

Bahan-Bahan

  • 8 auns (230g) isi ketam
  • 1/4 cawan (60ml) mayonis
  • 1 sudu besar (15ml) daun parsli rata dan batang lembut, dihiris halus
  • 1 batang daun bawang, bahagian hijau muda dan putih sahaja, dihiris secara pepenjuru (asingkan sedikit untuk hiasan)
  • 4 biji telur Itik bersaiz besar
  • 2 sudu besar (30ml) krim pekat
  • Air mendidih
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Mentega tanpa garam, untuk mengris bekas 

 

 

Cara-Cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175°C.
  2. Dalam mangkuk sederhana besar, perlahan-lahan adun isi ketam bersama mayonis, daun parsli dan daun bawang sehingga rata. Perasa dengan garam dan lada hitam.a
  3. Griskan 4 bekas dengan mentega. Kemudian, tabur sedikit garam di bahagian dasar dan sekeliling bekas.
  4. Cedok adunan isi ketam yang mencukupi untuk membentuk satu lapisan nipis yang sekata di dasar setiap bekas.
  5. Bentukkan kawah di tengah-tengah isi ketam dalam setiap bekas.
  6. Masukkan sebiji telur perlahan-lahan ke dalam setiap bekas. Tuang krim pekat disekeliling setiap telur. Kemudian, perasa dengan garam dan lada hitam.
  7. Letakkan bekas di atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar.
  8. Perlahan-lahan tuang air mendidih yang mencukupi ke dalam dulang pembakar untuk menenggelamkan 3/4 bekas.
  9. Bakar telur en cocotte sehingga telur putih masak dan telur kuning separa masak, kira-kira 15 minit.
  10. Setelah masak, keluarkan dengan hati-hati dari tulang pembakar di dalam ketuhar.
  11. Dengan menggunakan spatula logam yang nipis dan penyepit, angkat setiap bekas keluar dari air panas.
  12. Letakkan bekas di atas tuala dapur yang bersih untuk keringkan bahagian bawah. Kemudian, pindahkan ke pinggan menghidang.
  13. Hias dengan sedikit daun bawang dan Old Bay. Letakkan roti bakar di tepi pinggan sebelum menghidang.

 

Nota Tambahan

  1. Kawah isi ketam yang terbentuk dalam bekas adalah bertujuan untuk memegang telur kuning dan memastikan kedudukan telur kuning itu kekal di tengah dan tidak bergerak.
  2. Air dituang ke dalam dulang pembakar untuk memastikan telur tidak mengering dan kekal menggebu apabila dibakar di dalam ketuhar.
  3. Gunakan telur berkualiti tinggi kerana kualiti telur akan mempengaruhi hasil anda nanti.

 

 

Hasil Telur en Cocotte Anda

Telur en Cocotte lazimnya gebu dan mempunyai telur kuning yang separa masak ataupun cair. Jika anda tidak menggemari telur kuning anda dimasak sebegitu, anda boleh membiarkan telur tersebut dibakar selama 1 minit lagi di dalam ketuhar. Telur kuning perlu cair untuk memberikan sedikit kelembapan apabila anda cicah dengan roti bakar. Apapun, itu terpulang pada citarasa anda.

Jika anda sukakan resepi telur en Cocotte DishbyIli, jangan lupa untuk tangkap gambar dan berkongsi hasil anda bersama saya dan juga Butterkicap dengan meletakkan hashtag#dishbyili dan #butterkicap.

Saya berharap resepi telur ini dapat membantu mevariasikan lagi skil masakan telur anda.

print
Ili Sulaiman
Ili Sulaiman

Bubbly and friendly, this Malaysian celebrity cook was the winner of the 2015’s Food Hero Asia competition on Asian Food Channel and has appeared on a few shows on television such as ‘Diari Mangkuk Tingkat’, which features some of her own delicious recipes.

Make your holiday butter! Get a free copy of Butterkicap's holiday recipe e-book delivered right to your inbox.

Sign up for Holiday Recipes

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More