Sodhi: Resepi Kari Bersantan Enak tapi Ringkas

Sodhi – sedap dihidangi dengan putu mayam!

Sodhi ialah resepi kari bersantan yang enak tetapi ringkas untuk disediakan. Resepi sodhi ini mempunyai tekstur cair seperti sup berbanding kuah kari pekat yang kami biasa makan. Warna kuah yang keemasan dek campuran serbuk kunyit yang digunakan, sodhi bukan sahaja mempunyai rasa yang cukup kaya malah mudah untuk dijadikan sebagai hidangan vegan atau vegetarian dengan mengecualikan beberapa bahan tanpa mengurangkan kualiti rasa hidangan tersebut. Resepi sodhi ini merupakan hidangan sampingan terbaik untuk makan bersama putu mayam, khususnya apabila putu tersebut dibanjiri kuah sodhi. Jika anda tidak menyukai putu mayam, anda boleh makan sodhi dengan nasi juga.

Seperti kari, terdapat seribu satu cara untuk menyediakan sodhi menurut negara, wilayah dan juga di rumah masing-masing. Resepi sodhi kami kongsikan ialah resepi yang boleh diubah suai dengan mudah, sama ada anda ingin menjadikan hidangan tersebut lebih bersayur, ataupun dengan pelbagai makanan laut lain. Apa kata, sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma, ataupun ketika acara istimewa, mahupun ketika perut anda lapar, anda boleh cuba sediakan sup panas dan lemak rasanya ini. Jangan terkejut jika anda teringin masak hidangan ini sepanjang masa selepas ini.

Bahan-bahan
  • 510g kelapa parut (daripada 2 biji kelapa)
  • 26g halba (2 sudu besar)
  • 70g bawang merah (1 biji bawang merah besar atau sederhana besar)
  • 90g tomato (1 biji tomato sederhana besar)
  • 12g cili hijau (1 biji cili hijau besar)
  • 2g serbuk kunyit (1 sudu kecil)
  • 3 bahagian air suam: 450ml, 900ml dan 300ml
  • 1 biji limau, jus sahaja
  • 7g garam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 tangkai daun kari (25-30 helai daun kari)
Opsyenal
  • 5 biji telur rebus
  • 300g udang

Hidangan sesuai untuk: 5-6 orang (apabila dimakan dengan nasi atau putu mayam)

Cara-cara: penyediaan
  1. Letakkan kain perahan besar atau tuala kecil di atas mangkuk besar. Pastikan kain tersebut menutup sebahagian besar permukaan dalam mangkuk.
  2. Letakkan kelapa parut di atas kain. Kemudian, tuang 450ml air suam di atas kelapa parut. Rehat untuk beberapa saat.
  3. Balut dan pulas kain berisi kelapa parut tersebut sebelum memerah santan keluar sehingga kering. Hati-hati kerana air yang digunakan pasti panas. Ketepikan perahan pertama santan ini.
Pulas dan perah!
Perahan santan pertama yang berlemak
  1. Jangan keluarkan kelapa parut yang di dalam kain. Pindahkannya ke mangkuk besar lain lalu buka kain tersebut. Tuang 900ml air suam di atas kelapa parut dan gaul sedikit dengan sudu untuk ratakan air yang dituang.
  2. Ulang langkah 3 dan perah keluar semua cecair untuk hasilkan perahan kedua santan. Buang kelapa parut dan ketepikan perahan kedua santan.
  3. Jika menggunakan telur, sediakan telur rebus.
  4. Jika gunakan udang, kupas kulit dan bersihkan udang.
Udang yang dibuang kepala dan kulit tetapi ekor disimpan. Jika anda lebih suka, kulit udang boleh dibiar pasang atau dibuang sepenuhnya.
  1. Belah tomato dan bawang pada 8 bahagian.
  2. Hiriskan cili hijau secara menyerong.
Potong tomato, bawang dan cili
Menyediakan sodhi
  1. Masukkan bawang, tomato, cili, halba dan serbuk kunyit di dalam periuk.
Masukkan kedalam periuk
  1. Tuang 300ml air suam ke dalam periuk. Kacau dan pindah ke penunu dapur sehingga didih pada suhu tinggi.
Masukkan air
Campuran hampur mendidih
  1. Masukkan 6g garam, kacau. Jika anda gunakan udang, masukkan udang sekali. Terus didihkan sehingga tomato lembut dan hancur.
Tomato sudah lembut dan hancur
  1. Kecilkan api dan masukkan perahan kedua santan. Kacau atas api rendah dan terus kacau sehingga santan panas tetapi tidak hangit atau mendidih. Langkah ini mengambil masa selama 10 hingga 15 minit.
Masukkan perahan kedua santan
  1. Masukkan telur rebus yang sudah dikupas kulit.
Masukkan telur rebus pula
  1. Terus tuangkan perahan pertama santan, kemudian kacau untuk campur dengan rata selama 1 minit. Masukkan 1g garam, kacau lagi, kemudian matikan api.
Sekarang, masukkan perahan santan pertama
  1. Perahkan limau ke dalam sodhi dan kacau rata.
  2. Tanpa menunggu lama, dalam kuali kecil, cairkan minyak sapi atas api panas.
Mmm… minyak sapi sedang cair
  1. Apabila minyak sapi cair, masukkan daun kari dan goreng selama 1 minit.
Goreng daun kari untuk 1 minit sahaja
  1. Tuang kesemua bahan menggoreng – minyak sapi dan daun kari – ke dalam sodhi yang sudah masak lalu kacau hingga rata.
Sempurna!
  1. Hidangkan dengan putu mayam atau nasi.
Tip tambahan
  1. Gunakan kelapa parut segar kerana ia mengandungi lebih banyak kelembapan dan akan memberikan santan yang lebih pekat.
  2. Malas nak perah santan sendiri? Beli santan perahan pertama yang segar dari pasar atau pasar raya. Anda perlukan 900ml santan. Bahagikan santan dan campur separuh dengan 450ml air untuk sediakan perahan santan kedua.
  3. Selain udang, anda juga boleh gunakan sotong, ketam atau, jika anda mahu hidangan yang lebih mewah, gunakan udang karang!
  4. Anda seorang vegetarian? Jangan masukkan makanan laut.
  5. Anda seorang vegan? Jangan masukkan makanan laut, telur dan minyak sapi. Anda juga boleh tambahkan lebih banyak sayur seperti kentang atau lobak merah untuk hidangan sodhi yang lebih mengenyangkan.
  6. Jika anda tak suka makan telur, anda tak perlu masukkannya dalam sodhi.
  7. Halba sangat penting dalam hidangan ini, tapi jika tergigit, pahitnya boleh dirasai berhari-hari nanti!

Jika anda sukakan sup yang menyenangkan hati dan mengenyangkan, sodhi bagus ditambahan ke dalam kemahiran penyediaan sup anda. Walaupun cili hijau diguna, sodhi bukan hidangan yang pedas dan boleh dimakan oleh kanak-kanak juga. Butterkicap mengucapkan terima kasih kepada Roshni Menon kerana berkongsi dengan kami resepi mudah dan enak ini. Kami sukanya dan yakin anda akan juga!

Jangan lupa untuk berkongsi gambar dengan kami dan letakkan hashtag #butterkicap apabila mencuba mana-mana resepi kami. Jika keluarga anda sediakan sodhi menurut cara lain, kongsi dengan kami cara anda itu!

 


Artikel lain:

Sup Ayam: Resepi Gaya Malaysia yang Enak, Berkhasiat dan Menenangkan Hati
Udang bersama Putih Telur dikukus Gaya Butterkicap
Resepi Dhokla dan Cutni Hijau: Sedap dan Berkhasiat!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.