Resepi Sambal Sotong Kurita oleh Diana Chan

Sambal sotong kurita oleh Diana Chan
Sambal sotong kurita oleh Diana Chan

Rahsia untuk menyediakan hidangan sambal sotong kurita yang enak ialah sambalnya. Dan rahsia untuk sambal yang sedap ialah keseimbangan rasa manis, masin dan masam sambal tersebut. Ketiga-tiga perisa ini perlu saling melengkapi dan adalah penting untuk mendapat keseimbangan tersebut. Semestinya, semua ini bergantung pada citarasa anda sendiri. Saya suka sambal saya tidak terlalu manis dan agak masam. Oleh itu, saya akan letakkan lebih banyak asam jawa dan perahkan sedikit jus limau sebelum dihidangkan. Tapi, tepuk dada, tanya selera. Gaya penyediaan sambal saya dibelajari dari melihat ibu saya menyediakannya di dapur dan memerhatikan segala yang beliau masukkan ke dalam periuk.

Apabila sambal anda sudah betul, anda boleh masak apa jua protein yang anda suka bersama sambal tersebut. Dalam resipi ini, saya menggunakan sotong kurita. Bahan ini mungkin tidak mudah untuk diperolehi di Malaysia atau beberapa kawasan di Asia Tenggara. Jadi, saya cadangkan anda menggunakan sotong katak, udang, telur rebus atau ayam.

Setiap hujung minggu, saya akan pergi ke Pasar Melbourne Selatan dan singgah di kedai makanan laut kegemaran saya, Aptus. Saya tidak dapat menahan godaan apabila melihat anak sotong kurita yang gemuk belaka. Bahagian sesungut ialah bahagian kegemaran saya khususnya apabila bahagian tersebut menjadi rangup selepas digoreng. Saya mahu tunjukkan kepada anda bahawa anda boleh fleksibel dan gunakan bahan yang ada sambil bersikap kreatif bila memasak. Segalanya tidak perlu menjadi hitam atau putih.

Saya biasanya hidangkan hidangan ini sebagai pembuka selera atau hidangan sampingan semasa makan malam bersama rakan-rakan. Hidangan ini enak dimakan bersama Nasi Lemak atau nasi putih serta sedikit ulam-ulaman untuk menyegarkan hidangan tersebut. Hidangan bersayur juga sesuai.

Saya harap anda seronok menyediakan hidangan ini sepertimana saya seronok memakannya selepas menangkap gambar ini!

 

Bahan-Bahan

  • 300g sotong katak/sotong kurita mini yang segar
  • 2 biji bawang merah, dicincang kasar
  • 2 ulas bawang putih, dibuang kulit
  • 4 biji cili merah, dicincang kasar
  • 8 biji cili kering, direndam dalam air suam sekurang-kurangnya selama 15 minit
  • 1 inci belacan, dipanggang
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat
  • 1 biji tomato, dibelah baji
  • 1 sudu teh pes asam jawa, direndam dalam secawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
  • daun ketumbar untuk hiasan

 

Saiz hidangan: 2 orang

 

Kaedah

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili dan belacan menjadi pes.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis pes sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya, masukkan sotong dan kacau sehingga masak sepenuhnya (4-6 min).
  4. Masukkan bawang yang dihiris dan tomato. Masak hingga lembut.
  5. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih di atas api kecil sehingga sambal pekat.
  6. Hidang bersama nasi dan sepotong limau. Hias dengan daun ketumbar yang dicarik.

 


Lihat pautan di bawah untuk resipi Diana Chan yang lain atau baca temubual kami bersama beliau di sini.

Ayam Percik

Ayam Varuval

Kek Yogurt Lemon tanpa Tepung

Asam Pedas Kukup Merah

print
Diana Chan
Diana Chan

Guest Chef

Diana Chan is a Malaysian-born Australian chartered accountant and celebrity cook. She is the winner of MasterChef Australia for 2017 and currently works with children through food education via the Stephanie Alexander Kitchen Garden program. Diana loved cooking from a very young age and she learnt a lot through both her parents, but it was only when she moved to Melbourne that her interest grew as she discovered the farmers’ markets that supplied plenty of fresh and local produce from around Australia. She developed her own cooking style, which combined some of the hallmarks of her parents’ styles - her mother’s fresh, herb-driven approach and her father’s love of seafood. Diana believes in creating wholesome, balanced and delicious meals incorporating fusion flavours and her future plans of opening her food concept is deep in the planning stages.

Make your holiday butter! Get a free copy of Butterkicap's holiday recipe e-book delivered right to your inbox.

Sign up for Holiday Recipes

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More