Resepi Sambal Belacan

Hidangan sampingan kegemaran Malaysia!

Makanan ruji rakyat Malaysia ialah nasi, dan nasi tidak akan lengkap tanpa adanya sambal belacan! Mungkin telah ada lauk lain yang boleh dimakan bersama nasi, tetapi tidak akan sama dengan adanya hidangan sampingan semangkuk kecil sambal belacan sebagai pelengkap selera bukan? Mahu lebih ‘kick’, sambal belacan yang ada dijadikan pencicah untuk ulam-ulaman dan sayuran. Pasti bertambah sehingga berpinggan-pinggan dibuatnya!

Apa yang lebih menarik, sambal belacan tidaklah sesukar mana untuk dibuat sendiri dan bagi yang mahukan resepi sambal belacan yang pedas menyengat, cubalah resepi di bawah ini!

Bahan-bahan

  • 90g cili merah segar (atau 60g cili merah dan 30g cili padi hijau untuk sambal yang lebih pedas)
  • 13.5g belacan
  • 15g gula
  • 15g limau
  • 3/8 sudu kecil garam

 

Kaedah

Buang bahagian batang cili dan koyak atau potong cili menjadi kepingan kecil. Jangan buang benih cili.


 

Masukkan cili dan belacan ke dalam lesung. Menggunakan alu, tumbuk dan gilingkan semuanya sehingga cili dan kebanyakan benih telah dihancurkan. Jangan hancurkan cili sampai terlalu lembik – sedikit tekstur adalah penting.

 

Belum lagi

Tambahkan gula, limau dan garam ke dalam lesung dan gunakan alu untuk kacau bahan-bahan sehingga ia sebati.

 

Ini baru betul

 

Tip tambahan

  1. Pakai baju lama (yang anda tidak kisah terkena percikan cili).
  2. Gunakan salah satu daripada pilihan belacan terbaik dari ujian belacan kami untuk pengalaman sambal yang lebih ‘gourmet’.
  3. Jika anda menggunakan mesin pengisar, campurkan semua bahan bersama. Anda mungkin mahu membuang sedikit benih cili untuk tujuan visual akhir yang lebih cantik.

 

Istimewanya apabila membuat sambal belacan sendiri di rumah, anda tidak hanya boleh mengolahnya mengikut citarasa yang dimahukan, tetapi juga terjamin kebersihannya. Resepi sudah ada, apa tunggu lagi? Sinsing lengan baju, turun ke dapur dan mulalah menumbuk sambal belacan!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.