Pisang Rebus Empuk, Lembut & Menyelerakan

Pisang rebus memang cukup senang untuk disediakan. Buka mata, tutup mata, dah siap!

Tak percaya? Cubalah.

Pisang Rebus: Makanan Tradisi

Di kampung, pisang rebus merupakan snek ringkas yang sering dijadikan sebagai hidangan minum petang.

Walaupun ringkas tetapi hidangan pisang rebus ini mempunyai gabungan perisa yang cukup kompleks. Rasa masam dan manis pisang beserta rasa masin kelapa parut membuatkan anda tidak dapat berhenti daripada menyuap.

 

Pisang Awak Pilihan Terbaik

Untuk menyediakan hidangan ini, pisang yang paling sesuai untuk digunakan dalam penyediaan hidangan ini ialah pisang Awak.

Pisang jenis ini mempunyai isi yang manis dan mempunyai isi yang tebal. Apabila direbus, pisang ini memberikan tekstur yang rangup dan empuk pada masa yang sama. Memang membuatkan rasa ketagih untuk makan berkali-kali.

Daripada menulis banyak-banyak tentang keenakan hidangan ini, baik kami beri peluang untuk sediakan sendiri.

 

Bahan-Bahan:

  • 3-5 biji pisang Awak

Cara-Cara:

  1. Letakkan pisang ke dalam periuk dasar dalam.
  2. Isikan periuk dengan air hingga menenggelamkan pisang.
  3. Panaskan periuk atas api sederhana besar dan tunggu hingga air mendidih.
  4. Biarkan pisang masak hingga empuk. Proses ini mengambil masa kira-kira 15 – 20 minit.

 

Macam mana? Memang mudah saja nak sediakan hidangan ini, bukan?

Jangan lupa untuk kongsi gambar hasil anda di laman sosial dengan meletakkan hashtag #butterkicap pada gambar anda.

Lebih baik lagi, kongsi resepi ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda supaya mereka juga dapat menikmati hidangan pisang ringkas ini.

Selamat mencuba dan makan!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More