Resepi Pisang Goreng Gebu Gebas Aunty Zah

Resepi pisang goreng memang cukup banyak dan mudah untuk didapati. Namun begitu, resepi pisang goreng yang dapat menjamin hasil yang rangup di luar dan gebu di dalam memang susah nak jumpa.

Kini, anda tak perlu asyik cuba resepi pisang goreng yang anda temui satu per satu kerana resepi pisang goreng gebu gebas Aunty Zah inilah yang anda perlukan.

 

Ciri-Ciri Pisang Goreng Terbaik

Sebelum anda mula panaskan minyak dalam kuali dan sediakan adunan, anda perlu tahu dahulu ciri-ciri pisang goreng yang menjadi idaman ramai.

Pertama sekali, kita lihat dari segi luaran. Pisang goreng yang menjadi igauan ramai mempunyai kulit yang rangup berwarna perang keemasan. Ketebalan kulit tidak boleh terlalu nipis mahupun terlalu tebal. Untuk ketahui tip untuk dapatkan kulit pisang goreng yang paling ideal, baca di bahagian tip di bawah.

Untuk isi pisang goreng pula, kita mahukan isi yang gebu, lembut dan manis. Oleh itu, kita perlu pastikan pisang yang digunakan adalah betul, tidak begitu ranum atau tidak begitu muda. Selain itu, kita juga perlu ketahui jenis pisang yang paling ideal untuk digoreng. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa baca di bahagian tip di bawah.

 

Tip Resepi Pisang Goreng Terbaik

Di atas, kami sudah nyatakan ciri-ciri pisang goreng yang ideal. Namun begitu, kami tidak terangkan pula cara untuk anda dapatkan pisang goreng idaman anda.

Ikuti tip berikut untuk dapatkan pisang goreng gebu gebas yang anda idam-idamkan!

 

Tip #1- Pilih pisang yang sesuai

Pisang goreng yang sedap hendaklah mempunyai rasa lemak manis meskipun pisang yang digunakan tidak boleh begitu ranum. Pisang yang ranum akan membuatkan pisang goreng anda lembik.

Oleh itu, pisang terbaik untuk digunakan ialah pisang Awak, Abu ataupun Tanduk.

 

Tip #2 – Celup dan Goncang

Masalah kebanyakan pisang goreng yang dijual secara komersial ialah lapisan adunan tepung yang terlalu tebal. Adunan yang begitu tebal boleh membuatkan anda hilang selera. Anda nak makan pisang goreng, bukan tepung goreng, betul tak?

Cara paling mudah untuk pastikan anda mencapai keseimbangan dalam jumlah adunan yang disalut pada pisang adalah dengan menggunakan teknik ‘celup dan goncang’. Anda hanya perlu celup pisang hingga pisang disalut sepenuhnya dengan adunan dan goncang supaya tiada adunan lebihan pada pisang yang ingin digoreng. Mudah saja!

 

Tip #3 – Minyak mesti panas!

Perkara ketiga yang penting dalam penyediaan pisang goreng yang betul-betul sedap ialah minyak menggoreng mestilah panas. Panas di sini bukanlah hingga tahap berasap kuali tetapi cukup untuk pastikan adunan tepung di luar menjadi rangup dan pisang di dalam lembut dan empuk.

Untuk pastikan kuali anda mencapai kepanasan yang ideal untuk menggoreng, pastikan api sederhana besar dan tunggu hingga buih-buih kecil timbul di permukaan minyak. Barulah masukkan pisang disalut adunan tepung.

 

Pisang Goreng Gerenti Gebu Gebas Menanti Anda

Anda sudahpun tahu ciri-ciri pisang goreng yang enak dan juga tip untuk sediakan pisang goreng yang rangup di luar serta lembut di dalam.

Kini, anda hanya perlukan resepi sahaja. Cubalah resepi pisang goreng ala Aunty Zah di bawah dan lihatlah betapa mudahnya nak sediakan pisang goreng paling masyuk anda cuba setiap kali anda mengidam nak makan pisang goreng!

 

Bahan-Bahan

  • 1 sikat pisang
  • 1 cawan tepung beras
  • ¼ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • ½ – ¾ cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1 ½ cawan air

 

Cara-Cara

  1. Kupas pisang. Jika anda menggunakan pisang bersaiz kecil, potong secara panjang. Jika anda menggunakan pisang bersaiz besar, potong menjadi ketulan kecil. Ketepikan.
  2. Sediakan adunan dengan campur semua jenis tepung, air kapur, air dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Panaskan kuali sederhana besar. Masukkan minyak..
  4. Celup pisang ke dalam adunan. Pastikan adunan disalut rata kemudian masukkan ke dalam kuali.
  5. Goreng hingga berwarna perang keemasan.

 

Macam mana? Sedap kan pisang goreng yang anda buat menggunakan resepi ini? Jangan lupa untuk kongsi gambar hasil anda di laman sosial dengan meletakkan hashtag #butterkicap dan # auntyzah pada gambar anda.

Selamat mencuba dan makan!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More