Resepi Payasam, Pencuci Mulut Keraian Masyarakat India

Apabila bercakap tentang manisan atau pencuci mulut masyarakat India, kebanyakan daripada anda pasti membayangkan jelebi berwarna jingga yang berkilau dengan salutan gula yang manis melekit atau ladu bulat menggebu.

Namun begitu, adakah anda tahu tentang sajian keraian wajib masyarakat India?

 

Credit: Youtube.com

Payesh, Payasa, Phirni, Kheer merupakan antara nama yang digunakan untuk merujuk pada pencuci mulut keraian masyarakat India dan Iran iaitu Payasam. Perkataan ‘payasam’ itu sendiri merupakan perkataan yang terbit daripada perkataan sanskrit ‘payasa’ yang bermaksud susu.

Payasam merupakan satu hidangan pencuci mulut yang hampir sama seperti puding nasi yang disediakan di Eropah. Payasam selalunya dimasak menggunakan pelbagai jenis bahan yang berlainan menurut lokasi geografi masakan tersebut disediakan.

Secara asasnya, payasam dapat disediakan dengan merebus nasi, gandum, ubi kayu atau bihun dalam kuah susu dan juga gula. Sebagai bahan perasa, payasam lazimnya dimasak dengan bahan tambahan seperti buah pelaga, kismis, kacang gajus, kacang pistacio, badam dan safron.

Anda pasti berasa kecut perut untuk cuba menyediakan hidangan payasam ini. Jangan risau! Rakan kami dari Tifin by Kumar telah berkongsi dengan kami resepi payasam yang cukup ringkas dan mudah untuk disediakan walaupun inilah kali pertama anda mencubanya. Hasilnya memang sesuai untuk dinikmati pada waktu petang bersama-sama keluarga.

Ayuh, kita mulakan!

Tempoh Persediaan

15 minit

Tempoh Masak

25 minit

Saiz Hidangan

10 mangkuk kecil

Bahan-Bahan
  • 300ml susu segar
  • 20g (1 1/2 sudu besar) minyak sapi
  • 50g kacang gajus
  • 100g bihun
  • 100g gula melaka
  • 50g sagu
  • 5 liter air
  • 40g (3 sudu besar) gula

 

Cara-Cara
Menyediakan kuah payasam
  1. Didihkan 1.5 liter air di dalam kuali sederhana besar di atas api sederhana besar.
  2. Tunggu sehingga air sudah menggelegak, kira-kira 2-3 minit.
  3. Masukkan sagu di dalam kuali. Kacau untuk pastikan sagu terendam sepenuhnya. Tunggu sehingga sagu mengembang, kira-kira 5-10 minit.
  4. Masukkan bihun ke dalam kuali selepas sagu mengembang.
  5. Apabila bihun sudah lembut, masukkan gula melaka. Masukkan 2 sudu besar gula melaka pada satu-satu masa. Tambah lagi apabila gula melaka yang dimasukkan sudah terlarut sepenuhnya.
  6. Biar kuah mendidih dan memekat.
  7. Masukkan 3 sudu besar gula.
  8. Masukkan separuh susu dahulu. Biar kuah memekat sebelum masukkan baki susu.
Tip tambahan
  1. Masukkan 50ml air lagi jika kuah terlalu pekat atau terlalu manis.
  2. Jika kuah payasam kurang manis, letakkan 1/2 sudu besar gula.
  3. Jika mahu kuah payasam lebih keperangan, gantikan 1/2 sudu besar gula dengan gula melaka.

 

Menyediakan kacang gajus
  1. Ambil kuali leper dan letakkan di atas api sederhana. Masukkan minyak sapi dan cairkan.
  2. Masukkan kacang gajus dan kacau supaya kacang disalut minyak sapi dengan sebati.
  3. Apabila kacang sudah masak, angkat dan letak tepi. Padamkan api.

 

Tip tambahan
  1. Jika mahu kacang gajus lebih lemak, letakkan 1/4 sudu besar minyak sapi lagi.
  2. Kacang gajus sudah masak apabila bertukar coklat keperangan.

 

Menghidang payasam
  1. Masukkan kacang gajus yang digoreng ke dalam kuah payasam. Kacau rata.
  2. Rasa kuah payasam. Jika anda gembira dengan konsistensi dan rasa, padamkan api.
  3. Hidangkan di dalam mangkuk berindividu kecil atau mangkuk menghidang yang besar.

 

Jadi, bagaimana? Memang mudah dan ringkas untuk disediakan. Jika anda mahu atau sudahpun mencuba resepi payasam ini, kongsi sahaja gambar dan video payasam anda! Jangan lupa sertakan hashtag #butterkicap pada gambar atau video anda itu.

Kalau anda masih tidak dapat menyediakan payasam yang sempurna, ikuti video masakan dan resepi payasam yang komprehensif kami sediakan khas untuk anda. Jika, masih gagal juga, kunjungi saja restoran Tifin by Kumar’s atau jamu mata anda di Instagram mereka, @kumars1969 untuk mendapat inspirasi ataupun sekadar mengisi perut yang lapar!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.