Resepi Mango Tango Ala Tony Roma’s

Tiada yang lebih baik berbanding minuman yang diperbuat daripada buah-buahan tropika seperti nenas dan mangga. Selain daripada manfaat kesihatan yang boleh kita peroleh daripada minuman ini, tiada yang lebih menyegarkan tekak pada musim panas ini daripada segelas jus mangga berais. Memang sedap!

Bagi golongan yang kreatif dan inovatif, inilah peluang anda untuk bereksperimen dan jadikan segelas jus mangga yang bias menjadi sesuatu yang luar biasa! Tiada inspirasi? Kami dan Tony Roma’s sedia membantu.

 

Inspirasi Minuman Ala Tony Roma’s

Tempoh hari, kami telah dijemput oleh Tony Roma’s untuk cuba menyediakan minuman-minuman tropika yang lazimnya disediakan di restoran sebegitu. Pada mulanya, kami fikir susahlah untuk sediakan minuman-minuman mewah begini tetapi sebenarnya, tidak.

Oleh itu, kami bercadang untuk kongsi resipi minuman yang diinspirasi daripada minuman yang kami pelajari di Tony Roma’s supaya anda juga dapat mencuba!


Adakah anda sudah bersedia? Mari mula mengasah kemahiran menyediakan minuman seperti seorang profesional sekarang.

 

Bahan-Bahan

  • 50ml susu
  • 100ml minuman berkarbonat 7-Up
  • 50ml jus delima
  • 100ml jus mangga
  • 1 biji ceri merah
  • 1 tangkai daun pudina
  • Ais

 

Cara-Cara

  1. Masukkan jus mangga ke dalam penggoncang koktel.
  2. Masukkan 7-up ke dalam penggoncang dan goncang.
  3. Masukkan jus delima ke dalam satu gelas.
  4. Penuhkan gelas dengan ais sehingga ke bibir gelas.
  5. Tuangkan campuran yang digoncang ke dalam gelas berisi ais.
  6. Tuangkan susu di atas.

 

Tip

  1. Gunakan mana-mana minuman berkarbonat berperisa sitrus yang boleh didapati di pasaran. Jika anda mahu menjadikan minuman ini lebih sihat, gantikan dengan air soda.
  2. Jika anda tidak sukakan jus delima, anda boleh gantikan dengan jus
  3. Tiada ceri? Tiada masalah! Dapatkan segenggam biji selasih, rendam sehingga kembang dan masukkan ke dalam minuman ataupun anda boleh letakkan satu hirisan limau sebagai hiasan. Mudah, bukan?
  4. Jika tiada penggoncang, jangan sakit kepala. Gunakan sudu dan kacau campuran cecair sehingga sekata.

 

Apa Kata Anda

Anda sukakan atau sangat sukakan minuman ini? Daripada beritahu kami, lebih baik anda berkongsi hasil minuman anda di Instagram dengan meletakkan hashtag #butterkicap. Jika anda mendapati anda ingin menambah atau menggantikan mana-mana bahan, perubahan tersebut sangat dialu-alukan!

Lagipun, bukan kami yang akan menikmati minuman tersebut. Jadi, sediakanlah minuman ini menurut citarasa anda.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.