Resepi Karamel Madu Teh Hijau Memukau Selera

Kredit: Gambar Stok oleh Happy Cake Happy Cafe/Shutterstock

Karamel, manis, pekat dan cukup menyelerakan. Siapa dapat menahan diri daripada membeli sekotak bertih jagung karamel semasa menonton wayang di pawagam? Kami tak dapat menahan godaan karamel itu!

Namun begitu, takkanlah setiap kali anda teringin makan sesuatu yang berkaramel, baik minuman Frapucino atau bertih jagung dan pelbagai lagi makanan berkaramel lain yang dijual agak mahal di luar? Habis duit poket ke situ saja!

Bagaimana kalau anda ada alternatif lain? Bagaimana kalau anda diberi peluang untuk sediakan satu resepi karamel yang serbaguna dan sedap serta lebih sihat berbanding karamel yang boleh didapati di pasaran? Kalau jawapan anda ‘ya’ untuk kedua-dua soalan di atas, teruskan membaca!

Tambah saja Teh Hijau!

Teh hijau memang diketahui sebagai ejen antikoksidan yang berkesan di samping mampu menahan pertumbuhan sel barah dalam badan. Jadi, apabila teh hijau ditambah dalam makanan yang lazimnya bersifat tidak sihat atau tidak baik untuk badan, sedikit sebanyak kesan sampingan buruk itu dapat dikurangkan.

Meskipun begitu, anda tidak bolehlah bergantung saja pada teh hijau untuk jadikan makanan anda lebih sihat. Oleh itu, resepi teh hijau karamel madu yang kami sediakan ini dilihat sebagai opsyen karamel yang lebih sihat tanpa perlu kompromi dari segi rasa. Semua menang, bukan?

Oleh itu, daripada menggunakan gula putih, kami menggunakan madu dan gula melaka untuk jadikan karamel anda lebih berlemak dan manis secara semula jadi tanpa meletakkan diri anda dalam risiko mendapat penyakit kencing manis.

Daripada kami asyik tulis pasal kebaikan dan keenakan resepi karamel teh hijau ini, lebih baik anda cuba sendiri! Resepi ini sememangnya mudah dan cepat untuk disediakan. Tak sempat nak berpeluh di dapur. Tapi, nak diingatkan ya, sekali anda cuba resepi ini, boleh buat jadi ketagih lepas ini. Jangan kata, kami tak ingatkan ya.

Siapa dapat tahan godaan karamel teh hijau ini?
Pekat, lemak dan sedap tak terhingga!

Bahan-Bahan:

  • 50g mentega
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu teh teh hijau
  • 1/2 sudu teh garam (opsyenal)
  • 2 sudu besar gula merah (opsyenal)
  • 2 sudu besar parutan gula melaka (opsyenal)

Cara-Cara:

1.Panaskan kuali atau periuk kecil atas api kecil.

2. Masukkan mentega. Kacau mentega hingga cair.

Mentega mencair

3. Masukkan serbuk teh hijau. Kacau rata.

Larutkan teh hijau dalam mentega cair

4. Masukkan madu. dan kacau rata selama 1-2 minit hingga berbuih. Jika tiada madu, boleh gantikan dengan gula melaka atau gula merah.

Madu dimasukkan.

5. Jika ingin rasa yang lebih lemak, boleh masukkan sedikit garam. Kacau rata lalu padamkan api.

Letakkan Dalam Apa Saja!

Jadi, bagaimana? Jadi tak? Pastilah, kan. Kalau tak, takkanlah anda tak cakap apa-apa. Resepi karamel ini memang cukup serbaguna dalam apa jua makanan yang anda ingin letakkan karamel. Baik bertih jagung, coklat, aiskrim mahupun kuih lopeh sekalipun, karamel ini akan dapat membangkitkan selera anda.

Wangi teh hijau, rasa manis madu dan kepekatan karamel ini merupakan kombinasi yang cukup ideal. Jangan lupa untuk letakkan hashtag #butterkicap dan #fulleafteastore pada gambar anda di media sosial. Resepi enak begini memang rugi kalau tak dikongsi.

Jangan jadi Haji Bakhil dan biar saudara-mara dan sahabat-handai pun dapat merasa ciptaan karamel yang menyelerakan ini! Tak sabar nak tengok hasil anda nanti.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.