Resepi Fritata Asia oleh Dish by Ili

resepi fritata

Adakah anda bersedia untuk mencuba resepi keempat dari Dish by Ili?

Sarapan ialah waktu makan yang paling penting. Jadi, pastilah pilihan makanan sarapan anda mengenyangkan dan yang paling penting, memberikan anda tenaga untuk melakukan urusan seharian anda. Antara bahan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi adalah telur.

Selain daripada mempunyai kandungan tenaga yang tinggi, telur juga murah dan mudah untuk didapati. Jadi, telur sememangnya suatu bahan yang berbaloi untuk dijadikan sebagai bahan utama untuk sarapan anda.

Resipi yang dikongsi kali ini ialah sajian yang cukup biasa dihidang di Barat semasa waktu sarapan. Resepi Dish by Ili yang saya kongsi di sini memberi peluang kepada anda untuk mencuba dan menikmati sajian sarapan klasik ini.

Jom, kita mula memasak.

 

Bahan-Bahan

a) Adunan telur

  • 8 biji telur bersaiz besar
  • 1/2 cawan susu
  • 3/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 3 sudu besar minyak zaitun

b) Ayam

  • 1 sudu besar minyak
  • 1 biji bawang besar, dicincang kasar
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 inci halia, diparut halus
  • 2 batang serai, dihiris nipis
  • 1 sudu teh cili hijau, dipotong dadu
  • 250 g filet ayam tanpa tulang,  dihiris nipis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh sos ikan
  • Daun ketumbar untuk hiasan

 

Cara-Cara

a) Menyediakan adunan

  1. Di dalam sebuah mangkuk, pukul 8 biji telur besar dengan susu, garam dan lada hitam. Ketepikan untuk digunakan kemudian.

 

b) Menyediakan inti fritata

  1. Panaskan minyak di dalam kuali leper 10″ yang boleh dimasukkan ke dalam ketuhar.
  2. Setelah minyak panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili. Tumis selama 3 – 5 minit di atas ap sederhana besar sehingga menjadi keperangan.
  3. Hati-hati untuk tidak biarkan  bahan tumis hangit kerana akan berasa pahit nanti.
  4. Besarkan api. Apabilakuali sudah menjadi sangat panas, masukkan ayam dan kacau rata.
  5. Masukkan gula dan masak selama 5 minit. Kacau sehingga ayam masak.
  6. Masukkan sos ikan dan masak selama 2 minit lagi.

 

c) Memasukkan adunan telur

  1. Tuang adunan telur ke dalam kuali, kacau dan biarkan masak sehingga bahagian hujung mula terpisah daripada kuali. Proses ini mungkin mengambil masa selama 5-7 minit.
  2. Masukkan kuali ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 175 selsius sehingga telur masak. Proses ini mengambil masa selama 15- 17 minit.
  3. Keluarkan kuali dan hias dengan daun ketumbar.

 

Tip Tambahan

Jika anda mahu anda boleh tambahkan segenggam keju mozarella untuk berikan rasa yang lebih kaya

 

 

Resepi fritata memang mudah untuk disediakan dan juga cukup mengenyangkan. Kalau anda berpuas hati dengan hasil anda, jangan lupa untuk meletakkan hashtag #dishbyili dan #butterkicap pada gambar anda supaya kami juga dapat tumpang gembira dengan kejayaan anda menyediakan resepi fritata ini.

print
Ili Sulaiman
Ili Sulaiman

Bubbly and friendly, this Malaysian celebrity cook was the winner of the 2015’s Food Hero Asia competition on Asian Food Channel and has appeared on a few shows on television such as ‘Diari Mangkuk Tingkat’, which features some of her own delicious recipes.

Make your holiday butter! Get a free copy of Butterkicap's holiday recipe e-book delivered right to your inbox.

Sign up for Holiday Recipes

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More