Daging Mat Kassim: Sedap dan Senang dimasak!

daging mat kassim
Daging Mat Kassim – hidangan tempatan popular yang tidak dikenali ramai!

Rakyat Malaysia boleh dibahagikan ke dalam dua kumpulan – mereka yang kenali hidangan daging Mat Kassim, dan mereka yang tidak tahu kewujudan masakan ini pula. Kedua-dua kumpulan ini wujud dengan lebih kurang seimbangnya di Butterkicap.

Menurut mereka yang kenali hidangan ini, daging Mat Kassim biasanya dimasak di rumah dan jarang terdapat di menu mana-mana restoran tempatan. Dan, walaupun kami biasa melihat variasi bahan-bahan untuk pelbagai jenis resepi tempatan, perbezaan bahan-bahan yang diguna untuk hidangan ini agak jauh dan luas berbanding yang lain.

Sesetengah resepi mengguna rempah-rempah, serbuk kari, atau daun pandan dan daun kari. Namanya juga berbeza-beza – dari daging Mat Kassim ke rendang Mat Kassim, dan daging atau rendang Pak Kassim pula. Sesetengah resepi menggunakan ayam dan bukan daging lembu.

Asal-usul resepi ini juga tidak begitu jelas – ada yang mengata ia dicipta di Kampung Baru, dan lain pula memberi asal-usulnya dari Pulau Pinang. Tetapi, satu kesamaan teori-teori yang terdapat ialah pencipta hidangan ini mungkin dipanggil Mat (atau Pak) Kassim.

Sehingga Mat Kassim (atau keturunannya) sendiri menampil kehadapan dan memberitahu kami cerita yang sebenar, kami memutuskan untuk menyelidik dan mencari resepi Mat Kassim asas yang senang tetapi lazat yang anda boleh cuba membuat di rumah.

Mudah dan sedap? Resipi ini dilulus Butterkicap!

Bahan-bahan
  • 500g daging lembu
  • 100g cili kering, sudah dihidrat
  • 20g gula Melaka, diparut kasar
  • 106g kicap pekat lemak manis (5 sudu besar)
  • 1g garam (1 sudu kecil)
  • 1/4c + 3 sudu besar minyak masak
Aromatik:
  • 140g bawang merah besar
  • 21g bawang putih, kira-kira 3 ulas
  • 10g halia

Hidangan: 6 orang (sebagai hidangan sampingan)

Kaedah: persediaan
  1. Guna periuk kecil. Masukkan cili kering dengan air secukupnya sehingga cili terapong. Lebih air pun boleh. Rebus pada suhu tinggi selama setengah jam. Jangan tutup.
Rebus cili kering
  1. Potong daging lembu menjadi kepingan 4cm x 4cm x 0.5cm. Jangan risau jika potongan tidak seragam.
Potong seperti ini
  1. Gunakan lesung tumbuk untuk mengetuk daging yang sudah dipotong. Ini akan melembutkan dan meleperkan daging lembu. Jangan tumbuk terlalu kuat.
Anda tidak perlu mengetuk kepingan daging satu demi satu. Sekaligus pun boleh.
  1. Kupas dan potong bahan aromatik menjadi kepingan kecil. Guna mesin pengisar untuk mengisar bahan yang sudah dipotong sehingga hampir halus. Anda boleh menambah sedikit air untuk membantu proses pengisaran jika perlu. Simpan tepi.
Tekstur paling sesuai
  1. Setelah cili direbus, masukkan ke dalam penapis. Lambungkan cili beberapa kali untuk keluarkan cecair berlebihan.
  2. Ukur berat cili untuk memastikan beratnya 100g kerana ia mungkin bertambah sedikit selepas di didih. Keluarkan cili berlebihan jika perlu.
  3. Dengan sepasang gunting, potong cili menjadi tiga atau empat bahagian.
Gunting, gunting, gunting
  1. Panaskan ¼ cawan minyak masak di dalam kuali pada suhu tinggi.
  2. Selepas beberapa minit, atau bila minyak cukup panas, masukkan cili yang sudah dipotong dan goreng selama tiga hingga empat minit. Anda mahu kulit menjadi garing dan gelap sedikit, tetapi tidak sehingga hangus. Kacau dengan kerap.
Bisingya bila cili kering digoreng
  1. Tutup api dan keluarkan cili dari minyak. Cuba keluarkan seberapa banyak biji cili yang boleh. Jangan risau jika ada yang tertinggal. Biarkan minyak di dalam kuali.
  2. Kisar cili sehingga halus tetapi masih berpulpa. Tepikan.
Halus dan masih berpulpa
Memasak daging Mat Kassim
  1. Pasangkan balik api kuali pada suhu tinggi dan masukkan 3 sudu minyak masak dengan minyak yang sedia ada di dalam kuali.
  2. Masukkan bahan aromatik yang sudah dikisar dan tumis selama 4 minit. Kacau sekali-sekala.
Tumis bahan aromatik
  1. Masukkan cili yang sudah dikisar dan masak selama 8 minit. Kacau sekali-sekala. Bau cili bila digoreng mungkin pedih sedikit, jadi pastikan anda mempunyai pengalihan udara yang baik.
Masukkan cili
  1. Jika masakan anda kelihatan kering pada ketika ini, tambah 1 hingga 2 sudu besar minyak masak jika perlu.
Sos yang tidak terlalu kering
  1. Kemudian, masukkan daging dan kacau untuk campur rata, selama 1 minit.
Masukkan daging
Kacau rata
  1. Seterusnya, masukkan kicap pekat lemak manis dan kacau selama 2 minit.
  2. Tambah gula Melaka. Kacau.
Masukkan gula Melaka yang sudah diparut
  1. Masukkan garam dan kacau untuk campur.
  2. Masak sehingga sos pekat sedikit, kira-kira 5 hingga 8 minit bergantung kepada tahap kelembapan sos anda.
Jika sos anda kelihatan sangat kering, tambah 1 atau 2 sudu besar air ke dalam masakan anda. Kalau boleh, gunakan air rebusan cili tadi.
Sos ini sudah cukup pekatnya
  1. Hidang dengan nasi panas dan hidangan kegemaran anda yang lain.
Tip tambahan
  1. Potongan daging batang pinang paling sesuai dengan hidangan ini, tetapi potongan daging yang lebih murah juga boleh digunakan.
  2. Kami kehabisan bawang merah besar dan menggantinya dengan bawang kecil. Dua-dua jenis boleh digunakan asalkan beratnya sama!

Hidangan ini kelihatan agak pedas, tetapi sebenarnya ia lebih kepada rasa manis-dengan-sedikit-kepedasan. Sebuah resepi yang hanya memerlukan sembilan bahan-bahan yang sangat biasa, daging Mat Kassim memang sebuah hidangan yang sangat senang untuk disediakan. Selagi anda mempunyai kira-kira sejam untuk membuat persiapan dan memasak, cukuplah masa anda untuk menyediakan hidangan ini untuk santapan tengah hari atau malam nanti.

Jadi, pernahkan anda mendengar tentang daging Mat Kassim ini? Sama ada ya atau tidak, cubalah resipi mudah ini dan kongsi bersama kami pandangan anda. Jika anda merupakan ahli keluarga yang mempunyai resipi Mat Kassim turun-temurun, beritahulah bagaimana anda membuatnya di ruang komen di bawah. Jangan lupa hashtag kami dengan #butterkicap untuk menunjukkan gambar masakan anda!

 


Artikel lain:

Sotong Telur Masin: Kesempurnaan Kombinasi Masin, Lemak dan Kenyal

Nasi Minyak: Resepi Senang dan Lazat

Resepi Ayam Goreng Berempah: Rangup dan Sedap Sangat!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.