Resepi Daging Kalio The Embassy Terangkat Ibu Jari

Rata-rata rakyat Malaysia tidak boleh hidup tanpa daging. Dalam sehari kita wajib makan satu hidangan berdaging, baik ayam, daging lembu mahupun kambing. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis lauk-pauk berdaging yang boleh didapati di seluruh Malaysia termasuklah sajian berdaging istimewa menurut setiap negeri.

Namun begitu,  dalam banyak-banyak jenis lauk berdaging yang ada, pernahkah anda dengar atau tahu tentang daging kalio?

 

Resepi daging kalio, sajian daging yang dilupakan

Daging kalio merupakan hidangan yang berasal dari Padang, Sumatra Barat yang mungkin akan membuatkan anda kelirukannya dengan hidangan rendang yang biasa disediakan di Malaysia semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ataupun pada hari istimewa. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang membezakan rendang dan juga hidangan daging kalio ini seperti warna, tekstur serta tempoh memasak.

Lazimnya, daging kalio adalah berwarna coklat muda apabila sudah siap dimasak manakala rendang yang biasa kita temui di sini berwarna coklat kehitaman. Hal ini demikian kerana daging kalio dimasak pada tempoh masa yang lebih singkat berbanding rendang. Jadi, sekarang, anda bolehlah bezakan antara daging kalio dan juga rendang.

 

Resepi daging kalioTak kenal maka tak cinta

Mencari resepi daging kalio yang enak sepertimana yang disediakan di Padang, Sumatra Barat adalah banyak. Anda boleh mendapatkan pelbagai resepi di internet. Namun begitu, anda pastikah resepi yang anda temui itu benar-benar sedap?

Jangan risau kerana The Embassy cukup berbesar hati untuk berkongsi resepi daging kalio mereka yang gerenti dapat membuatkan ibu jari anda terangkat.

 

 

Terletak di Starling Mall, Damansara Uptown, The Embassy merupakan sebuah kafe yang ditubuhkan berdasarkan konsep kemesraan dan rasa besar hati yang dipegang oleh pejabat kedutaan di seluruh dunia. Oleh itu, konsep kemesraan tersebut diterjemahkan melalui makanan yang mereka sediakan. Di sana, pelbagai sajian Barat dan timur ditawarkan kepada para pengunjung termasuklah sajian daging kalio ini.

Jikalau anda ingin mencuba sendiri menyediakan hidangan ini di rumah, bolehlah cuba resepi daging kalio the Embassy ini. Ayuh kita mulakan memasak!

 

Resepi daging kalio

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging
  • 1kg santan segar
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai
  • 150g cili kering
  • 300g bawang merah, dikisar
  • 100g bawang putih, dikisar
  • 50g halia, dikisar
  • 50g lengkuas, dikisar
  • 30g kunyit hidup, dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara-Cara

  1. Masukkan santan ke dalam periuk.
  2. Masukkan bawang merah yang dikisar.
  3. Masukkan bawang putih yang dikisar.
  4. Masukkan halia yang dikisar.
  5. Masukkan lengkuas yang dikisar.
  6. Masukkan cili yang dikisar.
  7. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  8. Masukkan kunyit hidup yang dikisar.
  9. Masukkan daun limau.
  10. Masukkan daun kunyit.
  11. Masukkan serai.
  12. Gaul sebati hingga pecah minyak.
  13. Setelah pecah minyak, masukkan daging yang sudah dipotong.
  14. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

 

Jadi, bagaimanakah hasilnya? Adakah anda dikejutkan dengan rasa karamel daging tersebut? Daging kalio merupakan hidangan yang tidak pedas. Jadi, memang sesuai untuk dimakan oleh semua lapisan umur tanpa sebarang kerisauan. Jangan lupa untuk berkongsi hasil anda bersama kami dengan meletakkan hashtag #butterkicap dan juga #embassydining.

Namun begitu, jika anda kurang berpuas hati dengan sajian daging kalio anda, anda boleh berkunjung ke The Embassy Cafe di Starling Mall untuk tahu sendiri bagaimana sajian ini sepatutnya rasa. Kami pasti anda tidak akan puas ke sana hanya sekali.

Mahu ke sana?

A: Starling Mall, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
M: +603 76625408
Peta:

Malas nak membawa kereta? Boleh sahaja masuk ke dalam laman penghantaran makanan Foodpanda! Walaupun begitu, ingat ya, anda perlu berada di kawasan sekitar seperti TTDI, Damansara Jaya, Ara Damansara, Kota Damansara dan Bandar Utama untuk membuat pesanan melalui perkhidmatan ini. Apapun terima kasih The Embassy, Damansara Uptown atas perkongsian ini!

print

Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Do good, eat good! Get 18 special heritage recipes at only US$1.99. 50% of all proceeds goes to Food Aid Foundation.

Sign up for Ramadhan x Food Aid Foundation

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More