Daging Cincang: Resepi Serba Guna dan Mesra Kanak-kanak

daging cincang
Daging cincang – masakan enak untuk semua peringkat umur!

Ibu bapa kepada anak-anak yang cerewet dengan makanannya, bersukacitalah! Kami mempunyai resepi daging cincang lembu yang lazat dan sangat mudah, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Resepi ini hanya memerlukan setengah jam untuk disediakan dan dimasak, dan ia boleh dihidangi bersama nasi, bubur lembik, atau dengan selonggok kentang lecek yang dicampurkan mentega. Mengandungi sayur-sayuran sedap, resipi daging cincang ini sangat serba guna dah boleh diguna sebagai inti karipap yang tidak pedas, roti, pastri dan pai.

Anda perlu menyediakan masakan untuk majlis harijadi anak anda atau perhimpunan sekolah? Jangan panik. Masaklah resepi daging cincang ini, masukkan beberapa sudu besar ke dalam balutan muffin, dan tutupi dengan kentang lecek untuk menyediakan hidangan shepherd’s pai kecil! Bakar di dalam ketuhar untuk mata tambahan. Mudah sangat, anak anda pun boleh membantu!

Bahan-bahan

  • 200g daging lembu cincang
  • 25g ubi keledek, dikupas & dipotong dadu kecil
  • 30g ubi kentang, dikupas & dipotong dadu kecil
  • 70g lobak merah, dikupas & dipotong dadu kecil
  • 65g bawang merah besar, dikupas & dicincang kecil
  • 22g bawang putih (kira-kira 4 cengkih), dikupas & dicincang kecil
  • 5g daun bawang, dicincang kecil
  • 5g daun sup, dicincang kecil
  • 300ml stok ayam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ¼ sudu kecil lada hitam
  • ¼ sudu kecil serpihan garam laut
  • 2 sudu besar minyak masak atau minyak zaitun

Hidangan: 4 (sebagai hidangan sampingan)

Memasak daging cincang
  1. Potong ubi keledek, ubi kentang, dan lobak merah menjadi dadu kecil.

  1. Cincang kecil bawang merah dan bawang putih, diikuti dengan daun bawang dan daun sup.

  1. Panaskan minyak dalam periuk di atas suhu api yang tinggi.

  1. Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga sedikit lut, kira-kira 1 hingga 2 minit.

  1. Seterusnya, masukkan daging lembu cincang, daun bawang dan daun sup. Kacau untuk memerangkan daging, kira-kira 30 saat.

  1. Tambah sayur-sayuran akar yang sudah dipotong, termasuk ubi keledek, ubi kentang dan lobak merak. Kacau selama 1 hingga 2 minit.

  1. Tuangkan stok ayam ke dalam periuk, kacau.
  2. Taburkan lada, garam, kicap cair dan sos tiram dan kacau sehingga campur rata. Biar tutup sehingga mendidih.

  1. Kecilkan api, keluarkan penutup dan reneh sehingga sos menjadi pekat sedikit dan hampir kering, kira-kira 10 hingga 12 minit. Kacau sekali-sekala. Pastikan ubi keledek, ubi kentang dan lobak merah dimasak sepenuhnya. Panjangkan masa masakan (dan masukkan sedikit air ke dalam periuk) jika perlu.

  1. Sedia untuk dihidang!
Tip tambahan
  1. Anda baru sedar stok ayam sudah kehabisan? Gantikan dengan air biasa. Masakan daging cincang anda masih akan lazat!
  2. Jika anda menggunakan garam biasa dan bukannya serpihan, kurangkan jumlah garam sebanyak separuh melainkan anda suka hidangan yang benar-benar masin! Anda boleh menambah sedikit lagi garam pada hujung masakan jika anda menginginkan rasa masin yang lebih.
  3. Resepi ini juga boleh diubah suai sebagai makanan bayi. Keluarkan kedua-dua sos, lada dan garam dan masak seperti di atas. Setelah masak, kisar sehingga halus dan kacau dengan bubur lembik.

Psst… anda tidak memerlukan kanak-kanak untuk memasak resipi ini. Kadang-kadang bila anda teringin makanan yang mudah dan selesa, resipi daging cincang ini tidak kurang hebatnya! Jangan ragu-ragu untuk mendewasakan hidangan ini dengan apa-apa cara yang anda suka.

Jadi, bagaimana anda dan anak-anak anda memakan hidangan daging cincang ini? Kongsi gambar anda bersama kami dengan hashtag #butterkicap. Kami ingin melihat ciptaan anda!

 


Artikel lain:

Sup Ekor: Resepi Mudah Sup Gaya Malaysia Sesuai untuk Hari yang Mendung

Nasi Minyak: Resepi Senang dan Lazat

Jom Masak Nasi Goreng Pattaya Butterkicap

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More