Resepi Cekodok Pisang Enak Hingga Menjilat Jari

Cekodok pisang atau jemput-jemput pisang merupakan hidangan minum petang yang cukup disukai golongan tua mahupun muda dari generasi ke generasi.

Rasa pisang yang lemak manis membuatkan anda termimpi-mimpi tentangnya. Makan pula dengan secawan air teh panas, memang sampai menjilat jari.

 

Cekodok Pisang Yang Anda Idam-Idamkan

Resepi cekodok pisang manakah yang dapat jamin hasil cekodok yang lembut, cantik dan cukup lemak manisnya? Semestinya resepi milik Aunty Zah!

Dengan tip dan petua Aunty Zah, lihatlah betapa senangnya nak sediakan cekodok pisang yang konsisten dari segi saiz, rangup di luar dan lembut di dalam dan s

Kemahiran Mudah Tak Dimiliki Ramai

Namun begitu, berapa ramai yang dapat sediakan cekodok pisang yang sempurna? Hakikatnya, memang tak ramai dan alasan yang diberi memang banyak.

Memang ironik apabila sajian semudah cekodok pisang ini begitu sukar untuk disediakan dengan sempurna. Kami ada 2 tip di bawah yang jamin cekodok pisang anda sediakan akan sentiasa sempurna.

Tip #1 – Jangan tambah air

Inilah kesilapan yang ramai orang buat apabila menyediakan cekodok. Pisang, khususnya yang sudah ranum, mempunyai konsistensi yang lembik dan cair. Jika anda tambah air, makin cairlah adunan anda. Hasilnya, anda tidak dapat membentuk adunan cekodok menjadi bulat-bulat kecil yang comei dan pada masa yang sama, membuatkan rasa manis pisang hilang.

 

Tip #2 – Tambah sedikit garam

Pasti ada yang berasa pelik apabila melihat tip kedua ini. Kami faham kekeliruan anda ini datang kerana garam kan rasanya masin. Takkanlah perlu letakkan garam dalam masakan manis seperti cekodok, betul tak?

Sebenarnya, rasa masin garam dapat memberikan rasa lemak manis yang dapat membuatkan anda tak akan pernah puas makan cekodok. Apabila ada keseimbangan, barulah sedap!

 

Bersedia untuk Kotorkan Jari

Lepas dah kongsi tip cekodok pisang mudah di atas, pasti anda sudah bersiap sedia nak membuat cekodok pisang. Bolehlah buat makan minum petang .

 

Bahan-Bahan

  • 6 pisang ranum
  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Secubit garam
  • 1 ½ cawan minyak

 

Cara-Cara

  1. Lenyekkan pisang.
  2. Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam. Gaul hingga sekata.
  3. Masukkan campuran bahan kering ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek. Kacau hingga sekata.
  4. Panaskan kuali sederhana besar berisi minyak atas api sederhana besar.
  5. Cedokkan adunan pisang dengan sudu bulat dan masukkan ke dalam api panas.
  6. Goreng adunan pisang hingga perang keemasan.

 

Jadi, macam mana? Memang cantik hasil cekodokanda. Bulat-bulat, rangup di luar dan lembut di dalam.  Sekarang, anda sudah tahu cara, jangan lupa untuk kongsi dengan rakan-rakan dan sahabat handai.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.