Resepi Bebola Keju Telur Puyuh Meletup Dish by Ili

Telur Puyuh

 

Dalam banyak-banyak bahan yang ada, tiada siapa dapat menjangkakan bahawa telur merupakan salah satu bahan yang cukup sesuai untuk dijadikan sebagai snek atau hidangan ringan untuk dinikmati semasa minum petang mahupun ketika berehat menonton televisyen di rumah.

Jadi, persoalan yang timbul sekarang adalah, “Bagaimana kita nak tukar bahan seperti telur yang lazimnya dijadikan sebagai hidangan sampingan sebagai hidangan utama?

 

Bebola dan Telur?

Apabila kita bercakap tentang bebola, anda pasti membayangkan bebola daging atau makanan laut yang boleh didapati dengan mudah di luar seperti di kedai stimbot ataupun di gerai-gerai tepi jalan. Namun begitu, bebola-bebola ini tidaklah begitu menyihatkan kerana menggunakan bahan sudah diproses. Anda pasti tidak mahu merosakkan tubuh badan anda hanya kerana anda mahu makan bebola, betul bukan?

Resepi bebola keju telur puyuh DishbyIli ini sememangnya sangat menyihatkan dan cukup sesuai untuk dijadikan sebagai snek ringan untuk anda nikmati bersama keluarga atau sahabat handai. Teruja untuk mencubanya? Ayuh ke dapur dan mulakan persiapan!

 

 

Bahan-Bahan

  • 18 – 20 biji telur puyuh
  • 1 beg keju cheddar atau mozarella parut
  • 3-5 biji cili jalapeno
  • 5 biji cili padi
  • 1 kotak serbuk roti Panko
  • 1.2 cawan tepung
  • 1/4 cawan air
  • 3 sudu besar cuka

 

 

 Cara-Cara

  1. Isi satu kuali besar dengan air dan didihkan air.
  2. Isi satu mangkuk dengan air sejuk dan masukkan cuka.
  3. Masukkan telur puyuh ke dalam air mendidih dengan senduk lubang dan masak selama 2 minit. Keluarkan telur.
  4. Masukkan telur ke dalam air sejuk (berais) dan biarkan selama 15 minit.
  5. Potong dadu cili jalapeno dan hiris cili padi nipis-nipis.
  6. Di dalam satu mangkuk, gabungkan keju parut, cili jalapeno yang dipotong dadu dan hirisan cili padi. Kemudian, bentukkan adunan tersebut dalam bentuk bebola.
  7. Ambil satu bebola dan ratakan di atas telapak tangan anda.
  8. Letakkan telur yang sudah dikupas kulit di tengah-tengah dan litupi telur tersebut dengan hati-hati. Tambah lebih banyak keju jika perlu.
  9. Letakkan bebola keju di dalam pembeku selama 10 minit sebelum mula menggoreng.
  10. Campurkan tepung dan air di dalam mangkuk kecil. Pukul.
  11. Anda boleh masukkan paprika ataupun apa-apa perasa yang anda mahu. Pastikan adunan tidak begitu pekat dan tidak begitu cair.
  12. Panaskan dahulu minyak menggoreng anda, masukkan bebola keju ke dalam adunan tepung.
  13. Pastikan bebola disalut sepenuhnya dengan tepung. Kemudian, salut bebola dengan serbuk roti.
  14. Goreng sehingga bebola menjadi perang keemasan.
  15. Lapikkan pinggan dengan kertas minyak dan letakkan bebola yang siap digoreng untuk dihidang.

 

 

Nota Tambahan

  1. Keju tambahan diletakkan untuk mengukuhkan lagi bentuk bebola
  2. Jika bebola sukar dibentuk, tambah sedikit air untuk melembapkan adunan
  3. Jika anda mahu adunan tepung anda mempunyai konsistensi yang sempurna, masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk berisi tepung
  4. Gunakan sudu untuk menyalutkan bebola telur puyuh anda di dalam adunan tepung dan serbuk roti agar tidak bersepah
  5. Goreng bebola puyuh sedikit demi sedikit agar anda dapat memastikan semua bebola telur puyuh masak dengan sempurna

 

 

Hasil Bebola Telur Puyuh Anda

Mudah, ringkas dan menyelerakan, itulah yang ingin saya beri kepada anda melalui resipi telur puyuh ini. Jika anda sukakan resepi ini, anda pasti akan sukakan resepi telur en Cocotte Dish by Ili yang boleh didapati di butterkicap.com.

Jangan lupa untuk tangkap gambar dan kongsi bersama saya dan Butterkicap dengan meletakkan #dishbyili dan #butterkicap!

print
Ili Sulaiman

Bubbly and friendly, this Malaysian celebrity cook was the winner of the 2015’s Food Hero Asia competition on Asian Food Channel and has appeared on a few shows on television such as ‘Diari Mangkuk Tingkat’, which features some of her own delicious recipes.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.