Resepi Ayam Goreng Berempah: Rangup dan Sedap Sangat!

ayam goreng berempah

Ayam goreng berempah – hanya sepinggan nasi yang diperlukan!

Rakyat Malaysia gemar makan ayam, terutamanya ayam goreng! Biarpun ayam goreng bersalut tepung dari kedai rantaian makanan segera, ataupun ayam goreng kunyit dari restoran tempatan yang hanya menjaja ayam goreng dengan nasi dan hidangan sampingan sos kari, rakyat Malaysia sabar beratur supaya mereka boleh gigit, rasa dan kenyangkan perut puas-puas dengan ayam goreng.

Disini, kami ingin berkongsi dengan anda resepi ayam goreng klasik kegemaran Malaysia – ayam goreng berempah. Ayam goreng berempah tidak disalut tepung, tetapi ia diperap dalam campuran rempah yang akan mengusik deria anda dan membuat air liur meleleh. Sedap dan rangup, anda hanya memerlukan sepinggan nasi panas untuk dimakan bersama.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 1 biji bawang putih
  • 3 bawang merah besar
  • 20g halia
  • 4 batang serai
  • 15g lengkuas
  • 2 batang daun kari, daun sahaja
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar lada hitam
  • minyak masak, cukup untuk mengisi kuali kira-kira 3cm mendalam
Cara Menyediakan Ayam

Kaedah
  1. Dalam pengisar, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan lengkuas, dan kisar sehingga halus. Jika perlu, tambah sedikit air untuk membantu proses pengadunan. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan ayam ke dalam campuran dan salutkan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam atau, sebaik-baiknya, semalaman.
  4. Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia panas dan bersedia untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C.
  5. Berhati-hati bila memasukkan ayam ke dalam kuali, dan jangan isi kuali dengan terlampau banyak ayam. Ayam boleh dimasak berkumpulan jika kuali anda tidak cukup besar.
  6. Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata. Warnya kulit ayam yang sudah masak adalah perang keemasan gelap, dan suhu dalaman harus di antara 66°C hingga 73°C. Ia akan mengambil kira-kira 15 hingga 20 minit untuk ayam masak dengan betul, bergantung kepada saiz dan potongan ayam anda.
  7. Rehatkan ayam goreng berempah yang dimasak di atas beberapa tuala kertas untuk mengeluarkan minyak lebihan sebelum dihidangkan.

 

Berhati-hati dengan percikkan minyak panas!
Tips tambahan
  1. Anda juga boleh gunakan beg ziplock untuk perapan ayam anda. Ia mengambil kurang ruang di dalam peti sejuk berbanding mangkuk besar.
  2. Tidak mempunyai termometer memasak? Anda juga boleh membuang sedikit perapan ke dalam minyak untuk pastikan jika minyak sudah sedia untuk menggoreng. Berikut adalah cara untuk memastikan minyak telah sedia:
    • Minyak mula menggelegak sekitar perapan bermakna ia sesuai untuk menggoreng
    • Tiada apa yang berlaku bermakna minyak tidak cukup panas
    • Minyak mula berasap bermakna minyak adalah terlalu panas dan akan membakar ayam anda pula.
  3. Tutup tangan anda dengan lengan panjang atau kain untuk melindungi dari percikkan minyak panas. Atau gunakan spatula atau penyepit yang panjang.
  4. Untuk pastikan ayam anda masak sepenuhnya tanpa termometer memasak, pilih bahagian paling tebal ayam dan potong. Daging yang masak akan berwarna putih dan pejal, dengan jus ayam yang tidak berwarna. Jangan hidangkan ayam yang kurang masak!

 


Artikel Lain:

Kari Ayam: Resepi Mudah dan Klasik untuk Membendung Keinginan Kari Anda

Sup Ayam: Resepi Gaya Malaysia yang Enak, Berkhasiat dan Menenangkan Hati

Cara Membuat Ayam Masak Merah Menggamit Selera

print
Write Your Comment
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Spoon with us. Pamper yourself for free at HERE'S Spa & Salon! Limited to first 200 sign-ups.

Sign up for HERE'S Salon & Spa Giveaway

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.