Sup Telur Tomato ‘Feel Good’ Bila Tiada Mood

Kredit: Gerald Lee

Hilangkan sendu berada dalam PKP dengan sajian sup telur tomato yang cukup menyelesakan ini!

Hari ini kita dah masuk ke hari kelima belas berada dalam PKP atau perintah kawalan pergerakan. Apa khabar anda semua? Adakah anda masih okey? Harapnya begitulah. Ramai dalam kalangan kita termasuklah diri saya sendiri sudah berasa sedikit lemas asyik terperap di dalam rumah saja.

Masa Paling Tepat untuk Bereksperimen!

Daripada duduk saja tak buat apa, marilah ambil kesempatan ini untuk bereksperimen. Inilah masanya untuk anda mencuba masakan-masakan baru yang anda tak pernah berkesempatan untuk buat sebelum ini. Ada saja alasan diberi, sibuklah, penatlah dan sebagainya. Jadi, sekarang mari gagahkan diri dan masuk ke dapur. Kalau anda tak tahu nak masak apa, jangan risau! Saya ada untuk membantu.

Dalam tempoh PKP ini, saya menyedari kepentingan untuk berjimat-cermat. Berjimat-cermat di sini bukanlah bererti anda perlu kedekut makan. Sebaliknya, aktifkan otak untuk berfikir cara paling jimat untuk menyediakan hidangan untuk seisi keluarga tanpa menghabiskan barang dapur dengan lebih pantas. Kalau tak, setiap harilah anda kena keluar berjumpa dengan abang-abang dan kakak-kakak polis serta tentera di sekatan jalan.

Oleh itu, saya pun memutuskan untuk mencabar diri saya dan mengenal pasti sebanyak mana resepi mudah dan mengenyangkan agar saya dan anda sama-sama dapat sediakan semasa temph PKP ini. Lebih kurang kita keluar, lebih cepat golongan ‘frontliners’ kita dapat membendung penularan Covid-19. Betul tak?

Kalau anda dah ada di dapur, jom kita sediakan resepi sup kegemaran saya yang dapat disediakan dalam 15 minit saja. Betul! Tak lama pun nak sediakan resepi sup telur tomato ini.

Bahan-Bahan:

Tak perlu banyak bahan pun! (Kredit: Gerald Lee)
  • 4 tomato besar, dipotong dadu
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 6 cawan air
  • 3 biji telur, pukul sedikit
  • 3 sudu besar tepung jagung (cornstarch), dicampur 3 sudu besar air
  • 2 sudu besar kicap
  • ¼ sudu lada sulah
  • 1 kiub stok ayam
  • SGaram secukup rasa
  • 2 sudu teh cuka

Cara-Cara:

  1. Perasakan tomato dengan garam dan ketepikan selepas beberapa minit sebelum guna.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atas api besar. Masukkan tomato dan masak, kacau, selama 2 minit atau hingga tomato mula menjadi lembut. Kacau rata dengan bawang putih. Kemudian, masukkan air dan biar mereneh. Tuang telur di tengah-tengah dan kacau laju hingga telur menjadi berenda.
  3. Masukkan tepung jagung, kicap, lada hitam, cuka, garam dan stok ayam. Biar mereneh selama 1 minit lagi hingga memekat. Masukkan daun bawang dan perasa dengan garam secukupnya.

Nak Lagi Resepi Mudah?

Tak sampai 15 minit dah selesai. Tak mencabar betul resepi ini, kan? Itu perasaan anda kalau anda lakukan teknik kacau telur itu dengan betul. Kalau tak, 15 minit pun tak cukup. Bagi yang pernah atau sudah mencuba resepi ini, tolonglah kawan-kawan kita yang kurang bernasib baik dengan kongsi tip anda menuang telur bersama kami.

Jangan lupa untuk kongsi dengan saya resepi mudah kegemaran anda dan jika anda ada permintaan resepi yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan, silalah beritahu kami, ya.

Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu! print

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.