Sambal Kelapa: Resepi Perasa Manis Savuri

sambal kelapaRasa sambal kelapa seakan pencuci mulut, tetapi lebih lazat bila berpasangan dengan hidangan savuri!

Hidangan sambal kelapa bagus dibuat bila anda menggunakan banyak santan segar dalam masakan anda, terutamanya jika membeli santan dari pasar mengikuti jumlah biji dan bukan mengikut berat.

Dibuat dari kelapa parut, sambal kelapa mempunyai rasa savuri-manis yang menarik dan sangat sedap dimakan. Walaupun enak dimakan begitu sahaja, sambal kelapa lebih enak dimakan bersama hidangan berperisa kontras atau hambar seperti nasi impit, lemang, pulut atau nasi biasa. Ia juga menambahkan tekstur bila berpasangan dengan rendang dan hidangan tempatan yang lain. Kami cukup yakin ia akan rasa sedap dengan aiskrim vanila juga!

Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa resepi sambal kelapa, termasuk yang sangat pedas. Resipi ini adalah pada hujung berlawanan spektrum ini dan sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang mempunyai tahap kepedasan yang lebih sensitif.

Bahan-bahan
  • 200g kelapa parut
  • ½ cawan udang kering, direndam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 + 2 sudu besar gula putih
  • ½ cawan minyak masak

Hidangan untuk 8-10 orang

Kaedah
  1. Kisar udang kering sehingga halus.
  2. Dalam kuali sederhana, panaskan minyak pada suhu api tinggi.
  3. Tumis udang dikisar sehingga wangi.

coconut sambal

  1. Masukkan serbuk kunyit, diikuti 2 gula sudu besar. Goreng campuran sehingga ia mula kelihatan rangup.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sebati.

coconut sambal

coconut sambal
Ya, betul… kami terpaksa mengguna kuali yang lebih besar!
  1. Masukkan 2 lagi sudu besar gula. Kacau sehingga seragam.
  2. Kurangkan haba kepada suhu sederhana dan masak sambil terus mengacau sehingga campuran kering.
coconut sambal
Sedap ni!
  1. Hidang.
Tips tambahan
  1. Ganti 2 sudu besar gula putih dengan gula Melaka untuk profil rasa yang lebih mendalam dan warna yang lebih perang.
  2. Sambal kelapa tidak boleh disimpan lama, jadi jangan masak terlalu banyak, dan makanlahnya dengan cepat! Kami cukup yakin anda tidak akan mempunyai masalah untuk menghabiskannya.

Jadi bagaimanakah anda makan sambal kelapa anda? Kongsilah kombinasi anda dengan hashtag kami di #butterkicap.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.