6 Resepi Minuman Mudah untuk Raya dan Majlis Istimewa

resepi minuman mudah
Menyerlahkan hidangan Raya anda dengan resepi-resepi minuman mudah yang sedap ini!

Sudah berhari-hari anda sibuk di dapur untuk menyediakan makanan untuk rumah terbuka Hari Raya anda atau majlis istimewa yang telah anda rancangkan beberapa bulan yang lalu. Menu dah siap, meja dihias, dan baju pun sudah dipilih. Tetapi tunggu, minuman apa akan anda hidangi tetamu anda? Jangan risau, senarai resepi minuman mudah Butterkicap ada di sini untuk membantu anda!

Dari kegemaran klasik, ke mocktail istimewa dengan sentuhan tempatan, kami telah mengumpulkan senarai enam resepi minuman yang sangat mudah dibuat dan pasti akan jaga kegembiraan tetamu anda. Nikmatilah!

 

1. Sirap Cincau

easy drink recipes

Tidak ada minuman yang menggambarkan suasana Hari Raya seperti gabungan sirap dan cincau yang mudah ini. Berikut adalah cara untuk membuatnya dengan betul.

Bahan-bahan
  • 500ml sirap
  • 500g cincau
  • 3 liter air
  • ais

Hidangan untuk 10 orang

Kaedah
  1. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
  2. Dalam jag besar, gabungkan sirap dan air dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan cincau.
  4. Masukkan ais ke dalam jag atau gelas bila minuman dihidang kepada tetamu.
  5. Kacau minuman ini sebelum dihidang supaya cebis-cebisan cincau akan tertuang ke dalam gelas bila dicurah.
Tips
  1. Jenama sirap berbeza mungkin mempunyai nisbah sirap kepada air yang berbeza. Kami cadang anda mengikut nisbah yang dicatit di atas label botol sirap anda.
  2. Jangan risau jika sirap cincau anda rasa agak manis kerana rakyat Malaysia memang gemar minuman-minuman yang manis! Lagipun, anda boleh tambahkan air kosong ke dalam gelas tetamu yang tidak mahu sirap cincau mereka terlalu manis.

 

2. Sirap Bandung Soda

easy drink recipes

Sirap Bandung adalah minuman yang agak popular terutamanya di bulan Ramadhan, pada musim Raya, dan majlis perkahwinan. Berwarna merah jambu terang dengan rasa kuat juga manisnya, ada yang betul-betul menggemari minuman ini, dan ada juga yang tidak minatinya langsung. Tetapi resepi ini menaikkan taraf sirap bandung biasa dengan kegunaan ais krim soda. Ia memberi kesegaraan unik pada minuman ini yang mengimbangkan kemanisan minuman merah jambu ini. Anda memang perlu mencuba minuman dari senarai resepi minuman mudah kami ini.

Bahan-bahan
  • 500ml sirap
  • 720g susu sejat
  • 1.65 liter ais krim soda
  • 500ml air
  • ais

Hidangan untuk 10 orang

Kaedah
  1. Campur sirap dan susu sejat dalam jag besar. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan air. Kacau.
  3. Masukkan ais. Kacau.
  4. Akhir sekali, masukkan ais krim soda dan kacau.
Tips
  1. Jangan tambah air pada minuman ini untuk mengurangkan kemanisannya. Ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan rasa manis minuman ini.

 

3. Soya Cincau

easy drink recipes - soya cincau, grass jelly soya

Minuman ini juga dikenali sebagai ‘Michael Jackson’ kerana kombinasinya yang berwarna hitam dan putih. Minuman ini rasa lemak berkhasiat dengan tambahan cincau yang memberinya tekstur kenyal yang segar.

Bahan-bahan
  • 4 liter air soya sejuk tanpa gula
  • 1kg cincau
  • 250g gula Melaka
  • 250g air panas

Hidangan untuk 10 orang

Kaedah
  1. Parut gula Melaka.
  2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.
  3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
  4. Tuang air soya ke dalam jag yang besar.
  5. Tambah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan cincau.
  7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.
Tips
  1. Elakkan menambah ais kepada minuman ini kerana air soya yang berair tidak sedap sangat.
  2. Jangan guna susu soya berkotak. Pergi ke pasar atau trak makanan air soya berdekatan anda untuk mendapatkan bekalan segar air soya tanpa gula.

 

4. Air Punch Buah-buahan

easy drink recipes - fizzy fruit punch

Agak kelakar pulak nama Fizzy Fruit Punch dalam Bahasa Malaysia. Namun itu, minuman seterusnya dalam senarai resepi minuman mudah kami adalah salah satu yang membawa kembali banyak kenangan, terutamanya jika dihidang di dalam mangkuk punch kaca bercorak dengan cawan padanan dan senduk yang telus. Anda boleh bayangkannya, betul? Terdapat pelbagai jenis resepi untuk air punch buah-buahan, tetapi ini adalah salah satu yang kami amat gemari kerana setiap hirupan rasa seperti zaman kanak-kanak!

Bahan-bahan
  • 200ml kordial oren Sunquick
  • 200ml sirap
  • 3 liter Sprite atau 7-up
  • 3 liter ais krim soda
  • 2 lemon besar
  • 2 oren besar
  • ais

Hidangan untuk 10 orang

Kaedah
  1. Potong nipis oren dan lemon.
  2. Dalam jag atau dispenser minuman besar, campur Sunquick dan sirap. Kacau sehingga sebati.
  3. Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda. Kacau dengan baik.
  4. Masukkan oren, lemon dan ais.
Tips
  1. Anda tidak perlu masukkan buah-buahan dihiris ke dalam gelas semasa menghidang, tetapi ia akan buat gambar anda nampak lebih cantik!
  2. Anda ada mangkuk punch? Gunalah!

 

5. Air Mata Kucing

easy drink recipes - air mata kucing, dried longan drink

Kepada mereka yang was-was, air mata kucing tidak mengandungi apa-apa bahan dari mana-mana anggota kucing di dalam resepinya. Air mata kucing dibuat oleh buah mata kucing atau longan yang kering. Air mata kucing mempunyai rasa sedikit herba, kuat, berkaramel dan warna yang gelap dan sedap. Resepi ini ada kelainannya sedikit dengan tambahan daun pandan.

Bahan-bahan
  • 775g longan kering
  • 375ml + 375ml air panas
  • 300g gula Melaka
  • 10 sudu besar molases
  • 2 ½ sudu besar gula putih
  • 8 daun pandan, diikat
  • 1.125 liter air
  • ais

Hidangan untuk 10 orang

Kaedah
  1. Dalam mangkuk, rendam longan kering dengan 375ml air panas. Biar tutup.
  2. Dalam kuali atau periuk, campur 375ml air panas dengan gula Melaka, molases, gula putih dan daun pandan. Letakkan suhu api pada sederhana rendah dan kacau sehingga gula telah cair. Keluarkan daun pandan.
  3. Bila longan kering sudah dihidratkan semula, buang air yang berlebihan dan gabungkan longan dengan campuran gula dalam jag yang besar.
  4. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
  5. Tambah ais.
  6. Jangan lupa mengaut beberapa biji longan ke dalam gelas bila menghidang minuman ini kepada tetamu anda.
Tips
  1. Minuman ini bagus dibuat lebih awal kerana campuran gula dan longan boleh disimpan peti sejuk dalam bekas kedap udara untuk satu atau dua minggu. Tambah air hanya bila anda ingin menghidang minuman ini.

 

6. Rosemary Limau-ade

easy drink recipes - rosemary calamansi lime-ade

Minuman mocktail ini segar dan lazat dihidang jika anda lebih menyukai minuman yang masam sedikit berbanding daripada yang bergula manis. Gabungan perisa timur menemui barat, termasuk bau dan rasa savuri rosemary yang segar, menambah dimensi yang tidak keterlaluan kepada minuman yang mudah dibuat ini. Minuman ini sangat sedap dan menyegarkan ada kemungkinan besar anda akan perlu membuat hidangan tambahan!

Bahan-bahan
  • 325g gula putih
  • 325g air
  • 10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai)
  • 350g jus limau kasturi (kira-kira 100 limau)
  • 350g jus lemon (kira-kira 8 lemon)
  • 3 liter air soda
  • ais

Hidangan untuk 20 orang

Kaedah
  1. Gabung gula putih dan air di dalam periuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula. Gula perlu dicairkan semuanya untuk menghasilkan cecair yang jernih dan sedikit pekat. Tutup api dan alihkan bila cecair mula reneh ditepi-tepi. Biar sejuk.
  2. Pukul tangkai rosemary dengan alu. Anda hanya mahu meremuknya. Jangan pukul hingga terlalu hancur.
  3. Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jag besar.
  4. Tambah jus limau kasturi dan lemon. Kacau.
  5. Seterusnya, masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan air gula yang sudah disejukkan.
  7. Tambah baki air soda dan kacau.
Tips
  1. Jika menuang dari jag, anda boleh masukkan ais ke dalam jag atau biarkannya di dalam bekas ais untuk dimasukkan terus ke dalam gelas individu bila dihidang supaya ais tidak akan cairkan soda dengan terlalu cepat.
  2. Minuman ini cukup cantik untuk dihidangi dalam gelas individu dan bukan dalam satu jag besar.
  3. Jangan lupa masukkan setangkai rosemary ke dalam setiap gelas supaya ia kelihatan cantik!
  4. Bagi rasa gas yang lebih, guna air soda dalam tin dan bukan air gas dalam botol.
Tips tambahan
  1. Anda boleh menggunakan air sejuk atau air suhu bilik bila diperlukan untuk resepi minuman mudah di atas. Ais akan membuat minuman-minuman anda sejuk.
  2. Jangan lupa simpan air kosong berlebihan kerana mungkin ada beberapa tetamu yang tidak mahu minuman manis.
  3. Ais! Beli lebih ais dan jangan lupa simpankan di dalam peti ais.

Jadi, minuman mana dari resepi minuman mudah kami yang akan anda sediakan untuk tetamu anda? Kongsi gambar anda dengan mengguna hashtag #butterkicap!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More