Resepi Mantou Gerenti Lembut & Gebu

Kredit: Gerald Lee

Ban mantao dan kung poh ayam merupakan kombinasi snek kegemaran saya sejak kecil lagi! Rasa ban yang lemak masin dan kepedasan sajian kung poh ayam ini boleh buat saya tak berhenti makan, tambah-tambah lagi kalau waktu hujan lebat ataupun semasa menonton rancangan kegemaran saya.

Oleh sebab tempoh hari saya sudah berkongsi resepi kong poh ayam saya, saya merasakan memang sesuailah untuk saya berkongsi resepi ban mantao kegemaran saya agar anda sendiri dapat merasa sendiri keenakan gabungan kedua-dua sajian ini.

Keunikan Ban Mantao

Bagi yang tak biasa makan atau melihat ban mantao ini, merupakan sejenis ban kukus yang cukup popular di wilayah-wilayah di bahagian utara China. Lazimnya, ban mantao tidak berinti, berbeza daripada pau lain yang berinti. Ban mantao merupakan makanan ruji bagi kebanyakan penduduk di China kerana sifatnya yang cukup versatil, dalam erti kata lain, boleh dimakan dengan pelbagai lauk-pauk dan bubur. Selain itu, ban ini juga mudah untuk disediakan, harganya murah dan boleh didapati di merata tempat dengan mudah.

Bagi saya, ban mantao mempunyai tekstur yang cukup menarik. Walaupun kosong tetapi tekstur ban mantao yang lembut dan gebu dapat menyerap kuah dan perisa lauk yang dicicah hingga memberikan sensasi yang cukup mengasyikkan.

Bahan-Bahan:

  • 600g tepung pau hk atau tepung pau biasa
  • 2 sudu teh yis
  • 120g gula kastor
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh garam
  • 320ml air
  • 4 sudu besar minyak

Cara-Cara:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mesin pengadun.
    Kacau hingga doh terhasil.
  2. Masukkan minyak. Selepas menambah minyak, doh akan kelihatan seperti pecah tapi teruskan memukul hingga doh terhasil sekali lagi.
  3. Balut dengan pembalut plastik dan biarkan doh rehat di tempat yang panas dan biar mengembang selama 30 minit.
  4. Letakkan doh atas permukaan yang ditepung. Uli seketika dan bahagi kepada 2.
  5. Kemudian bahagian setiap doh pada 5 bebola doh kecil seberat 65g setiap satu.
  6. Canai doh hingga menjadi memanjang dan nipis. Buat belahan di bahagian tepi doh.
  7. Sapu sedikit minyak bijan. Gulung doh dan pegang di bahagian hujung doh dan pintal lalu ikat simpul.
  8. Letakkan setiap ban atau ban bunga yang disimpul pada sehelai kertas bakar.
  9. Tutup bun dengan kain dan biarkan doh ban rehat selama 10 minit.
  10. Kukus selama 10 minit. Pastikan air betul-betul menggelegak semasa mengukus bas. Apabila membuka penutup pengukus, pastikan titisan wap air tidak mengenai ban yang siap dikukus.

Gebunya, Lembutnya!

Resepi ban mantao ini tak pernah mengecewakan saya. Setiap kali saya menyediakan ban mantao menggunakan resepi ini, ban mantao yang dihasilkan sentiasa lembut dan gebu. Namun begitu, jangan berputus asa kalau cubaan kali pertama anda tak begitu menjadi. Teknik memintal dan menyimpul ban mestilah betul. Untuk menguasai teknik ini, anda perlu berlatih beberapa kali dulu. Jadi, jangan susah hati kalau ban mantao anda tak seperti yang diharapkan.

Apapun, jangan lupa untuk kongsi dengan saya resepi mudah kegemaran anda dan jika anda ada permintaan resepi yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan, silalah beritahu kami, ya. Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu!

print
Justine Lim
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again