Resepi Kek Lapis Chai Agar Gula Melaka Sesuai untuk Jamuan Keluarga

Kredit: Gerald Lee

Saya memang sukakan pencuci mulut. Setiap kali rasa tertekan atau sedih atau hanya sekadar ingin makan sesuatu yang manis, saya akan sediakan kek atau agar-agar dan resepi kegemaran saya adalah yang menggunakan perisa teh chai yang lemak manis dan menyegarkan.

Sebelum ini, saya sudah pun berkongsi resepi kek latte chai gula melaka asin yang cukup menyelerakan dan kaya dengan perisa teh. Oleh itu, saya bercadang untuk kongsikan satu lagu resepi berperisa latte chai kegemaran saya yang diinspirasi oleh resepi kek latte chai gula melaka asin saya.

Bezanya, kali ini saya sediakan lapisan agar-agar chai gula melaka untuk berikan sedikit perbezaan tekstur agar anda tidak berasa muak untuk makan kek ini berkali-kali.

Ramai yang sudahpun mencuba resepi ini sangat menyukainya! Jika anda belum lagi mencuba resepi kek latte chai saya sebelum ini, cubalah dahulu. Selepas itu, barulah cuba resepi chai yang saya kongsi di sini pula.

Bahan-Bahan:

a) Adunan Kek Span A

  • 2 biji oren, parutan kulit sahaja
  • 90g susu segar
  • 4 uncang teh chai
  • 140g tepung kek
  • 45g gula kastor
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/4 sudu teh serbuk halia
  • 1/4 sudu teh serbuk pelaga
  • 1/4 sudu teh serbuk cengkih
  • 60g mentega asin, dicairkan pada suhu bilik
  • 4 biji telur sederhana besar, telur kuning sahaja
  • 2 sudu teh ekstrak vanila

b) Adunan Kek Span B

  • 4 biji telur sederhana esar, telur putih sahaja
  • 55g gula kastor halus
  • 1 sudu teh krim tartar

c) Agar-Agar Chai Gula Melaka

  • 1200ml air
  • 200g Gula Melaka
  • 100g mentega asin
  • 4 uncang teh chai
  • 480g santan
  • 1 sudu teh garam
  • 140g Tepung Hoen Kwee
  • 18g serbuk agar-agar

Cara-Cara :

a) Adunan Kek Span A

  1. Lapikkan dasar dulang bakar kek bulat dengan saiz 3 x 8 inci dengan lapisan kertas bakar. Anda tak perlu minyakkan dulang bakar kek.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 175 Celsius
  3. Didihkan susu dalam periuk pada suhu sederhana besar selama 3-5 minit. Apabila sudah mendidih, angkat periuk dan ketepikan.
  4. Masukkan uncang teh dan rendam selama 30 minit. Keluarkan uncang teh dan tapiskan. Perah sebanyak mana cecair yang boleh dari uncang teh. Ketepikan uncang teh dan biarkan campuran teh susu menyejuk.
  5. Pukul gula kastor dan telur kuning hingga rata. Masukkan mentega cair dan latte chai. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan ketiga-tiga serbuk rempah. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik ke dalam adunan. Masukkan garam. Pukul hingga sebati dan tiada ketulan.

b) Adunan Kek Span B

  1. Menggunakan pengadun elektrik, pukul telur putih hingga kembang dan berbuih.
  2. Masukkan krim tartar dan pukul hingga buih-biuh pekat terbentuk.
  3. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Teruskan memukul hingga memuncak.

c) Menyatukan Adunan Kek Span A dan B

  1. Perlahan-lahan kaupkan adunan telur putih ke dalam adunan telur kuning dalam 4 bahagian. Gaul hingga sebati.
  2. Perlahan-lahan, tuangkan adunan ke dalam dulang kek 7 inci.
  3. Goyang dulang kek dari sisi ke sisi untuk pastikan adunan sekata. Ketuk dulang kek di atas meja perlahan-lahan untuk keluarkan gelembung udara.
  4. Letak dulang kek di atas rak tengah dalam ketuhar. Bakar selama 20 minit hingga perang keemasan atau sehingga tiada adunan melekat pada lidi.
  5. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan menyejuk. Menggunakan pisau mentega, perlahan-lahan lalukan di sisi kek untuk menanggalkan kek dari dulang. Keluarkan kek dari acuan dan letakkan di atas pelapik kek lalu tarik keluar kertas bakar. Kupas kulit kek di bahagian atas kek dan potong kek menjadi 3 bahagian.

d) Agar-Agar Chai Gula Melaka

  1. Campurkan santan dan tepung Hoen Kwee dalam satu mangkuk hingga sekata lalu ketepikan.
  2. Didihkan air dalam periuk atas api sederhana bersama gula melaka, garam, mentega dan uncang teh chai sehingga terlarut sepenuhnya.
  3. Angkat periuk dari penunu dapur
  4. Masukkan campuran cantan dan tepung Hoen Kwee ke dalam cecair dididihkan menggunakan penapis kerana adunan tepung bersantan ini boleh menjadi berketul-ketul apabila sejuk. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga sebati.
  6. Letakkan semula periuk di atas penunu dan panaskan pada suhu sederhana rendah. Kacau cecair hingga memekat tetapi masih boleh dituang. Keluarkan uncang teh.

e) Menyusun Kek dan Lapisan Agar Chai

  1. Tuang lapisan pertama campuran agar-agar chai sebanyak 2 senduk pada dasar dulang kek 8 inci boleh tanggal. Tunggu selama seminit untuk cecair agar-agar menyejuk.
  2. Letakkan lapisan pertama kek span di atas lapisan pertama agar-agar chai.
  3. Ulang langkah 1 hingga 2 sebanyak 2 kali. Pastikan lapisan agar-agar chai terakhir berada di lapisan paling atas.
  4. Biarkan kek menyejuk dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Keluarkan kek dari acuan dan kek ini paling sedap dimakan apabila sejuk.

Jamuan Keluarga Lebih Bermakna

Saya pasti anda berasa puas menikmati kek ini, kan? Rasa kek yang lemak dan kesegaran agar-agar membuatkan kek ini sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga, baik kanak-kanak mahupun orang tua. Jadi, lain kali anda ada jamuan keluarga, jangan lupa untuk kejutkan mereka dengan membawa ole-oleh atau buah tangan buatan anda sendiri iaitu kek lapis chai agar gula melaka. Kalau ditanya dari mana anda dapat resepi kek ini, jangan lupa beritahu mereka untuk kunjungi laman web Butterkicap.

Jangan lupa untuk berkongsi hasil anda

Teringin saya nak tengok hasil kek anda, jadi jangan lupa untuk tag saya, @justinescakesandkueh dan @butterkicap di mana-mana laman media sosial pilihan anda. Jangan lupa untuk ikuti kami juga untuk resepi-resepi tradisional dan resepi kegemaran Malaysia anda perlu cuba di dapur anda!

Jika anda nak resepi pencuci mulut yang sama enak seperti resepi kek latte chai yang saya kongsi di sini, anda boleh cuba kek lof cempedak saya ataupun kek lapis pandan gula melaka untuk hidangan minum petang sekeluarga. Apapun selamat mencuba!

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.