Resepi Dhokla dan Cutni Hijau: Sedap dan Berkhasiat!

dokhla

Dhokla dan cutni hijau – bagaikan makan kek untuk sarapan pagi!

Berusul dari Gujarat, India, dhokla adalah seperti ‘kek’ vegetarian yang boleh didapati di restoran masakan utara India di Malaysia. Biasanya dihidang sebagai sarapan pagi, ia juga boleh dinikmati sebagai snek. Ia selalu dihidang bersama cutni.

Kami telah mengumpul resipi yang lazat, sihat dan berkhasiat untuk anda, dengan pasangan cutni hijau segar yang mudah dibuat dan tidak perlu dimasak!

Bahan-bahan dhokla

Untuk dhokla:

  • 1 1/2 cawan tepung gram, besan atau kacang kuda
  • 2 sudu besar tepung suji
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil pes halia
  • ½ sudu kecil asid sitrik
  • 1 ¼ cawan air
  • 1 sudu besar serbuk penaik larut yang dilarutkan ke dalam air di atas
  • 2 ½ sudu kecil Eno
  • 3 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam

Untuk perasa:

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • ½ sudu kecil bijan
  • 4-5 daun kari
  • 2 cili kering
Kaedah
  1. Ayak tepung gram, besan atau kacang kuda bersama tepung semolina.
  2. Masukkan bahan-bahan lain, tidak termasuk Eno, ke dalam tepung dan kacau sehingga ia mencapai adunan yang boleh dicurah.
  3. Tambahkan Eno dan kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam dulang kek 9″.
  5. Kukus adunan selama 10 hingga 15 minit sehingga ia mencapai tekstur kek, atau sehingga cungkil gigi atau kayu sate yang dicucuk ke dalam adunan keluar dengan bersih.
  6. Sementara adunan tengah dikukus, panaskan minyak untuk perasa. Masukkan biji sawi, bijan, daun kari dan cili kering dan goreng sehingga harum.
  7. Tuangkan perasa ke atas dhokla yang sudah dimasak.
  8. Potong dhokla secara kiub dan hidang bersama cutni hijau.
dhokla
Adunan sedang dikukus

 

Potong dhokla secara kiub dan aturkan di atas pinggan yang cantik
Bahan-bahan cutni hijau
  • 1 jambak besar daun ketumbar
  • 1 cili hijau
  • 1 bawang putih
  • 1″ halia
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil biji jintan putih
  • ¼ cawan air
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/2 cawan kacang panggang
Kaedah
  1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. Itu sahaja!
  2. Akhir sekali, tuangkan cutni hijau sebelah dhokla dan nikmatilah!
Tips tambahan

Sebagai perasa tambahan, taburkan sedikit kelapa parut. Sedap!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.