Resepi Daging Rusuk Salai Simply Ribs “Oh, Yeah”

Masakan tulang rusuk atau ribs, merupakan satu hidangan yang mempunyai perisa dan tekstur tersendiri. Di Malaysia, kegilaan untuk menikmati tulang rusuk atau ribs semakin menjadi trend di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dek penangan pendedahan masakan tulang rusuk dalam rancangan televisyen makanan di Barat.

Kini, dengan restoran rintis daging rusuk halal, Simply Ribs, harapan anda untuk sediakan sendiri masakan daging rusuk yang kena dengan selera anda akhirnya terkabul.

Lebih menarik lagi, Simply Ribs dengan besar hatinya, berkongsi resepi salah satu sajian mereka iaitu ‘Oh, Yeah’ Ribs untuk anda cuba sediakan di rumah.

Anda mungkin sudah melihat klip video yang kami sediakan untuk resepi ini tetapi anda mungkin berasa kurang puas hati kerana resepi yang disediakan kelihatan begitu ringkas dan mungkin sukar untuk diikuti. Oleh itu, kami sediakan artikel khas untuk berkongsi dengan anda agar anda boleh cuba dan sediakan resepi daging rusuk salai ala Simply Ribs.

 

Bahan-Bahan

Untuk renehan
  • 1kg tulang rusuk (short ribs)
  • 2 liter air
  • 5g (1 sudu teh) bawang putih cincang
  • 5g (1 sudu teh) halia cincang
  • 32g (1/4 cawan) gula perang
  • 34g (2 sudu besar) garam
  • 34g (2 sudu besar) cili boh
  • 17g (1 sudu besar) lada hitam

 

Untuk sos
  • 500g sos barbeku
  • 5g (1 sudu teh) bawang putih cincang
  • 34g (2 sudu besar) lada benggala, dipotong dadu
  • 32g (1/4 cawan) air
  • 2g (1/4 sudu teh) lada hitam
  • 2g (1/4 sudu teh) stok ayam
  • 34g (2 sudu besar) ketumbar cincang

Cara-Cara

Mereneh rusuk
  1. Masukkan daging rusuk di dalam kuali yang mempunyai dasar yang dalam.
  2. Masukkan 2 liter air di dalam kuali.
  3. Masukkan bawang putih cincang, halia cincang, gula perang, garam, cili boh dan lada hitam.
  4. Reneh selama 3 jam.

 

Menyediakan sos

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali leper.
  2. Masukkan bawang putih cincang dan lada benggala. Tumis sehingga bawang putih menjadi sedikit keperangan.
  3. Masukkan 500g sos barbeku dan 32g air untuk cairkan sedikit sos barbeku yang dimasukkan.
  4. Masukkan lada hitam, stok ayam dan daun ketumbar cincang. Gaul rata agar semua bahan disatukan dengan sebati.
  5. Padamkan api dan ketepikan sos.

Memanggang rusuk

  1. Panaskan pemanggang dengan api besar. Sapu sedikit minyak di atas pemanggang agar daging rusuk tidak melekat.
  2. Apabila minyak di atas pemanggang sudah mendesir, letakkan daging rusuk.
  3. Alihkan tulang rusuk selepas terdapat kesan panggang di atas daging rusuk.
  4. Sapukan bahagian sudah dipanggang dengan sos barbeku yang disediakan.
  5. Angkat daging rusuk dari pemanggang dan padamkan api.
  6. Daging rusuk sedia dihidang.

 

Tip tambahan

  1. Untuk cepatkan proses penyediaan sos barbeku, gunakan sos barbeku dalam botol yang boleh didapati di pasar raya.
  2. Untuk tahu daging rusuk sudah masak semasa renehan, cucuk garfu pada daging. Jika daging lembut dan mudah terlerai, daging rusuk sudah masak.

 

Bagaimana? Adakah anda masih merasakan resepi ini terlalu ringkas? Kalau anda sudah mencuba menyediakan resepi ini di rumah, Jangan lupa untuk berkongsi gambar hasil masakan anda dengan kami dengan meletakkan hashtag #butterkicap.

Jika anda merasakan anda kesuntukan masa untuk menyediakan sajian daging rusuk ini tetapi masih mahu menikmatinya, anda boleh berkunjung sahaja ke Simply Ribs TTDI!

 

Bagaimana untuk ke sana?

A: 36, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000, KL
T: 03-7731 5566/017-668 6852

Map:

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.