Resepi Asparagus Belacan: Hidangan Berkhasiat yang Lazat!

asparagus belacanAsparagus belacan – semestinya rangup dan pedas

Asparagus belacan adalah cara masakan superfood yang penuh faedah antioksidan mengikuti citarasa kami di Malaysia. Sayur sparagus amat baik untuk kesihatan buah pinggang, dan penuh dengan vitamin, protein, serat, boleh membantu perasaan murung dan, *ahem*, juga dikenali sebagai afrodisiak. Walaupun kita biasa melihat asparagus dipapar dalam masakan gaya Barat, ia boleh dijumpai dalam hidangan sayur-sayuran tempatan, walaupun jarang dibuat sebagai hidangan tumpuan.

Rakyat Malaysia biasa dengan santapan pelbagai pilihan, terutamanya jika ada yang rasa pedas sedikit sekurang-kurangnya. Asparagus yang direbus, dikukus atau dipanggang begitu sahaja mungkin tidak akan menepati citarasa selera kami. Ia juga tidak sepadan dengan hidangan nasi, ikan kukus atau ayam goreng berempah. Jadi, asparagus belacan adalah cara kami menyetempatkan sayuran yang hebat ini dengan citarasa eklektik kami, dan ia agak senang dimasak juga.

Penuh rasa, pedas dan masih berkhasiat? Kami pun suka!

Bahan-bahan
  • 8 batang asparagus tebal, atau 20 batang nipis
  • 2 sudu besar sambal belacan
  • 5 bawang kecil
  • 2 sudu besar udang kering, direndam dalam sedikit air
  • 2 sudu besar minyak masak
Kaedah
  1. Tumbuk bawang kecil dan udang kering yang telah direndam hingga kekasaran sederhana menggunakan lesung batu. Anda juga boleh mengguna mesin pengisar.
  2. Buang hujung bawah asparagus dan potong batang asparagus menyerong, kira-kira 2cm panjang.
  3. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan campuran bawang kecil dan udang kering, diikuti dengan sambal belacan. Tumis sehingga wangi.

    Sedapnya bau bawang merah, udang kering dan sambal belacan ketika ia dimasak!
  4. Masukkan asparagus dan goreng untuk kira-kira tiga minit, atau sehingga asparagus masih rangup tetapi senang digigit. Asparagus anda sudah sedia dimakan!

    Asparagus dan sambal belacan tumis

Tips tambahan

  1. Waktu memasak mungkin berbeza-beza bergantung kepada ketebalan asparagus anda.
  2. Asparagus boleh dimakan mentah, jadi, elakkan ia terlampau masak supaya ia akan terus mengekalkan nilai-nilai khasiatnya.

Masakan ini begitu mudah dan sedap dan tidak perlu dihidang dengan apa-apa lagi kecuali semangkuk nasi. Sekarang makan sayuran kamu, ia baik untuk anda!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.