Resepi Apam Pandan Gula Melaka Teringat Mak

Kredit: SukaSucre Bistro

Ibu, oh ibu! Masakan ibu mana yang tak pernah sedap? Walau seringkas manapun, masakan ibu akan sentiasa menjadi pilihan hati.

Namun begitu, setelah meningkat dewasa dan ada antara anda yang perlu berhijrah ke bandar demi mencari pendapatan, ramai yang terkenang-kenangkan waktu-waktu anda berada di rumah dan dimanjakan dengan pelbagai masakan ibu anda, khususnya menjelang waktu minum petang.

Mengimbau Zaman Kecil dengan Resepi Apam Ini

Dulu, semasa kecil, ada saja hidangan ringkas yag dijadikan kudapan anda seperti pisang goreng, cekodok, cucur jagung dan sebagainya yang menjadi santapan. Malangnya, semua itu sukar untuk dirasai sekarang. Jadi, apa yang anda boleh buat? Ubatilah rindukan ibu anda dengan resepi apam pandan gula melaka Chef Dato’ Fazley yang pasti dapat hilangkan sedikit kerinduan anda terhadap ibu anda.

Semestinya, rasa air tangan itu tak sama tapi kalau tak berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman, ini sajalah penawar yang kami boleh beri kepada anda sekarang. Berhenti menangis. Jom, kita ke dapur dan membuat resepi apam ini!

Bahan-Bahan:

a) Bahan Penaik

  • 6g yis
  • 1/4 cawan air suam
  • 6g gula merah

b) Adunan Apam

  • 250g tepung gandum
  • 50g gula melaka
  • 50g gula perang
  • 1 cawan air
  • ¼ cawan santan pekat
  • 1 sudu teh ekstrak pandan
  • Garam

Cara-Cara:

  1. Masukkan semua bahan (a) dalam satu mangkuk dan biar terendam selama 5 minit.
  2. Masukkan semua bahan adunan apam dalam satu bekas berasingan.
  3. Gaul semua bahan dan biar berehat selama 30 minit.
  4. Sediakan loyang kek cawan dengan menyapu sedikit mentega.
  5. Sementara itu, panaskan pengukus atas api sederhana.
  6. Gabungkan bahan penaik dan adunan apam lalu kacau hingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang kek cawan dan kukus selama 20-25 minit.
  8. Hidangkan bersama kelapa parut.

Kegemaran Masa Kecil Tika Cuti Sekolah!

Resepi Chef Dato’ Fazley ini sememangnya membuatkan kami teringat kepada ibu masing-masing, khususnya sewaktu musim sekolah ini. Semasa kecil, pastinya ada saja hidangan minum petang yang para ibu akan sediakan termasuklah apam gula melaka yang gebu dan manis ini.

Malangnya, apabila dewasa begini, barulah nak menghargai masakan ibu. Jangan jadi seperti kami! Jadikan waktu hujung minggu akan datang ini sebagai peluang untuk anda pulang ke rumah dan sama-sama membuat projek menyediakan resepi apam pandan Chef Dato’ Fazley ini dengan ibu, mak, mama, umi anda. Kali ini, biar ibu anda teringatkan air tangan anda.

Kalau anda menyukai resepi ini, jangan lupa untuk berkongsi hasil masakan anda bersama kami dan Chef Dato’ Fazley dengan menyebut kami di kapsyen anda, @butterkicap, @fazleyyaakob dan @sukasucrebistro!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More