Rendang Ayam: Resepi Rendang Klasik

rendang ayamRendang Ayam – masakan kegemaran tradisional

Rendang ayam adalah pilihan baik untuk mereka yang tidak memakan daging lembu tetapi ingin menikmati rasa sedap kompleks rendang tradisional. Masakan ini menggunakan bahan-bahan dan kaedah yang agak sama dengan rendang daging dan ini membolehkan hidangan ini mengekalkan rasa identiti rendang dengan sedikit rasa lainan kerana daging ayam yang digunakan. Tetapi ia tetap lazat.

Rendang ayam juga memerlukan kurang masa memasak berbanding rendang daging, menjadikannya pilihan yang lebih baik jika anda tiada masa secukupnya. Kesabaran masih diperlukan kerana ia mengambil masa lebih kurang 90 minit untuk dimasak, tetapi usaha anda akan berbaloi. Memasak rendang ayam juga tidak semenakutkan atau sesusah seperti ia sering diggambarkan. Nikmatilah!

 

Bahan-bahan

chicken rendang

  • 1 ekor ayam, dipotong 12
  • 285g bawang merah, dikupas
  • 130g bawang kecil, dikupas
  • 25g bawang putih, dikupas
  • 12g kunyit hidup
  • 80g halia tua
  • 33g lengkuas
  • 5g daun limau purut (kira-kira 3 daun, dikoyak sedikit)
  • 20g serai, akar sahaja
  • 115g gula Melaka
  • 105g cili boh
  • 12g serai, ditumbuk sedikit
  • 16g daun kunyit (kira-kira 1-2 daun)
  • 1kg santan
  • 90g kerisik
  • 2 sudu besar garam

Cara Menyediakan Ayam

Kaedah
  1. Kisar bawang merah, bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas dan akar serai hingga sebati.

rendang

rendang

  1. Chiffonade daun kunyit.

rendang

  1. Dalam periuk besar yang berat, pasangkan api pada suhu tinggi dan tambahkan campuran bawang, cili boh, separuh santan, garam, daun limau purut, serai ditumbuk dan gula Melaka. Kacau sehingga sama rata.
  2. Masak hingga mendidih kemudian kecilkan api untuk renehkan. Masukkan ayam dan kacau sehingga sama rata.
chicken rendang
Masukkan ayam dan reneh
  1. Teruskan kacauan semasa reneh sehingga sos menjadi pekat dan hampir kering tetapi masih lembap sedikit. Keseluruhan proses akan mengambil masa kira-kira 90 minit, jadi sabarlah.
chicken rendang
Terus kacau
  1. Masukkan separuh daun kunyit dan semua kerisik. Kacau untuk 5 minit lagi.
  2. Bila siap, masukkan rendang ayam ke dalam bekas hidangan dan hiasi dengan baki daun kunyit. Hidang dengan lemang, nasi impit, nasi atau roti lembut.

 

Tips Tambahan

  1. Jika anda bercadang untuk menyimpan rendang ayam anda untuk makanan masa depan, biar ia sejuk sepenuhnya (tanpa bertudung) semalaman sebelum menyimpannya di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk hingga kira-kira seminggu. Rendang ayam tidak boleh tahan lama seperti rendang daging.
  2. Resepi rendang ayam terlalu mudah? Tingkatkan tahap kemahiran anda dan cuba memasak rendang daging pula.

 

Rendang ayam adalah resepi yang sesuai jika anda teringin memakan rendang tetapi tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan versi daging. Ia juga merupakan pilihan yang baik untuk mereka yang akan memasak rendang buat kali pertama. Cubalah dan jangan lupa untuk mentag kami di #butterkicap dengan gambar hidangan anda!

 

 

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.