Pasta Sardin Selasih oleh Chef Dato’ Fazley

Kredit: SukaSucre Bistro& Kitchen

Dalam kehidupan anda yang sentiasa sibuk dengan jadual yang padat, keinginan untuk menyediakan makanan yang sihat dan seimbang di rumah pastinya sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Sebenarnya, bahagian memasak itu senang. Masukkan segalam bahan di dalam kuali, ‘tung’ ‘tang’ sebentar di dalam kuali dan makanan sudah siap! Rasanya, anda pun pasti bersetuju dengan kami.

Perkara yang membuatkan anda berasa lemah semangat untuk membuat persediaan kerana itulah yang mengambil masa yang lama. Jadi, ada tak resepi yang tak perlukan masa persiapan yang lama? Chef Dato’ Fazley ada jawapannya!

Pasta Sardin?! Sedapkah?

Masakan sardin cukup sinonim dengan golongan bujang mahupun ibu-ibu yang sibuk. Kita semua sudah sedia tahu bahawa sardin, apabila dimasak dengan sambal memang cukup menyelerakan. tapi bagaimana kalau kita gunakan sardin dalam menyediakan pasta pula?

Chef Dato’ Fazley cukup menyukai resepi ini. Bila-bila beliau mahu masakan yang mudah dan cepat, inilah sajian yang beliau akan sediakan.

Oleh sebab beliau memahami masalah anda ini, Chef Dato’ Fazley memutuskan untuk berkongsi resepi ini bersama anda agar memasak tidak lagi menjadi beban, malah kesenangan untuk anda.

Ayuh mula memasak!

Bahan-Bahan;

  • 300g spageti, sedia direbus
  • 1 tin sardin, tapis minyak
  • 20g puri tomato
  • 20g pes tomato
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 5 helai daun selasih
  • 2 biji cili padi
  • 1 biji lemon
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali atas api sederhana besar lalu tumis cili padi, bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan puri dan pes tomato.
  3. Masukkan ikan sardin dan goreng sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan spageti.
  5. Carik-carikkan daun selasih dan masukkan ke dalam kuali.
  6. Padamkan api, perah limau kasturi dan gaul sehingga rata.
  7. Hidangkan.

Pasta Sudah Tersedia Dalam 3.. 2.. 1

Tengok, mudah saja, kan? Jadi, apa alasan anda untuk tak sediakan resepi ini? Kalau anda sukakan resepi pasta sardin selasih ini dan mahu resepi mudah, senang dan menyelerakan seperti ini, jangan lupa untuk tinggalkan pesanan anda mahupun komen anda di laman Instagram ataupun Facebook kami.

Oh, ya! Jangan lupa juga untuk kongsikan hasil masakan anda bersama Chef Dato’ Fazley di laman Instagram beliau dan letakkan hashtag #butterkicap di gambar anda. Tak sabarnya kami untuk lihat hasil anda!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.