Meehoon Siam Ringkas Tetapi Cukup Menyelerakan

Kredit: Gerald Lee

Meehoon Siam merupakan resepi yang saya suka sediakan sebagai sarapan ataupun minum petang. Cepat, mudah dan dijamin sedap, meehoon siam merupakan antara resepi ‘campak-campak’ yang bukan saja disukai oleh seisi keluarga. Tambahan pula, resepi meehoon ini boleh diubah suai agar tahap kepedasannya dapat disesuaikan mengikut citarasa sendiri.

Semasa kecil, setiap kali mak menyediakan meehoon siam sebagai bekal ke sekolah, saya pasti akan menghabiskannya sebelum waktu rehat lagi! Oleh itu, apabila saya merindui mak ataupun saya berasa agak murung, saya pasti akan menyediakan hidangan meehoon siam ini.

Bahan-Bahan:

  • 30 tangkai cili kering
  • 40g udang kering, direndam dalam air selama 5 minit
  • 6 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar pes taucu, lecek dengan garfu
  • 12 udang, dikupas kulit
  • 4 fried beancurd, sliced
  • 6 sudu besar air
  • 400g bihun, drendam dalam air panas selama 5 minit
  • 1 sudu besar puri tomato
  • 1 tablespoon pes asam jawa, dicampur dengan 2 sudu besar air panas ke dalam pes asam jawa
  • 2 batang kucai, dihiris setebal 1 inci
  • 2 batang daun bawang, dipotong dadu
  • 1 tangkai cili merah, dihiris
  • 2 biji telur dadar, digulung dan dihiris
  • 2 biji limau, dibelah dua
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • Bawang Goreng
  • Kacang goreng, ditumbuk, opsyenal. Boleh diganti dengan kacang gajus jika alah dengan kacang tanah)

Cara-Cara:

  1. Kisar cili kering, udang kering, bawang merah dan bawang putih bersama-sama 2 sudu besar air hingga agak halus.
  2. Tumis bahan kisar dalam kuali, bersama-sama 2 sudu besar minyak atas api sederhana besar hingga wangi. Masukkan taucu.
  3. Masukkan udang dan kepingan tauhu goreng ke dalam kuali sebelum masukkan 6 sudu besar air.
  4. Bila sos mula mereneh, kecilkan api dan masukkan bihun yang direndam dan hirisan kucai. Kemudian, masukkan pes tomato dan air asam jawa. Kacau rata. Gunakan sudip atau penyepit kayu untuk mengacau. Bihun tidak akan pecah dan hancur.
  5. Masukkan garam, gula dan lada secukup rasa. Akhir sekali, hias bihu dengan daung bawang, hirisan telur, kacang tumbuk, bawang goreng, dan hirisan limau serta hirisan cili.
  6. Hidangkan bersama sambal belacan.

Masam, Manis, Pedas!

Meehoon Siam ini enak dimakan panas-panas. Jika ada cili potong kicap, bertambah-tambahlah anda nanti. Saya harap resepi meehoon siam ini, sedikit sebanyak dapat membuat anda kembali mengenang kenangan-kenangan manis semasa membesar, menikmati makanan yang disediakan oleh ibu anda. Teringin juga saya untuk mengetahui apakah makanan kegemaran anda semasa kecil. Bolehlah saya mencubanya di rumah nanti!

Kalau anda nak berkongsi resepi nostalgia anda, anda boleh mesej saya di profil media sosial Butterkicap, baik di Instagram ataupun Facebook. Untuk mencuba hasil air tangan saya, anda boleh kunjungi profil Instagram saya dan buat tempahan. Mana tahu, saya boleh buat anda jatuh cinta dengan masakan Nyonya nanti. Apapun, selamat memasak dan moga resepi ini menceriakan hari anda dan keluarga!

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.