Kway Teow Daging Halia: Resepi Sedap, Perut Gembira

Kuey teow halia daging
Kway Teow Daging Halia – Melekit tetapi lazat

Kway teow daging halia, atau lebih dikenali sebagai ginger beef kway teow, mungkin bukan hidangan yang paling cantik dipandang. Tetapi, jika dimasak dengan betul, mi berperisa sedikit salai dan diselaputi kuah daging lembu, halia dan sos telur pekat melekit tetapi licin seperti sutera ini, adalah hidangan yang menarik tekstur dan perisanya.

Dengan rasa salai, umami, zingy dan segar, kway teow dan dagingnya lembut, ​​manakala daun bawang dan halia memberi anda sedikit kekunyahan, dan sosnya sedap dihirup. Kway teow daging halia adalah hidangan yang membuat anda teringin berada di rumah dan bukan di restoran supaya boleh menjilat mangkuk sampai bersih.

Kway teow daging halia jarang dibuat di rumah tetapi ia adalah sebuah hidangan yang tidak sukar untuk dimasak. Persiapan mungkin mengambil masa sedikit, tetapi ia cepat dimasak di dalam kuali. Lagipun, fikirlah tentang kegembiraan yang anda akan mengalami bila menguyah hidangan ini, terutamanya bila mengetahui bahawa anda membuatnya sendiri. Kami fikir ia masa untuk memberi perut anda sedikit kebahagiaan, betul?

Bahan-bahan

ginger beef kway teow

  • 150g kway teow
  • 200g daging lembu, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1″ halia, dikupas & dihiris
  • 1 ½” halia, dikupas & dipotong nipis dan panjang
  • 2 sudu besar daun ketumbar
  • 2 sudu besar bawang hijau, dipotong kepingan 1″, bahagian hijau sahaja
  • ½ cawan stok udang
  • 1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar stok udang sejuk
  • 2 putih telur
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • ¼ sudu kecil serbuk lada hitam
  • ¼ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil gula
  • 3 sudu besar + 3 sudu besar minyak masak
Kaedah: Kway teow
  1. Panaskan dan sediakan kuali anda dengan mengelap lapisan nipis minyak di sekitar permukaan kuali dengan tuala kertas. Kuali anda panas secukupnya bila lapisan minyak telah kering dan kuali seolah-olah bercahaya.
  2. Masukkan minyak masak. Jika kuali anda cukup panas, minyak akan menjadi panas dalam beberapa saat. Jika tidak, biarkan ia mencapai suhu 180°C hingga 200°C. Anda juga mahu minyak untuk mula berasap untuk perisa tambahan.
ginger beef kway teow
Boleh anda melihat asap mula naik?
  1. Seterusnya, masukkan kway teow dan goreng sehingga warnanya perang emas lembut, kira-kira 1 minit. Lakukan langkah ini dengan melambung mi di dalam minyak. Jika anda mempunyai ruang mencukupi, ventilasi dan kemahiran, biarkan api menyentuh kway teow anda untuk memberi rasa salai berasap yang lazat. Ini juga akan menarik perhatian serius teman anda.
Kuey teow daging halia
Bila teow kway dimasukkan…
Kuey teow daging halia
Nampak tak kway teow yang melambung di udara? Jangan cuba ni di rumah ya!
Kuey teow daging halia
Warna perang emas lembut sempurna…
  1. Keluarkan kway teow dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan.
Kaedah: Sos
  1. Masukkan 3 sudu besar minyak masak. Bila panas, masukkan bawang putih dan kedua-dua potongan halia. Goreng sehingga wangi dan bawang putih berwarna perang sedikit.
ginger beef kway teow
Bawang putih dan halia dimasukkan ke dalam kuali
  1. Masukkan daging dan kacau hingga masak.
ginger beef kway teow
Daging pula
  1. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Kacau hingga sebati.
ginger beef kway teow
Sos dimasukkan
  1. Kacau campuran kanji jagung dan masukkanya ke dalam kuali. Kacau untuk satu atau dua saat, kemudian masukkan stok udang, garam, gula dan lada. Masak sehingga sos berwarna coklat dan pekat.
ginger beef kway teow
Kanji jagung memekatkan sos
ginger beef kway teow
Kemudian stok pula
ginger beef kway teow
Sudah pekat pun
  1. Matikan api dan tuangkan putih telur ke dalam sos. Gaul dengan cepat untuk mendapat helai-helai nipis putih telur.
ginger beef kway teow
Helaian putih telur di dalam sos
  1. Tuangkan sos daging halia ke atas mi dan taburkan daun ketumbar dan bawang hijau untuk menghiasi.
  2. Hidangkan panas.
Tips tambahan
  1. Bila membeli kway teow, jangan pilih yang disimpan peti sejuk kerana ia tidak akan tahan berbanding yang dijual di suhu bilik.
  2. Bagi pengedaran perisa yang lebih rata, pastikan jalur-jalur mi kway teow dipisahkan dahulu. Walaubagaimanapun, jaluran kway teow agak halus dan sukar dicam, jadi beri tumpuan kepada ketulan yang bergumpal.
  3. Agak sukarlah untuk melambung kway teow dengan kemas. Pasti ada yang terlayang keluar kuali. Tukang masak terbaik pun akan terlambung kway teow kesana-kesini. Bersedia untuk sedikit banyak pembersihan.
  4. Anda juga boleh menggunakan stok ayam atau sayur-sayuran untuk mengganti stok udang.
  5. Jika anda mahu, anda juga boleh masukkan kway teow balik ke dalam sos yang sudah dimasak dan campuran dahulu sebelum dihidangkan.
  6. Elak menyediakan hidangan ini terlalu awal,terutama sosnya, kerana kanjinya boleh kurang semula dan menyebabkan sos yang berlendir.

Jadi adakah anda bersedia bercuba resepi kway teow daging halia ini? Tag kami di #butterkicap jika anda mencubanya!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More