Kek Marmar Strawberi Untuk Kekasih Hati

Bulan Februari ialah bulan cinta. Tanggal 14 haribulan nanti, setiap pasangan kekasih akan mengambil peluang untuk meraikan cinta mereka dengan cara tersendiri. Ada yang membuat rancangan makan malam romantis berlilin, ada yang keluar melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama dan ada yang lebih gemar sambutan yang lebih sederhana dengan memesan makanan dari luar sambil menonton rancangan kegemaran mereka di Netflix.

Namun begitu, walau apapun cara yang anda pilih untuk menyambut hari istimewa ini, semestinya setiap orang yang menyambut Hari Kekasih akan mendapatkan pencuci mulut untuk memaniskan lagi hari istimewa ini. Tetapi, bagaimana kalau anda tak cukup bajet untuk sambutan Hari Kekasih kali ini? Adakah anda perlu membatalkan rancangan untuk meluangkan masa bersama orang tersayang?

Jangan bersedih kerana masih ada satu lagi peluang untuk anda memberi kejutan yang pasti membuatkan kekasih hati anda tersenyum lebar nanti.

Idea Romantis Murah dan Menyelerakan!

Kelaziman sambutan Hari Kekasih adalah memberi hadiah berbentuk jambangan bunga, coklat, kek dan sebagainya. Oleh sebab itu, masuk saja bulan Februari, begitu banyak promosi sempena Hari Kekasih yang ditawarkan. Malangnya, tak banyak piihan untuk anda jika bajet anda agak kurang tahun ini, Jadi, jalan penyelesaian terbaik untuk buat diri anda dan kekasih anda gembira adalah dengan membuat sendiri hadiah atau kejutan yang diberi.

Kami percaya resepi kek marmar strawberi ini cukup sesuai untuk disediakan bagi sesiapa saja yang ingin menjadikan sambutan Hari Kekasih tahun ini lebih bermakna dan intim. Mari kita sama-sama sediakan kek ini!

Bahan- Bahan:

  • 250g mentega, dilembutkan
  • 2 cawan gula kastor
  • 5 biji telur
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 cawan tepung serbaguna, diayak
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 1/2 sudu teh emulco strawberi

Cara-Cara:

  1. Panaskan ketuhar ke 170 darjah Celsius.
  2. Griskan dan tepungkan dulang kek lonjong 10 x 4 inci.
  3. Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu.
  4. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul adunan pada kelajuan tinggi sambil mengaup mangkuk adunan selama 5 minit.
  5. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam berselang seli dengan susu pada kelajuan rendah hingga sekata.
  6. Ambil 1/4 cawan adunan dan letakkan di dalam mangkuk berbeza. Masukkan emulco strawberi. Kacau hingga sekata.
  7. Tuang 1/4 adunan daripada adunan utama ke dalam dulang kek dulu dan 1/2 adunan strawberi. Ulang langkah ini hingga adunan habis.
  8. Bakar hingga lidi yang dicucuk bersih atau 50 minit. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari dulang bakar kek.

Siapa kata Cinta itu Mahal?

Jadi, bagaimana? Pasti anda dah tak sabar nak menyambut Hari Kekasih sekarang! Kek ini cukup mudah untuk disediakan dan yang paling penting, hanya memerlukan bajet kurang dari RM 50 untuk sediakannya. Siapa kata orang bercinta tak pandai mencari idea penjimatan yang kreatif?

Jangan lupa untuk berkongsi ‘hasil’ cinta anda bersama kami kerana kami pun teruja nak melihat reaksi orang tersayang anda selepas mengambil gigitan pertama kek ini!

Hantar saja gambar atau video anda dan pasangan menikmati kek marmar strawberi ini bersama kami di laman Instagram atau Facebook Butterkicap. Kalau nak idea pencuci mulut bajet dan sedap yang lain, kunjungi laman web Butterkicap!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More