Kek Kopi “Hot Chocolate Fudge Cake” Yang Memuaskan Hati

Pernah tak anda begitu teringin nak makan coklat tapi anda masih tak puas juga walaupun anda dah makan sepotong kek coklat tadi?! Bagi kaki coklat, sepotong kek coklat yang gebu dan ringan tak cukup untuk puaskan hati. Kita memerlukan sesuatu yang lembap dan dilimpahi kebaikan coklat sebenar.

Satu potong saja tak cukup. Selagi mulut tak comot dengan coklat, selagi itulah kita takkan puas. Jadi, apa penyelesaiannya? Kena buatlah ke coklat panas dan lembap seperti kek ‘hot chocolate fudge cake’ ini. Fuh… Meleleh!

Anda nak tahu perkara terbaik tentang kek ini? Ia mudah saja untuk dibuat! Tak perlu pengadun elektrik pun. Di samping itu, memang hampir mustahil untuk anda rosakkan kek ini. Tiada istilah terlebih bakar atau terlebih keras dengan kek ini. Walau bagaimanapun anda sediakannya, kek ini kekal lembap, lembut dan pastinya bercoklat.

Jangan Kedekut Coklat

Oleh sebab kita betul-betul nak puaskan rasa mengidam coklat ini, kenalah ada penyeimbangnya. Jadi, kita akan menambah sedikit serbuk kopi untuk naikkan lagi rasa coklat itu. Kalau anda nak tahu, itulah ramuan ajaib dalam nak sediakan kek coklat yang boleh buat anda pejam mata bila makan. Jangan fikir kalau letak sedikit serbuk kopi akan tiba-tiba buat kek ini rasa macam kopi pula! Itu dah jadi resepi lain.

kami nak resepi ini mempunyai sedikit sentuhan Malaysia dalam resepi yang agak kebaratan ini. Jadi, kami akan menggunakan kopi Malaysia yang diketahui mempunyai aroma karamel berlemak yang cukup kaw. Walau bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk gunakan apa jua jenis kopi yang anda mahu. Janji, kek yang dihasilkan menepati selera anda.

Jom Buat Kek “Hot Chocolate Fudge Cake”!

Bahan-bahan dah ada… Alamak, terlupa letak telur!

Resepi ini menghasilkan 6 potongan kecil kek “Hot Chocolate Fudge Cake”.

Bahan-Bahan:

  • 90g cip coklat hitam
  • 70g (1/3 cawan) mentega tak asin
  • 185g (3/4 cawam + 3 sudu besar) gula kastor
  • 45ml minyak masak kelapa (boleh diganti dengan minyak sayur atau minyak kanola)
  • ½ sudu teh ekstrak vanila
  • 1 biji telur besar
  • 14g (2 sudu besar) serbuk koko
  • 105g (1 cawan diayak) tepung serbaguna
  • ¾ sudu teh serbuk penaik
  • 175ml (3/4 cup) air panas
  • 1 sudu teh serbuk espresso (disyorkan untuk menggunakan kopi Malaysia atau kopi Indonesia)
  • ¼ sudu teh garam laut

Cara-Cara:

  1. Panaskan ketuhar pada 170C.
  2. Dalam satu cawan, masukkan serbuk kopi dan 175ml air panas. Biarkan terseduh.
  3. Sediakan dulang bakar kek 6″. Sapukan mentega di permukaan dalam dulang bakar dan tabur sedikit serbuk koko. Lapik dasar dulang dengan kertas bakar. Ketepikan.
  4. Seterusnya, cairkan mentega bersama cip coklat hitam. Letakkan mentega dan cip coklat dalam mangkuk kalis panas. Panaskan dalam ketuhar gelombang selama 15 saat pada suhu tinggi. Kacau sebentar dan masukkan semula dalam ketuhar gelombang selama 15 saat lagi. (Nota: Bergantung pada jenama coklat, anda mungkin perlu masukkannya dalam ketuhar gelombang sekali lagi.)
  5. Masukkan minyak, vanila, dan gula dalam coklat yang dicairkan. Kacau hingga sebati. Langkah ini akan menurunkan suhu adunan coklat anda. Langkah ini penting sebelum masukkan telur.
  6. Masukkan telur dan kacau hingga rata.
  7. Ayak serbuk koko, serbuk penaik dan terpung terus ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Adunan akan menjadi cair.
  8. Masa untuk masukkan kopi. Jika anda menggunakan kopi tempatan, anda perlu tapis serbuk kopi dulu. Hanya masukkan kopi ke dalam adunan menggunakan penapis jaring harus. Tak mengapa kalau ada serpihan serbuk kopi yang besar masuk ke dalam adunan.
  9. Kacau adunan dan masukkan ke dalam dulang bakar. Bakar selama 50 minit. Sama seperti kek brownie, permukaan kek ini akan merekah dan mendap apabila kek menyejuk tapi ia taklah begitu teruk. Itulah tarikan kek coklat kopi ini.
  10. Sejukkan kek sekurangnya selama 15 minit sebelum keluarkan daripada dulang. Langkah ini penting! Kek ‘Hot chocolate fudge cake’ ini sangat padat dan perlukan masa untuk rehat.

Apabila kek sudah menyejuk sepenuhnya, tiba masa untuk sediakan aising pula!

Krim Mentega Serbuk Espresso

Krim Mentega Espresso yang cantik!

Kalau anda masih sabar dan tak terus ‘ngap’ kek ini, anda boleh letakkan aising. Kalau anda betul-betul nak kek ini dilitupi coklat, anda boleh sediakan ganache coklat yang menyelerakan.

Oleh sebab kek ini sudah cukup padat dan bercoklat, saya suka letakkan aising yang ringan dan lembut untuk menyeimbangkannya. Krim mentega serbuk espresso ini memang sesuai. Tak seperti kopi yang ditambah masuk dalam adunan kek, rasa kopi dalam krim mentega ini betul-betul menyerlah.

Bahan-Bahan:

  • 113g (1/2 cawan) mentega tak asin
  • 150g (1 ¼ cawan) gula aising
  • 1 sudu teh vanila
  • 1 sudu teh serbuk espresso
  • 1 cubit garam laut

Cara-Cara:

  1. Pastikan mentega dilembutkan tapi masih sejuk bila disentuh. Pukul menggunakan pengadun hingga gebu dan ringan. Langkah ini akan mengambil masa kira-kira 2 minit.
  2. Tambahkan gula aising pada mentega dalam tiga bahagian. Pukul hingga halus dan cantik sebelum masukkan bahagian gula aising seterusnya. Apabila gula aising sudah terlarut, teruskan memukul adunan krim mentega selama 2 minit lagi atau kelihatan pekat dan berkrim.
  3. Masukkan serbuk espresso ke dalam vanila dan kacau hingga terlarut. Masukkan ke dalam adunan krim mentega dan pukul hingga sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan secubit garam laut untuk kurangkan rasa manis. Pukul adunan untuk seminit lagi agar semua bahan sudah sebati.
  5. Sekarang, anda boleh letakkan aising pada Kek ‘Hot Chocolate Fudge Cake’ anda! Anda boleh sapukan di atas kek untuk hiasan lebih ringkas atau buatlah bunga-bunga aising comel di atas. Terpulang kepada anda.

Tip:

  • Gunakan mangkuk kalis panas yang lebih besar untuk cairkan mentega dan cip coklat. Anda boleh masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yang sama. Kurang sedikit barang yang perlu dicuci.
  • Bila memilih jenama cip coklat, ingat bahawa sesetengah coklat lebih mudah cair berbanding yang lain. Kami sukakan jenama Callebaut. Kami dapati coklat jenama ini lebih mudah cair dan rasanya memang lazat. Kalau anda tak jumpa jenama ini, jangan risau. Mana-mana cip coklat hitam yang berkualiti baik adalah memadai. Anda mungkin perlu masukkan ke dalam ketuhar bersama mentega sebanyak 3 kali dengan tempoh masa memanas 15 saat setiap kali.
  • Kalau anda tak ada kopi, guna saja serbuk kopi segera. Larutkan serbuk kopi segera dalam air panas. Kalau anda gunakan kopi segera, tak perlu tapis.

Idaman Setiap Pencinta Coklat

Kami berharap Kek ‘Hot Chocolate Fudge Cake’ anda sama seperti yang anda harapkan. Jangan lupa untuk cuba resepi coklat kami lain yang laku keras dalam kalangan pencinta coklat seperti 4 ingredient delicious chocolate cookies atau salted gula Melaka chocolate chip cookies. Kami tahu resepi ini dalam bahasa Inggeris. Kalau anda mahu dalam versi Bahasa Melayu, beritahu kami menerusi laman Instagram atau Facebook kami!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.