Itik Golek: Resepi Itik Utara Istimewa yang Lazat

itik golekItik golek diselaputi kuah pekat berempah

Nama masakan itik golek agak ganjil memandangkan tiada aktiviti menggolek perlu dilakukan bila menyediakan hidangan tradisional ini. Terdapat sejenis lagi itik golek di dunia makanan Malaysia yang melibatkan itik dipanggang berpusing-pusing berdekatan permukaan api. Tetapi ia sangat berbeza dengan masakan Utara, khususnya di Kedah. Jadi, dari mana datangnya nama golek itu? Kami pun tidak tahu, tetapi jika anda mempunyai teori, atau tahu mengapa ia dipanggil itik golek, tinggalkan komen anda di bawah!

Itik sering muncul dalam dunia masakan Malaysia kerana ia sukar ditemui di kebanyakkan pasar raya, walaupun kami peminat besar telur itik masin. Mereka yang teringin makan itik akan ke restoran masakan Cina untuk mendapatkan itik panggang atau itik Peking. Tetapi, itik golek agak lain dari itik panggang kerana mempunyai sos pekat yang berempah seakan-akan kuah kurma. Rasanya padan sekali dengan daging itik yang dimasak sehingga sangat lembut dan senang dikupas dari tulangnya.

Anda perlu rajin sedikit untuk membuat itik golek – seperti pergi ke pasar untuk mendapatkan seekor itik segar, dan, banyak bersabar – tetapi kami pasti usahanya sangat berbaloi. Dan, jika anda mempunyai mertua atau bakal mertua dari Kedah, itik golek adalah hidangan yang bagus dimasak untuk memenangi hati mereka.

Bahan-bahan
  • 1 ekor itik segar
  • hati dan pedal dari itik
  • 1 biji ubi kentang sederhana, direbus dan dikupas
  • 1 biji bawang besar, dikupas
  • 1 biji telur, direbus dan dikupas
  • santan dari 2 biji kelapa
  • 2 biji asam keping atau air asam jawa
  • 300ml air, dan lebih
  • 1/3 sudu kecil garam
Rempah-rempah
  • 4 sudu kecil serbuk lada putih
  • 4 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 kepala bawang putih, dikisar
  • ½ cawan minyak masak
Peralatan khas
  • Jarum dan benang atau lidi kayu kecil
Kaedah
  1. Bersihkan itik dengan teliti. Biar kering.
  2. Campur lada putih, jintan putih dan bawang putih dengan 300ml air. Tepikan.
  3. Dalam kuali sederhana, panaskan minyak dan tumis campuran rempah hingga pecah minyak.
  4. Masukkan hati dan pedal itik dan kacau sehingga separuh masak.
  5. Masukkan telur, kentang dan bawang. Kacau sekali-sekala. Bila bawang sudah separuh masak, tutup dan alih dari api.
  6. Masukkan telur, kentang, bawang, hati dan pedal ke dalam rongga itik. Jahitkan rongga dengan jarum dan benang untuk menutupkannya. Atau, cucukkan lidi kayu kecil. Ini memastikan isi rongga tidak akan terkeluar. Ketepikan kuah rempah yang telah ditumis.
  7. Dalam periuk besar, tuangkan santan dan kuah rempah, kemudian masukkan itik. Tuangkan air secukupnya untuk menutup itik dengan sedikit sahaja.
  8. Masak perlahan di atas api sederhana. Jangan tutup. Kacau sekali-sekala, kira-kira 10 minit untuk memastikan itik tidak melekat pada periuk. Bila tahap cecair jatuh, sudukan kuah ke atas bahagian-bahagian itik yang terdedah. Bersabarlah. Ia akan mengambil lebih kurang 3 jam untuk santan dan kuah rempah untuk menjadi kuah yang pekat. Minyak dari santan dan lemak itik juga akan mula terkeluar.
  9. Bila kuah sudah pekat, tambah garam dan asam keping. Kacau perlahan-lahan. Hidangan akan siap dalam masa 5 minit. Itik anda perlu lembut dengan daging yang mudah dikopek dari tulang.
  10. Sebelum hidang, keluarkan minyak dari periuk. Anda akan dapat keluarkan 1 cawan minyak atau lebih jika anda mahu.
  11. Keluarkan benang atau lidi dan asam keping. Hidangkan itik panas secara keseluruhan. Itik golek sedap dimakan dengan nasi atau roti.
itik golek
Itik golek hampir siap
Tips tambahan
  1. Hidangan ini juga boleh dan biasa dibuat dengan ayam jika anda tidak dapat jumpa itik segar. Jika menggunakan ayam, masa memasak dari langkah 6 seterusnya akan dikurangkan kepada 2 jam. Jangan lupa membeli hati dan pedal ayam jika ayam yang dibeli sudah dibersih habis rongganya.
  2. Jika anda tidak mahu gunakan asam keping, ganti dengan sedikit air asam jawa pada kaedah nombor 9 pula.
  3. Tak terasa nak makan nasi atau roti? Cuba itik golek dengan pasta. Jangan kutuk sehingga dicuba! Jangan lupa gaulkan pasta anda dalam kuah golek pekat yang lazat itu.

Hidangan kegemaran bapa kemerdekaan Malaysia, rasa enak itik golek selalu disukai orang ramai. Cubalah masakan ini jika anda ingin memasak resipi yang istimewa untuk makan malam suatu hari. Jangan lupa untuk hashtag kami di #butterkicap jika anda mencubanya.

print
Write Your Comment
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Spoon with us. Get bite-sized recipes, stories and favorite Malaysian childhood food memories delivered right to your inbox.

Sign up for HERE'S Salon & Spa Giveaway

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.