Milo Dino Baby: Pekat, Sedap dan Kaw!

Milo Dino Baby
Kecil-Kecil Cili Padi – Milo Dino Baby

Milo merupakan salah satu minuman kegemaran Malaysia sehinggakan kebanyakan orang yang membesar dengan minuman coklat ini menganggap bahawa Milo merupakan produk Malaysia! Sebenarnya, Milo dihasilkan di Australia pada tahun 1934. Betul itu! Dan minuman kegemaran semua ini bakal menyambut ulang tahun ke-100 hanya 16 tahun lagi. Walaupun Milo bukanlah produk Malaysia tetapi resipi Milo Dino semestinya berasal dari negara ini.

Jika anda selalu melepak di kedai Mamak ataupun Kopitiam, anda pasti pernah melihat minuman gergasi yang dibawa dengan penuh hati-hati dari dapur ke meja. Dihidangkan dalam gelas sebesar jag air, Milo Dino merupakan satu minuman menakjubkan dengan timbunan ais membukit serta serbuk Milo yang melimpah-ruah di atas. Kita cukup gilakan Milo sehingga minuman yang diminati ramai ini biasa dihidangkan dengan pelbagai cara berbeza beberapa tahun selepas kemunculannya. Walaupun kita tidak tahu identiti pencipta minuman berlemak ini, kami sangat berterima kasih ke atas kreativiti anda!

Gaya penyediaan Milo Dino kami hanya tertumpu pada usaha untuk menonjolkan rasa coklat pekat yang menjadi igauan zaman kanak-kanak kita. Resipi ini tidak memerlukan anda untuk masukkan gula, susu pekat atau ais. Selain itu, resipi kami juga hanya separuh daripada saiz Milo Dinosaur standard anda tetapi perisa dan rasa minuman itu masih sama serta boleh diminum pada bila-bila masa tanpa rasa terlalu bersalah. Walaupun Milo Dino merupakan satu minuman yang ringkas dan mudah, kami pasti tiada minuman lain yang sesuai dihidang untuk tetamu-tetamu anda.

 

 

Bahan-bahan

  • 4-5 sudu besar serbuk Milo
  • 250ml susu sejuk

 

Cara-cara

  1. Masukkan 2 sudu besar Milo ke dalam gelas.

  1. Tuangkan susu.

  1. Masukkan 2 hingga 3 sudu besar Milo lagi.

  1. Hidangkan gelas Milo Dino di atas piring dengan sudu teh di tepi supaya tetamu anda tidak tumpahkan serbuk Milo di lantai atau kerusi anda.

 

Tip tambahan

  1. Jangan guna Milo 3-dalam-1 atau serbuk Milo segera untuk resipi ini.
  2. Gunakan susu sejuk. Susu panas akan melarutkan serbut Milo dan mengurangkan ketulan coklat malta untuk anda kunyah.
  3. Anda boleh minum Milo ini dikacau ataupun tidak. Berhati-hati ketika mengacau. Jika tidak, serbuk Milo akan tumpah.
  4. Jika anda mahu susu sedikit cair, masukkan sedikit ais sebelum tuangkan susu.
  5. Kami tidak pernah cuba resipi ini dengan susu soya, susu kacang atau pengganti susu lain. Jika anda sudah mencuba, beritahulah kami hasilnya!
  6. Tip untuk berparti! Gunakan gelas lutsinar supaya anda dapat melihat lapisan susu dan Milo yang cantik.

Nota: Serbuk Milo diformulasi secara berbeza di negara yang berlainan. Kita pastinya lebih suka pada Milo keluaran Malaysia, dan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan terpaksa menggunakan Milo keluaran asing pasti akan setuju dengan pendapat ini. Kami tidak pasti jika resipi ini akan menjadi dengan Milo keluaran negara lain, tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh mencuba..

Adakah anda sukakan minuman Milo Baby Dino ini? Memang sedap, bukan? Kami teruja untuk melihat hasil Milo Baby Dino anda, jadi kongsilah gambar anda dengan meletakkan hashtag #butterkicap!

 


 


print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Do good, eat good! Get 18 special heritage recipes at only US$1.99. 50% of all proceeds goes to Food Aid Foundation.

Sign up for Ramadhan x Food Aid Foundation

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More