Menu Hari Raya Cemas: Cara Mengatur Majlis Hari Raya Jika Tiada Katerer atau Ingin Lakukan Sendiri

menu hari rayaMenu Hari Raya cemas – kerana kadang-kadang, perkara yang tidak dirancang boleh berlaku…

Gambarkan… ini adalah kali pertama anda membuat majlis Hari Raya kecil untuk rakan-rakan dan keluarga. Mungkin anda baru berumahtangga, atau baru sahaja pindah ke rumah baru. Katerer anda tiba-tiba membuat panggilan untuk memberitahu mereka tidak boleh sediakan makanan untuk rumah terbuka anda. Anda panik. Anda sedang mengalami situasi kecemasan menu Hari Raya.

Atau …

Suami / isteri / ibu bapa / adik-beradik anda mengatakan bahawa mereka telah menjemput 20 orang untuk makan-makan Raya pada hujung minggu ini. Anda tidak mahir memasak makanan Raya. Katerer semua sibuk kerana sudah ditempah sebulan lalu. Dan restoran Melayu kegemaran anda masih tutup bercuti.

Apakah anda akan lakukan?

Bawa bertenang dan terus beraya

Ambil nafas mendalam. Lagi sekali. Ini mungkin situasi kecemasan menu Hari Raya, tetapi masalah ini bukan satu yang tidak dapat diselesaikan dengan pemikiran cepat, lawatan ke pasaraya, dan beberapa resipi untuk dimasak. Dapatkan bantuan suami atau isteri, adik-beradik, atau seorang rakan (terutamanya yang menjemput diri sendiri untuk datang beraya), kerana jika anda hanya mempunyai dua hari untuk menyiapkan menu Hari Raya yang menarik dan tradisional, anda akan memerlukan sedikit bantuan, walaupun jika untuk berlari membeli bahan-bahan sahaja.

Pertama sekali: menu Hari Raya

Resipi kegemaran dan kepakaran Raya mungkin berbeza dari rumah ke rumah, tetapi anda sentiasa boleh bergantung pada beberapa hidangan teras. Anda boleh bereksperimen dengan resipi lebih kompleks bila anda sudah berpengelaman sedikit, tetapi buat masa kini, mari kami memberi fokus pada menu yang mudah:

  • Lemang
  • Nasi impit
  • Serunding ayam
  • Serunding daging
  • Rendang daging atau ayam
  • Kuah lodeh
  • Kuah kacang
  • 2 atau 3 jenis biskut
  • Sirap cincau

Panik lagi? Jangan. Lebih separuh hidangan menu Hari Raya di atas akan dibeli siap sedia. Beberapa memerlukan penyediaan sedikit sahaja, dan anda hanya akan memasak tiga hidangan sahaja. Dan bonus terbaik menu ini? Hampir semua hidangan di atas boleh dimakan satu sama lain dengan konfigurasi berbeza, seperti nasi impit atau lemang dengan serunding atau rendang atau kuah kacang, nasi impit dengan lodeh dan kuah kacang, atau segala-galanya dilonggok bersama dalam satu mangkuk besar.

Masih tidak yakin anda boleh menghasilkan menu Hari Raya ini? Jangan risau, kami akan berkongsi dengan anda resipi-resipi, senarai membeli-belah, dan juga akan beritahu anda apa yang perlu dilakukan bila dengan hanya dua hari untuk menyiapkan hidangan Hari Raya ini. Dan jika anda mempunyai masa tambahan, kami juga mempunyai resipi bonus anda boleh mencuba untuk hidangan yang lebih mengagumkan.

Anda bersedia? Mari kita mula sediakan menu Hari Raya!

Dua hari sebelum majlis Raya

10:00 pagi (atau lebih awal)

Tuju ke pasar atau pasaraya dengan senarai membeli-belah untuk menu Hari Raya anda. Sama ada anda menggunakan senarai bertulis atau dicatit dalam telefon anda, jangan lupa tandakan sudah bila bahan-bahan dimasukkan ke dalam bakul untuk mengelakkan kekeliruan.

Hari Raya menu emergency
Mari kita membeli-belah!
Senarai bahan-bahan menu Hari Raya cemas:
  • 1.23kg daging lembu batang pinang (tenderloin)
  • 600g daging lembu berlemak
  • 400g udang
  • 400g pedal
  • 400g udang kering
  • 440g kacang panjang
  • 550g lobak merah (kira-kira 4 lobak merah)
  • 80g cili hijau (kira-kira 4 cili besar)
  • 500g kubis
  • 1kg labu English
  • 985g bawang merah
  • 500g bawang kecil
  • 105g bawang putih
  • 46g kunyit hidup
  • 40g halia tua
  • 110g lengkuas
  • 1.5g daun limau purut (kira-kira 3 daun)
  • 48g daun kunyit (kira-kira 3 daun)
  • 104g serai
  • 166g cili kering
  • 800g kacang tanah mentah, tanpa kulit
  • 26g belacan
  • 2 sudu besar pulpa asam jawa
  • 2 liter stok daging
  • 220g gula Melaka
  • 3.1kg santan
  • 200g kelapa parut
  • 100g foo chok kering
  • 500g taukwa
  • 720g tempe
  • 100g soh hoon
  • 2 bungkus nasi impit segera
  • garam
  • gula
  • 8 cawan minyak masak
  • 500ml sirap
  • 500g cincau
  • 3 liter air dan tambahan
  • 2-3 jenis biskut
  • 2 batang lemang
  • 1 pek besar serunding ayam
  • 1 pek besar serunding daging
  • 2 pek ais
Catitan:
  1. Senarai ini untuk hidangan 10 orang. Kemaskini kuantiti berkaitan jika anda akan memasak untuk lebih ramai orang. Jika tetamu anda kurang dari 10 orang… yay! Ada lebihan makanan untuk disimpan!
  2. Senarai di atas berdasarkan penyediaan rendang daging dan sirap cincau. Jika anda membuat rendang ayam atau mempunyai variasi atau tambahan resipi lain, jangan lupa kemaskini senarai di atas.
  3. Jangan lupa periksa bekalan bahan-bahan yang sudah sedia ada di dapur supaya tidak terlebih beli bahan-bahan yang sudah ada.

Anda mungkin tidak akan dapat semua bahan-bahan diperlukan di satu tempat sahaja, walaupun kebanyakan pasaraya mempunyai bahagian khusus yang agak besar untuk biskut raya pada musim ini. Anda mungkin perlu dapatkan serunding dan lemang di tempat lain. Lagipun, tidak semua biskut raya sedap sama rata, jadi, kami berkongsi senarai tempat-tempat anda boleh dapatkan biskut dan serunding berkualiti.

Tempat-tempat membeli biskut Raya:
  • Wondermilk mempunyai biskut sedap sepanjang tahun yang sesuai juga untuk musim Raya. Semak laman web mereka untuk maklumat waktu pembukaan.
  • Ben’s Independent Grocers selalu mempunyai paparan pelbagai biskut Raya lazat di pasaraya mereka.
  • Bazaar Ramadhan & pasar malam, terutamanya menjelang dua minggu terakhir Ramadhan.
  • Pasar Jawa, Klang, juga mempunyai pelbagai biskut berhampiran dengan musim Raya.
Hari Raya menu emergency
Biskut melimpah-limpah! Jangan lupa untuk memeriksa pasaraya dan kedai stesen minyak berdekatan kerana mereka pun biasanya menjual biskut pada musim Raya ini. Jika anda tidak pasti tentang rasa dan kualiti biskut mereka, beli satu pek biskut dan rasanya terdahulu sebelum membeli yang lain.
Tempat-tempat membeli serunding:
  • Ben’s Independent Grocers pun mempunyai pilihan serunding dan dibuka sepanjang cuti Raya.
  • Terdapat gerai serunding di Kampung Baru dan hampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman yang muncul pada bulan Ramadhan dan kadang-kadang kekal sepanjang tempoh Raya. Mereka tidak mempunyai alamat khusus, jadi anda perlu cari mereka sedikit!
  • Ini tidak mengejutkan memandang anda boleh membeli macam-macam benda di atas talian hari ini, termasuk serunding tulen. Kami belum cuba servis ini, tetapi carian serunding di Instagram mendedahkan beberapa penjual. Cubalah!
Hari Raya menu emergency
Serunding pasaraya pun sedap juga

Sebaik sahaja anda tiba di rumah, jangan lupa simpan bahan-bahan berkaitan dalam peti sejuk atau peti ais. Simpan biskut dan serunding jauh-jauh, supaya anda tidak terdorong untuk memakannya selum majlis anda!

5:00 petang (atau sebaik sahaja anda selesai membeli-belah jika lebih awal)

Sekarang masa mula memasak menu Hari Raya anda. Mula dengan rendang. Kami mempunyai tiga variasi untuk anda pilih, termasuk:

rendang daging
Rendang – hidangan penting bagi mana-mana menu Hari Raya yang klasik

Jika anda mempunyai masa, sediakan satu rendang daging dan satu rendang ayam. Jika tidak, baca resipi-resipi di atas dan pilih yang anda paling yakin sediakan atau teringin makan. Resepi di atas semua sedap, dan tidak sekompleks seperti difikirkan.

Semasa rendang dimasak, mari sediakan kacang untuk kuah kacang yang anda akan siapkan esok. Anda mahu kacang rendam semalaman, atau ia tidak akan muncul di menu Hari Raya anda, jadi jangan lupa lakukan langkah ini! Klik pautan di atas untuk melihat caranya.

Sebaik sahaja rendang anda masak, alihkan dari api dan biarkan ia sejuk sepanjang malam tanpa ditutup. Simpankannya di tempat jauh dari debu, semut dan jari-jari yang ingin tahu bagaimana rasanya.

Masa tambahan

Ada masa tambahan? Keluarkan pinggan mangkuk, garpu, sudu, pisau, alas meja, tisu dan apa-apa sahaja yang anda mahu gunakan untuk Raya dan pastikan mereka boleh digunakan. Ini aktiviti baik untuk dapatkan bantuan, terutamanya ketika anda sibuk di dapur.

Satu hari sebelum majlis Raya

8:00 pagi

Jika rendang sudah sejuk, simpan berbahagi mengikut bekas supaya senang dipanaskan kemudian. Simpan yang diperlukan untuk menu Hari Raya esok dalam peti sejuk dan bekukan yang lain jika ada lebihan. Rendang daging boleh disimpan berbulan, alasan baik untuk menyediakan hidangan ini awal jika anda mempunyai masa. Jika rendang belum cukup sejuk, bekalkannya kemudian.

Sebaik sahaja anda selesai, pergi cari lemang. Kebanyakan kawasan perumahan besar akan mempunyai sekurang-kurangnya satu gerai lemang yang dibuka sepanjang Hari Raya, ya, pada hari pertama juga! Jika anda tidak pasti di mana anda boleh dapatkan lemang, berikut adalah cadangan kami:

  • Terletak gerai lemang popular di Lebuhraya Karak, terutamanya dalam perjalanan pulang dari Bukit Tinggi ke arah Kuala Lumpur, selepas terowong.
  • Berdekatan Kanna Curry House di Seksyen 17, Petaling Jaya.
  • Cuba cari gerai lemang di Taman TAR, terletak berhampiran ISKL dan SPCA.
  • Lemang Jalan Ampang di hadapan Tiara Ampang Condominium. Anda juga boleh mengakses gerai itu melalui susur keluar terakhir AKLEH.
Tip: Hantar bantuan anda untuk keluar cari lemang! Lagipun, anda masih ada perkara lain yang perlu dilakukan untuk menu Hari Raya anda. Lemang tidak perlu disimpan peti sejuk. Simpan lemang di kawasan sejuk dan kering.

Seterusnya, siapkan meja anda. Sama ada anda akan hidangi makanan di atas meja makan atau secara bufet, ia adalah idea baik untuk meletakkan pinggan mangkuk dahulu untuk memastikan ruang secukupnya, pinggan mangkuk sesuai, serta sudu dan gelas mencukupi., Senyediakan meja lebihan jika ruang tidak mencukupi. Jika tetamu dijangka akan datang dan pergi sepanjang hari, susunan gaya bufet lebih sesuai untuk menambah semula makanan dan pinggan mangkuk dengan senang.

Jangan lupa untuk keluarkan biskut-biskut yang anda sembunyikan. Untuk mata tambahan, masukkan biskut Raya ke dalam botol yang lebih cantik jika ia dibekal dalam bekas plastic bulat biasa.

Tip: Bantuan anda boleh tolong susun meja dan masukkan biskut raya ke dalam bekas cantik.
5:00 petang (atau lebih awal)

Masak kuah kacang. Seperti rendang, anda perlu biarkan ia semalaman untuk sejuk. Sebagai alternatif, jika tetamu anda hanya akan datang lewat esok, anda boleh sediakan kuah kacang esok. Hanya, jangan lupa rendam kacang tanah hari ini dan bukan semalam.

peanut sauce
Kuah kacang sedap
9:00 malam

Beli beberapa beg ais kerana dulang ais di dalam peti ais tidak pernah cukup! Jangan lupa simpan ais dalam peti ais, kalau tidak anda akan mempunyai beg air sebaliknya. Tidak pasti di mana anda boleh beli ais? Ia boleh didapatkan di kebanyakan pasaraya, beberapa stesen minyak dan hampir semua kedai 7-11.

Hari majlis Raya!

6:00 pagi

Kita tahu ia masih awal, tetapi anda perlu bangun kerana banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menu Hari Raya anda. Mula dengan mendapatkan bantuan anda untuk mengasing and menyimpan kuah kacang. Simpan bekal yang tidak perlukan di dalam peti sejuk. Sambil itu, rebus air dalam periuk dan masak nasi impit mengikut arahan paket. Anda tidak perlu masak semua nasi impit sekaligus kerana ia boleh dimasak sepanjang hari jika tetamu anda datang dan pergi. Jika ada periuk besar yang tidak digunakan, anda boleh siapkan semua nasi impit sekaligus dan potong hanya yang diperlukan dahulu.

Hari Raya menu emergency
Pembantu hidup – nasi Impit segera

Jika menggunakan santan segar, dapatkan bantuan anda keluar membelinya sebaik sahaja kedai dibuka. Sediakan bahan-bahan untuk lodeh sementara menunggu dan nasi impit  dimasak. Mula masak lodeh bila santan tiba, tetapi simpan paket santan si dalam peti sejuk sehingga anda perlu menggunanya. Bila sudah dimasak, biar kuah lodeh di dalam periuk supaya senang dipanaskan jika perlu.

lodeh
Lodeh sedap!
Tip: jika anda jangka banyak tetamu akan datang sepanjang hari dan bimbang lodeh tidak mencukupi, sediakan bahan-bahan tambahan terlebih dahulu supaya anda boleh memasak lebih lodeh dengan senang kemudian.
9:00 pagi

Bila nasi impit sudah sejuk, potong dadu dan masuk ke dalam mangkuk hidang. Jangan lupa potong dan hidang lemang dan serunding juga. Tutup hidangan anda dengan balutan plastik atau kain lilin lebah jika bekas yang disediakan tidak mempunyai penutup.

10:00 pagi

Pergi mandi semasa bantuan anda tolong di dapur dan menyediakan minuman. Potong cincau dadu kecil atau hiris nipis. Buat beberapa jag sirap. Simpan kedua-dua bahan ini di dalam peti sejuk sehingga tetamu tiba. Masukkan beberapa ketulan ais ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais sehingga tetamu tiba juga. Jika anda mahu minuman lain, lihat senarai resipi minuman mudah kami untuk beberapa cadangan.

easy drink recipes
Sediakan minuman anda
15-20 minit sebelum tetamu tiba

Jika anda tahu waktu tetamu akan tiba, panaskan rendang dan kuah kacang. Hidang dan pastikan ia ditutup sehingga tetamu sedia makan. Jangan lupa hidang kuah lodeh juga. Jangan risau jika tetamu perlu tunggu seketika semasa anda menghidang menu anda – biskut Raya boleh dimakan sambil mereka menunggu.

Tip: Basuh pinggan mangkuk bila dapat peluang merehat antara tetamu. Tambahkan hidangan yang tidak perlu dipanaskan, seperti nasi impit, lemang dan serunding.

Ikut rutin sama untuk panaskan makanan bagi kumpulan tetamu seterusnya, dan jangan lupa untuk dapatkan bantuan!

Saya tidak tergesa-gesa dan mempunyai masa untuk membuat beberapa hidangan tambahan

Ada masa lebihan? Bagus. Selain memasak dua jenis rendang, mari masak beberapa hidangan lain yang boleh melengkapi menu Hari Raya anda:

  • Sambal kelapa – hidangan ini sangat baik bila menggunakan santan segar untuk lodeh kerana anda boleh menggunakan sisa kelapa parut untuk membuat hidangan ini.
  • Mee goreng Mamak – kerana, mi! Hidang ini perlu disiapkan pada hari majlis atau mi anda mungkin kering.
coconut sambal
Sambal kelapa – sedap dibuat jika anda mempunyai masa tambahan
Tips tambahan
  1. Anda boleh beli biskut dan serunding lebih awal kerana ia boleh disimpan lama… selagi anda berdisiplin untuk tidak memakannya dahulu!
  2. Selain daripada biskut, keropok dan snek lain juga bagus dibeli untuk menjaga hati (dan perut) tetamu anda, dan diri anda, di antara waktu makan.
  3. Bantuan lebih untuk menyediakan makanan dan membasuh pinggan mangkuk sentiasa baik.

Lihat? Tak begitu susah kan? Anda hanya perlukan beberapa hari untuk menyelesaikan masalah menu Hari Raya cemas dan menyediakan hidangan lazat untuk kawan-kawan dan keluarga. Dan jika anda tidak mempunyai kecemasan kesuntukan masa, pelan ini masih boleh diguna untuk membantu anda aturkan pelan Raya anda. Mari mula merancang! Jika anda mempunyai cadangan di mana kami boleh dapatkan biskut raya, lemang dan serunding sedap sepanjang bulan Raya, berkongsilah dengan kami pada ruang komen di bawah.


 

Artikel lain:

6 Resepi Minuman Mudah untuk Raya dan Majlis Istimewa Anda

Resepi Ekspres untuk Tetamu yang Tidak Diduga di Aidilfitri

10 Raya Cookie Recipes with Milo and Oreo? Dreams do Come True!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More