Madu Kelulut: Superfood Malaysia Bertaraf Antarabangsa

Madu kelulut dikenali sebagai eliksir kehidupan kerana nilai khasiat yang terkandung dalam madu tersebut adalah lebih tinggi berbanding madu lebah. Walaupun rupanya sama dengan madu lebah biasa, tetapi perisanya yang lebih masam dengan kandungan khasiat yang berbeza membuatkan madu kelulut sangat unik.

Ramai mungkin tidak tahu, tapi sebenarnya madu kelulut mempunyai keunikan yang menjadikan makanan tersebut salah satu makanan superfood Malaysia bertaraf antarabangsa. Untuk ketahui apakah keunikan madu ini, mari kita sama-sama melihat penulisan di bawah.

Kredit: mohdzarin.com

Penghasilan Madu Kelulut

Madu kelulut terhasil oleh lebah kelulut iaitu sejenis lebah tanpa sengat yang boleh ditemui di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Dikatakan juga bahawa terdapat kira-kira 500 spesies lebah kelulut di seluruh dunia.

Lebah lelulut, yang juga dipanggil stingless bee dalam Bahasa Inggeris, berfungsi sebagai ejen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesies buah-buahan, bunga-bungaan, sayur-sayuran dan tanaman lain. Lebah kelulut ini menyimpan madu yang terhasil dalam tempayan-tempayan kecil. Madu yang terhasil adalah berwarna putih dan lebih masam berbanding madu yang dihasil oleh lebah lain.

Walaupun masam, madu ini merupakan madu yang mahal dan mempunyai permintaan yang tinggi kerana madu yang terhasil adalah sedikit dan daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

Kredit: kelulutjohor.blogspot.my

Khasiat Madu Kelulut

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), madu ini mengandungi asik fenolik yang bermanfaat kepada manusia. Selain itu, madu ini juga mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu biasa.

Madu kelulut ialah salah satu superfood yang paling berkesan dalam pencegahan jangkitan penyakit dan mempunyai komponen komposisi flavanoid dan finolik yang bersifat alkali dan menurunkan kadar keasidan dalam badan.

 

Fungsi Kesihatan Madu Kelulut

Antara kelebihan jenis madu yang unik ini dari aspek kesihatan ialah:

1. Membunuh sel kanser
Madu ini dilihat mempunyai potensi dalam rawatan kanser kerana mengandungi asid p-coumaric, iaitu sejenis bahan antikoksidan yang dipercai mampu mengurangkan pembentukan karsinogen nitrosamin yang selalunya dikaitkan sebagai punca penyakit kanser perut berlaku. Selain itu, madu ini juga mengandungi asi fenilproponik yang dapat mengurang keradangan kanser usus besar akibat pembentukan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2).

2. Mengurangkan kepedihan gastrik
komponen komposisi flavanoid dan finolik dalam madu dapat mengurangkan rasa pedih akibat kandungan asid tinggi dalam perut yang menghakis dinding perut bagi penghidap gastrik.

3. Menghilangkan kepenatan
Komposisi gula semula jadi, mineral, vitamin, enzim dan asid amino dalam gula ini memberikan tenaga dan meningkatkan metabolisma badan.

4. Mengawal kadar kolestrol
Asid fenilproponik dalam madu juga dapat membantu dalam pengawalan kadar kolestrol dalam plasma darah di samping trigliserida di dalam hati.

Kredit: lelong.my

Madu dalam Makanan

Madu kelulut lazimnya, dimakan terus kerana rasanya yang masam dan sedikit cair berbanding madu biasa. Namun begitu, ini tidak bermakna madu ini tidak boleh dimakan dalam cara lain. Berikut merupakan antara cara anda boleh makan madu ini:

1. Campur dua sudu besar madu dan satu setengah sudu besar perahan limau. Campuran ini lazimnya, dimakan untuk merawat selesema.

2. Campur dua sudu besar madu, satu setengah perahan limau dan sedikit bawang putih yang dicincang halus untuk merawat batuk.

3. Jika anda sukakan salad buah dan mahu salad anda mempunyai perisa yang lebih enak, anda boleh masukkan tiga-empat sudu besar madu ini ke dalam mangkuk yang berisi buah seperti pisang, nenas, epal, mangga, anggur dan perahan jus oren.

4. Anda juga boleh gunakan madu ini untuk makan bersama yogurt kosong bersama sedikit potongan buah manis seperti strawberi dan mangga.

 

Khasiat dan kelebihan madu ini menjadikan madu kelulut sejenis makanan yang sentiasa dicari seluruh dunia baik untuk digunakan dalam penyediaan makanan atau rawatan penyakit. Kesukaran untuk menemui madu ini juga menjadikan makanan ini sebagai suatu makanan yang eksotik dan lebih bernilai berbanding madu-madu yang lain.

Oleh itu, tidak hairanlah madu kelulut dinamakan sebagai makanan superfood bertaraf antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menghargai dan berusaha untuk mengangkat lagi madu kelulut sebagai satu jenama madu yang paling dikehendaki di dunia dengan mengkomersialkan lagi penternakan lebah kelulut untuk penghasilan eliksir kehidupan ini.

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again