Kunyit Sebagai Bahan Kecantikan Masa Kini

Masyarakat Malaysia sudah terbiasa dengan adanya kunyit sebagai  rempah yang digunakan di dalam pelbagai masakan seharian seperti gulai kunyit ataupun sekadar bahan penyedap untuk ayam mahupun ikan goreng. Rempah yang mempunyai warna kuning terang ini berasal dari benua Asia khususnya Asia Tenggara dan sesetengah juga berpendapat ia berasal dari India. Kunyit juga dipercayai telah dijadikan sebagai bahan tradisional yang mengubati penyakit pada zaman terdahulu. Bahan rempah yang juga dikenali sebagai haldi di India ini sangat mudah untuk di tanam sekitar kawasan rumah anda.

Cara cara menanam kunyit termasuklah dengan membalut kunyit menggunakan surat khabar yang lembap yang kemudiannya disimpan di kawasan yang gelap atau tidak terdedah dengan cahaya matahari. Selepas itu, ia perlulah dipantau sekali sekala bagi memastikan balutan surat khabar sentiasa lembap. Tunas akan mula tumbuh selepas dua hingga tiga minggu yang kemudiannya perlu ditanam ke dalam medium tanaman yang sesuai. Penggunaan medium penting bagi memastikan ia tumbuh dengan sihat. Kunyit juga mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi yang sangat bagus bagi sesiapa yang mahu merawat masalah kulit dan rambut. Serlahkan kecantikan semula jadi anda menggunakan kunyit dengan informasi dan cara menangani masalah seharian ini;

1. Merawat Jerawat
Kunyit sangat sesuai bagi sesiapa yang mempunyai masalah jerawat kerana ia mengandungi antiseptik dan antibakteria. Kedua dua antiseptik dan antibakteria bertindak sebagai penghalang dan melindungi kulit muka daripada pertumbuhan jerawat.  Jerawat mempunyai bakteria dan terjadi apabila folikel rambut yang tersumbat dengan sel sel kulit mati dan minyak.

Cara penggunaan:
Dengan menggunakan serbuk kunyit, anda boleh menyediakan mask muka dengan mencampurkan ia bersama serbuk cendana dan jus limau. Selepas itu, aplikasikan campuran tadi ke muka dan biarkan selama sepuluh minit yang kemudiannya dibasuh dengan air suam.

Bagi sesiapa yang mahu menghilangkan parut jerawat di muka, anda boleh mencampurkan kunyit dan air kosong selama 15 minit.

Kredit: etrebella.com

2. Meningkatkan Keanjalan Kulit
Kunyit mengandungi antioksida yang membantu dalam melahirkan sel kulit baru dan boleh membantu  anda kelihatan muda remaja dengan meningkatkan keanjalan kulit. Antioksida melindungi kulit daripada tekanan alam sekitar yang boleh menyebabkan kulit kelihatan tua.

Cara Penggunaan:
Bagi menghilangkan kedutan di muka dan membuatkan kulit lebih anjal, kunyit boleh dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan mask yang boleh dipakai di rumah pada bila bila masa sahaja. Untuk membuat mask muka, anda perlulah mencampurkan serbuk kunyit, serbuk beras, susu mentah dan jus tomato yang kemudiannya dilumurkan ke keseluruhan muka dan leher selama 30 minit. Selepas itu, bersihkan muka dan leher anda menggunakan air suam.

Kredit: actonskincare.com

3. Merawat Selaran Matahari (Sunburn)
Selaran matahari berlaku apabila kulit terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama. Ia selalunya terjadi kepada kanak-kanak dan warga tua kerana mereka memiliki kulit yang lebih sensitif. Selaran matahari kerap berlaku apabila anda melakukan aktiviti di tempat yang tiada lindungan daripada sinaran matahari seperti di pantai dan taman.

Cara Penggunaan:
Kunyit boleh merawat selaran matahari kerana ia mempunyai kandungan antiseptik. Anda boleh mencampurkan kunyit bersama gel aloe vera  dan letakkan ia di tempat yang mengalami selaran matahari.

Kredit: aloeveramalaysia.com

4. Merawat Rekahan Tumit Kaki
Rekahan pada tumit kaki boleh terjadi atas beberapa faktor seperti kandungan air yang kurang dalam badan yang mengakibatkan kulit menjadi kering dan akhirnya keras yang menjadikan rekahan. Selain itu, faktor berat badan juga salah satu penyumbang kepada rekahan kaki. Ini kerana kaki tidak dapat menampung  berat badan yang berlebihan.  Di samping itu, pemilihan dalam memakai kasut tumit tinggi juga salah satu faktor yang menyumbang kepada rekahan tumit kaki.

Cara Penggunaan:
Bagi merawat rekahan tumit kaki, anda memerlukan 3 sudu serbuk kunyit yang sudah dicampurkan bersama beberapa titis minyak kelapa atau minyak jarak yang kemudiannya di aplikasikan di tumit kaki dan di biarkan selama 10 sehingga 15 minit sebelum anda mandi. Anda perlulah kerap mengamalkan tips ini bagi menhilangkan rekahan dan melembutkan tumit kaki anda.

Kredit: blue-emu.com

5. Menjadikan Kulit Berseri
Kunyit juga boleh digunakan sebagai krim malam yang diaplikasikan di muka sebelum tidur atau majlis majlis penting seperti hari perkahwinan.  Bagi anda yang mahu kelihatan berseri dan segar, boleh lah cuba menggunakan kunyit yang sudah digunakan sejak azali lagi sebagai salah satu bahan dalam mendapatkan kulit yang diimpikan.

Cara Penggunaan:
Anda perlu menyediakan kunyit, susu atau yogurt yang dicampur dan kemudiannya di letakkan di atas muka. Biarkan mask yang mempunyai bahan campuran itu selama satu malam dan bersihkan muka anda pasa keesokkan paginya. Selain itu, anda boleh meletakkan secubit serbuk kunyit dan campurkan bersama pelembap(moisturizer) yang perlu di gunakan sebelum bersiap. Untuk keputusan yang lebih memberangsangkan, anda perlu lah mengamalkan rutin ini sekurang-kurang nya dua kali seminggu pada jangka masa yang lama sebelum anda menghadiri majlis majlis penting untuk kelihatan sihat dan muda.

Kredit: thrivemarket.com

6. Menghapuskan Kelemumur
Kelemumur terjadi apabila pertukaran kulit kepala dua kali lebih pantas dari kebiasaanya. Jangka masa yang normal untuk pertukaran kulit kepala adalah 28 hari tetapi sesetengah orang hanya memerlukan 11 hari untuk pertukaran kulit kepala mereka . Di sebabkan pertukaran kulit kepala yang pantas, kulit yang lama akan menggelupas maka terhasilnya kelemumur. Kelemumur boleh dilihat dengan mata kasar yang berbentuk kepingan kecil dan berwarna putih.  Kunyit mempunyai nutrisi yang cukup dan sesuai untuk merawat rambut dan kulit kepala. Rempah ini juga membersihkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dengan melancarkan kitaran darah di dalam kulit kepala.

Cara Penggunaan:
Kunyit boleh digunakan dalam menghapuskan kelemumur dengan mencampurkan ia bersama minyak zaitun dan applikasikan campuran ini di kulit kepala sebelum mencuci rambut. Biarkan campuran di atas kepala selama 15 minit dan bersihkan ia menggunakan syampu.

Kredit: getty images

7. Pewarna Rambut Semula Jadi
Kunyit menjadi salah satu bahan yang boleh dijadikan pewarna rambut semula jadi, ini kerana warnanya yang cerah. Walaubagaimanapun, rambut yang bewarna hitam sukar untuk di ubah jika diwarnakan menggunakan rempah kunyit. Kunyit sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai warna rambut yang lebih cerah seperti coklat dan merah. Jika kunyit diaplikasikan secara berlebihan, ia akan menukarkan warna rambut anda kepada kuning terang.

Cara Penggunaan:
Dengan mengunakan kunyit yang dicampurkan dengan bahan herba dan bunga yang bewarna kuning seperti calendula dan teh chamomile. Campuran ini kemudiannya didihkkan dan selepas disejukkan, tuangkan ia di atas kepala. Biarkan campuran di atas kepala selama 15 sehingga 20 minit dan basuhkan ia untuk mendapatkan warna rambut yang terang.

Kredit: getty images

Dengan menggunakan bahan semula jadi, ia mungkin bertindak lebih lambat daripada produk yang mempunyai bahan kimia tetapi ia tidak memudaratkan pengguna. Kunyit boleh didapati di pasaran dengan harga yang murah dan ia juga mudah untuk di tanam! Bahan rempah yang terhangat digunakan bagi menyerlahkan kecantikan ini boleh menolong anda dalam merawat masalah kulit dan rambut yang biasa di alami oleh kebanyakkan orang, tetapi apa yang penting ialah keyakinan terhadap kecantikan dan keterampilan anda sendiri yang boleh membuatkan anda kelihatan terserlah!

print
Ili Sakinah
Ili Sakinah

Ili Sakinah loves to lepak at mamak and definitely go with teh anytime, anywhere!

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More