Kek Cawan Cip Coklat: Resepi Ketika Mengidam Mengejut

Kek Cawan Cip Coklat
Kek cawan cip coklat – siap dalam beberapa minit!

Anda pernah melaluinya. Anda berasa agak lapar. Makanan dalam peti sejuk tidak menarik perhatian anda dan anda tidak mahu makan keropok, kacang atau jajan. Anda mahukan sesuatu yang manis tetapi tidak terlalu manis. Anda mahukan kek. Bukan, biskut. Sekejap, mungkin anda mahukan gabungan kek biskut cip coklat. Dan anda mahukan makanan hibrid tersebut sekarang.

Tetapi proses penyediaan pencuci mulut tersebut akan mengambil masa yang lama. Anda perlu ukur bahan, sediakan adunan, sejukkan adunan, panaskan ketuhar, bakar adunan dan tunggu beberapa minit lagi untuk kek anda sejuk. Kenapalah anda tidak boleh petik jari dan kek itu sudah siap?

Sebenarnya, ada caranya. Dan tidak, ini bukan gurauan.

Jika anda tidak pernah cuba membakar kek dalam ketuhar gelombang mikro, sudah tiba masanya untuk anda mencuba. Lagipun, pasti ada sebab mereka menggelar peralatan itu sebagai “ketuhar”, bukan? Resipi yang kami mahu berkongsi dengan anda ini akan menyediakan kek cawan cip coklat yang lembap dan cukup kaya serta mempunyai tekstur seperti apom. Kek yang dihasilkan tidak begitu kenyal seperti biskut tetapi warna dan jumlah cip coklat yang digunakan akan membuatkan kek tersebut kelihatan seperti biskut. Resipi ini sangat mudah untuk disediakan dan cepat masak.

Sama ada anda sendiri yang mengidam atau anak anda yang teringinkan kek, resipi kek cawan cip coklat ini memang sesuai untuk dapatkan kepuasan segera. Tambahan pula, hasil resipi ini memang sangat sedap! Jika anda mempunyai cawan yang cantik, resipi ini menjadi penyelamat anda apabila tetamu tidak diundang bertandang ke rumah. Mereka tidak akan tahupun yang kek anda sediakan itu menggunakan ketuhar gelombang mikro sahaja.

 

Bahan-bahan

  • 2 ½ sudu besar cip coklat
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar susu
  • ½ sudu kecil ektsrak vanila
  • 3 sudu besar minyak sayuran
  • 4 sudu besar tepung serbaguna
  • 1 ½ sudu besar gula perang
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 1/8 sudu kecil garam

 

Cara-cara

  1. Di dalam sebuah mangkuk sederhana besar, pukul telur sehingga kembang.
  2. Seterusnya, masukkan susu, ekstrak vanila dan minyak masak di dalam mangkuk. Pukul sehingga sekata.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk. Gunakan pemukul untuk menggabungkan adunan secara sekata. Pastikan mana-mana ketulan hancur. Anda mahukan adunan yang halus agar kek masak dengan sekata.
  4. Tuang separuh adunan ke dalam cawan besar, diikuti separuh cip coklat. Tuang baki adunan dan tabur baki cip coklat di atas adunan tersebut. Jangan kacau adunan kerana akan menyebabkan cip coklat mendap ke bawah.
  5. Bakar di dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit pada suhu tinggi.
  6. Biarkan kek menyejuk selama seminit sebelum dihidang.

 

Tip tambahan

  1. Minyak masak yang tidak mempunyai rasa yang kuat paling sesuai digunakan dalam resipi ini seperti minyak biji anggur, jagung atau bunga matahari. Gunakan minyak kelapa, bijan atau zaitun anda untuk resipi lain.
  2. Cip coklat biasa, separa manis atau hitam? Kesemuanya sesuai untuk resipi ini. Pilih cip coklat yang anda paling gemari!
  3. Kek cawan ketuhar mikro akan mengeras dan menjadi liat dan kenyal apabila sudah sejuk. Pastikan anda makan kek sementara masih panas!
  4. Untuk jadikan kek anda lebih kaya, hidangkan kek cawan cip coklat anda dengan aiskrim vanilla, krim putar atau kedua-duanya sekali. Untuk buatkan anda berasa seperti menikmati biskut cip coklat, hidangkan kek dengan segelas susu sejuk atau suam. Memang sedap!

Kek cawan cip coklat sememangnya satu hidangan pencuci mulut yang cepat untuk disediakan. Resipi ini membuatkan anda berasa selesa dengan rasa kek yang panas, lembap dan cukup bercoklat. Jika anda atau anak anda mengidamkan sesuatu yang manis, cubalah resipi kami ini dan tunjukkan kek cawan anda dengan meletakkan hashtag #butterkicap pada gambar anda!


 


print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.