Khasiat Ayam Kampung Yang Anda Perlu Tahu

Dalam banyak-banyak daging, daging kegemaran rakyat Malaysia adalah sememstinya daging ayam. Hal ini demikian kerana ayam merupakan satu-satunya daging yang boleh dimakan oleh semua bangsa tanpa ragu-ragu dan terdapat pelbagai resepi ayam yang cukup menyelerakan untuk dicuba.

Daripada resepi mudah seperti ayam goreng hinggalah yang lebih rumit seperti ayam kurma, setiap isi rumah pasti menyediakan sekurang-kurangnya satu sajian berasaskan ayam dalam seminggu.

Walaupun begitu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri mula sedar tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan hidangan berasaskan ayam yang wujud di Malaysia setakat ini tidak dianggap sesuai untuk dikelaskan sebagai ‘sihat’. Namun begitu, terdapat cara untuk anda makan ayam dan kekal sihat.

Caranya mudah sahaja. Tukar ayam yang anda selalu beli dengan ayam kampung.

 

Kenali Ayam Kampung

Kredit: ayamkampung.com.my

Ayam kampung merupakan ayam ternak yang bersaiz kecil. Ayam kampung lazimnya mempunyai bulu pelepah berwarna merah-hitam.

Ayam kampung, secara tradisionalnya dipelihara untuk daging dan juga telur. Namun begitu, ayam kampung mempunyai kadar pengeluaran yang rendah berbanding ayam komersial lain.
Ayam kampung betina lazimnya, menghasilkan 55 hingga 100 biji telur setiap tahun dengan berat purat kira-kira 39 gram. Kualiti telur ayam kampung ini bergantung pada cara eraman telur tersebut.

Bagi ayam kampung yang diternak  untuk daging pula, ayam kampung hendaklah mencecah berat 1-1.5kg terlebih dahulu. Sebelum ayam kampung diternak secara besar-besaran untuk pasaran komersial, harga ayam kampung adalah lebih tinggi daripada daging ayam lain. Kini, ayam kampung boleh diperoleh pada harga yang berpatutan di kebanyakan pasar tempatan.

 

Ayam Kampung vs Ayam Ternak Lepas

Kredit: usahawanternakanayam.blogspot.my

Kebanyakan pengguna menganggap bahawa ayam kampung dan ayam ternak lepas adalah sama. Sebenarnya, ayam kampung merujuk pada jenis baka ayam yang berasal di Malaysia.

Ayam ternak lepas merujuk pada ayam yang diternak tanpa kawalan dan diberi makanan organik. Ayam ternak lepas ini bergerak bebas di kawasan lapang yang berumput. Namun begitu, cara tersebut adalah cara ternak lepas yang digunakan pada zaman dahulu.

Kini, ayam ternak lepas dilakukan di kawasan yang tertutup tetapi luas untuk ayam bergerak bebas. Oleh itu, dalam memilih ayam yang betul-betul organik dan sihat, anda perlu pastikan ayam kampung yang dibeli adalah diternak secara ternak lepas dan diberi makanan organik.

 

Produk Ayam Kampung

Kredit: jayagrocer.com

Manfaat kesihatan yang diperoleh daripada ayam kampung adalah pada daging dan juga telur yang dihasilkan.

Daging ayam kampung didapati kurang berlemak dan lebih sihat berbanding ayam yang diternak secara komersial. Namun begitu, tekstur daging ayam kampung adalah lebih liat. Meskipun begitu, rasa daging itu sendiri lebih manis.

Sebenarnya, nilai kesihatan sebenar ayam kampung adalah pada telur ayam tersebut. Berbanding telur ayam biasa yang dijual di pasar raya, telur ayam kampung mempunyai kandungan omega-3 yang lebih tinggi di samping mempunyai kadar mineral dan vitamin tinggi.

Kualiti nutrien dalam telur dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti makanan yang diberi kepada ayam, cara ayam diternak dan juga kebebasan yang diberi untuk ayam bergerak. Perbezaan kualiti ini dapat dilihat menerusi warna telur kuning dan juga ketebalan kulit telur.

Telur ayam biasa mempunyai warna telur kuning yang lebih pudar dan mulit yang lebih nipis berbanding telur ayam kampung yang mempunyai warna telur kuning yang lebih terang dan kulit tebal.

 

Khasiat dan Nutrien Telur Ayam Kampung

Telur ayam kampung mempunyai minyak Omega 3 yang sudah terbukti mampu menghindari penyakit jantung, merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi.

Dalam telur ayam kampung, kandungan lemak asid omega-3 adalah enam kali ganda lebih banyak berbanding telur biasa. Namun  begitu, kandungan omega-3 daripada dua biji telur ayam kampung masih sedikit berbanding kandungan omega-3 yang terkandung dalam 3 auns ikan salmon.

Ayam kampung sebenarnya, jika diternak dengan betul, pasti memberi banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Oleh itu, anda perlulah selidiki dahulu supaya dapat mengenal pasti pengeluar ayam kampung yang memberikan bekalan daging dan juga telur ayam kampung yang berkualiti.

Antara pengeluar ayam kampung di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, pengeluar ayam kampung yang dilihat memenuhi kriteria-kriteria yang anda ingini daripada pengeluar ayam kampung ialah DQ Clean Chicken. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melawati laman web DQ Clean Chicken sendiri.

 

 

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk menggantikan daging ayam anda dengan ayam kampung?

Segala resepi berasaskan ayam yang menjadi kegemaran anda masih dapat dinikmati tanpa perlu berkompromi dari segi rasa dan kualiti makanan itu sendiri. Jangan lupa untuk cuba resepi-resepi ayam Butterkicap dan lihatlah perubahan pada kesihatan anda setelah bertukar pada ayam kampung.

Jika anda sudahpun biasa makan ayam kampung, sila beritahu kami kebaikan dan manfaat lain ayam kampung berbanding ayam komersial lain supaya dapat dikongsi dengan pembaca Butterkicap yang lain.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.