Kari Debal: Resepi Warisan yang Panas Berapi!

kari debal
Jangan terpedaya – kari debal memang pedas

Kari debal atau kari devil merupakan sajian tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Serani dan adalah salah satu daripada sajian warisan Malaysia yang kurang popular. Hal ini demikian kerana makanan Kristang sukar untuk didapati di luar sehinggalah sejak akhir-akhir ini.

Walaupun restoran Serani tidak lagi bercambah seperti cendawan selepas hujan, tetapi peminat kari debal boleh mendapatkan sajian ini di restoran Nyonya terpilih dan sejumlah kecil restoran Serani yang ada.

Satu lagi sebab sajian ini tidak begitu popular mungkin kerana setiap keluarga Serani mempunyai cara memasaknya tersendiri, sepertimana resipi Malaysia yang lain. Ada yang sukakan sajian ini lebih pedas, anda yang suka lebih masam dan ada yang sukakan kari yang lebih kering.

Walalu apapun kegemaran setiap keluarga, anda boleh tanya mana-mana rakan Serani anda dan mereka akan teringat menikmati kari debal sejak kecil lagi. Walaupun tiada catatan tentang asal-usul kari debal, sajian ini dipercayai merupakan gabungai masakan Portugis dan Nyonya yang dicipta selepas kedatangan Portugis untuk menjajah Melaka ratusan tahun lalu.

Bagi masyarakat Serani, kari debal selalu disediakan semasa Hari Krismas, di samping hidangan kambing panggang atau ayam belanda panggang. Hidangan ini agak mudah untuk disediakan sehingga sudah menjadi sebahagian daripada hidangan waktu makan biasa dan juga acara istimewa lain.

Resepi kami merupakan sajian klasik keluarga Danker-Sta Maria dan mereka cukup berbesar hati untuk berkongsi dengan kami cara penyediannya. Apapun ingat ya, hidangan ini memang pedas. Jadi, makanlah dengan hati-hati.

 

Bahan-bahan

  • 1.2kg ayam, dipotong 24
  • 3g biji sawi (1 sudu kecil)
  • 370g kentang, dibelah 6 setiap satu (4 biji kentang sederhana besar)
  • 470g air
  • 125 bawang besar, dibelah 6 (1 biji bawang)
  • 40g cili merah, dipotong 3 bahagian setiap satu (2 biji cili)
  • 20g gula
  • 20g garam
  • 80g cuka putih disuling
  • 70g minyak masak

 

Bahan tumis
  • 90g bawang putih, dikupas kulit
  • 125g bawang merah, dikupas kulit
  • 14 serai, bahagian putih sahaja (kira-kira 2 batang)
  • 24g halia, dikupas kulit & dipotong kecil-kecil
  • 6g kunyit, dipotong kecil-kecil
  • 10g lengkuas, dipotong kecil-kecil
  • 78g cili kering, direndam dalam air panas selama 15 minit
  • 110g cili merah
  • 40g buah keras
  • 145g minyak masak

 

Hidangan untuk: 6 orang

 

Cara-cara: menyediakan kari debal

  1. Sediakan semua bahan anda.
  2. Kisar semua bahan tumis hingga halus. Tambahkan sedikit air untuk melancarkan proses kisar, jika perlu. Anda juga boleh menggunakan pemproses makanan.

Masukkan semua bahan tumis dalam pengisar

Kisar hingga halus

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali dasar rata atau kuali biasa di atas api besar.
  2. Terus masukkan biji sawi ke dalam kuali dan goreng sehingga mula meletup.
Anda boleh mendengar bunti biji sawi yang mula meletup
  1. Masukkan bahan tumis dan kacau hingga bahagian tepi mula mengering sedikit, kira-kira 3 minit.
Tumis bahan kisar sehingga bahagian tepi yang menyentuh kuali mula memerang sedikit
  1. Masukkan ketulan ayam dan kacau rata.
Masukkan ayam
  1. Seterusnya, masukkan ketulan kentang. Kacau rata.

Masukkan kentang

Kacau hingga rata

  1. Masukkan air dan kacau hingga kari menjadi sebati. Tunggu hingga menggelegak.
  2. Kecilkan api menjadi sederhana rendah dan biar kari masak sehingga kentang empuk dan ayam masak sepenuhnya, kira-kira 18 hingga 20 minit. Biar kuali terbuka dan sesekali kacau kari. Jangan kacau terlalu kerap atau isi ayam akan terlerai.
Jangan kacau dengan kerap semasa kari masak
  1. Apabila ayam dan kentang sudah masak, masukkan cili merah dan bawang yang dipotong. Kacau dan biar kari masak selama 10 minit.
Masukkan cili merah dan bawang besar
  1. Masukkan gula, garam dan cuka putih. Kacau hingga sebati. Berbanding kari-kari lain, kari debal mempunyai perisa masam cuka. Kari ini sepatutnya berasa masam tetapi tidak terlalu masam hingga anda boleh bau masam cuka tersebut. Masak selama 12 hingga 15 minit lagi, bergantung pada kepekatan kari yang anda suka.
Kami mahu kari debal kami sedikit berkuah tetapi anda boleh biarkan kari masak sedikit lama lagi jika anda sukakan kari kering
  1. Hidangkan bersama nasi putih atau roti.

 

Tip tambahan

  1. Ingat – berat cili kering ialah berat selepas direndam.
  2. Jika anda mahu kari debal anda kurang pedas, buang biji dalam cili merah dan cili kering.
  3. Bahagian paling sukar resepi ini adalah mengisar bahan tumis. Kami mencadangkan anda untuk menggunakan pemproses makanan jika anda tidak mempunyai pengisar yang kuat. Anda juga boleh memotong bahan tumisan kecil-kecil dahulu dan goncangkan pengisar sesekali.
  4. Jika anda mahu kari yang kering, terus memasak dan kacau sesekali sehingga kuah kering atau memekat. Anda juga boleh kurangkan jumlah air yang digunakan.
  5. Kari debal lebih sedap dimakan keesokan harinya. Selain daripada makanan Kristang, kari ini juga sedap dimakan dengan hidangan Nyonya.
  6. Tidak seperti kari yang biasa, kari debal tidak mengandungi santan, daun kari atau rempah kari. Kari debal ialah kari yang lain daripada yang lain. Walaupun begitu, kari ini memang sedap. Kari debal boleh disejukbeku dan disimpan selama tiga bulan.

 

Adakah anda sukakan kari debal ini? Akan anda sentiasa memasaknya sekarang?  Kongsi dengan kami hasil kari anda dengan meletakkan hashtag #butterkicap pada gambar kari debal anda!

 

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.