Peria Goreng Bercili Ala Kampung Enak dan Sihat

Siapa kata peria tak sedap memang tak pernah cuba lagi resepi peria bercili istimewa Butterkicap ini!

Nasib Peria

Ramai orang, bila sebut saja ‘peria’, mereka akan mula mencebik kerana sudah dapat bayangkan rasa pahit payau peria yang begitu mencengkam jiwa dan lidah. Namun begitu, peria goreng yang dijual di kedai nasi daun pisang, misalnya, menjadi satu perkara wajib yang patut ada dalam nasi daun pisang. Hal ini demikian kerana peria goreng memang sedap.

Rasa peria yang sedikit pahit manis membuatkan sesiapa saja bertambah selera malah mempunyai manfaat kesihatan yang cukup baik untuk kita.

Manfaat Kesihatan Peria

Di India, peria merupakan satu bahan masakan yang istimewa. Daripada menjadi bahan utama dalam penyediaan sambar hinggalah digoreng untuk dijadikan kerepek, peria menjadi satu kemestian dalam masakan India. Begitu juga di China. Peria, khususnya peria katak digunakan sebagai bahan sampingan dalam hidangan bergoreng atau dijadikan sup. Di Malaysia pula, peria dijadikan sebagai ulam dan dimakan mentah. Sekarang persoalannya ialah, kenapa peria merupakan bahan makanan yang popular walaupun rasa pahitnya boleh membuatkan sesiapa naik sawan?

Peria dikatakan mempunyai kandungan insulin semula jadi yang tinggi. Pesakit-pesakit penyakit diabetes sering kali disyorkan untuk makan peria kerana peria dapat mengawal kandungan gula dalam darah pesakit dan seterusnya, dapat menyembuhkan penyakit diabetes pesakit jika dijadikan sebagai bahan makanan utama dalam diet pesakit.

Selain itu, peria juga kandungan kuinin yang tinggi dan dikatakan mampu menyembuh penyakit malaria, di negara-negara Asia Tenggara seperti Filipina dan Malaysia. Sebenarnya, ada banyak lagi kebaikan dan manfaat peria yang boleh dikongsikan tapi buat masa ini, kami hanya ada resepi peria goreng bercili ini saja untuk dikongsi. Kalau ramai yang meminta, kami pasti akan berkongsi dengan anda rahsia kesihatan di sebalik sayur dipanggil peria ini.

Bahan-Bahan:

  • 2 batang peria, dihiris
  • 4 sudu besar minyak
  • 3 batang cili merah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar, dihiris
  • 2 sudu besar udang kering
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara:

  1. Belah peria secara memanjang dan keluarkan biji. Hiris peria pada ketebalan kira-kira 1/2 inci,
  2. Letakkan hirisan peria ke dalam mangkuk berisi air dan 2 sudu besar garam. Rendam selama 15 minit.
  3. Kisar cili, bawang putih dan kunyit.
  4. Panaskan 4 sudu besar minyak dalam kuali atas api sederhana besar dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  5. Masukkan udang kering, peria dan hirisan bawang besar.
  6. Masukkan garam dan kacau hingga masak selama 4-5 minit.

Peria tak Pahit, Tapi Sedap!

Kami berharap kami berjaya mengubah fikiran anda tentang keenakan peria goreng bercili ini. Berbeza dengan peria goreng yang kita biasa jumpa di restoran, resepi peria goreng bercili ini memang sesuai untuk golongan yang sedang cuba mengamalkan diet yang lebih sihat. Rasa pahit peria dan kemanisan bawang sudah cukup untuk membuatkan sesiapa naik selera.

Jangan lupa untuk berkongsi dengan kami hasil masakan anda dan jika anda ada resepi-resepi peria yang menarik seperti resepi peria goreng bercili ini, jangan segan, jangan malu. Kongsi bersama kami melalui laman Instagram dan Facebook kami.

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again