5 Jenis Laksa di Malaysia Patut Anda Cuba

Kredit: Gerald Lee

Sajian laksa merupakan sajian bersup yang cukup sinonim dengan masyarakat Peranakan di Malaysia dan Singapura.

Berbeza dengan sajian bermee, laksa merupakan hidangan yang seringkali dijadikan sebagai makanan selesa atau ‘comfort food’ bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Asal-Usul Laksa

Apabila bercakap tentang asal-usul laksa, terdapat pencanggahan dalam bangsa mana yang memperkenalkan sajian ini. Ada yang mengatakan laksa ialah makan Melayu dan ada juga yang mengatakan bahawa laksa ialah makanan Cina.

Untuk menyelesaikan percanggahan ini, saya telah membuat sedikit kajian dan mendapati bahawa laksa dibawa oleh masyarakat Cina yang berhijrah ke Melaka.

Namun begitu, laksa yang kita kenali sekarang sudah menjadi campuran budaya antara bangsa Melayu dan Cina. Jadi, kesimpulan yang boleh kita buat ialah, laksa merupakan makanan yang dimiliki semua bangsa.

Klasifikasi Laksa

Untuk pengetahuan anda, sajian laksa di Malaysia mempunyai tiga klasifikasi utama. Bagi yang tidak tahu tentang hal ini, teruskan membaca dan bersedia untuk menimba trivia laksa yang pasti membuatkan anda kelihatan seperti pakar laksa nanti.

Laksa dibahagikan kepada tiga klasifikasi iaitu kari laksa, asam laksa dan Sarawak laksa. klasifikasi ini dilakukan menurut bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan kuah laksa tersebut. Berikut merupakan ringkasan bagi setiap klasifikasi.

a) Kari Laksa

Kari laksa merupakan variasi laksa yang menggunakan santan dalam penyediaan kuahnya.

Kari laksa lazimnya dikatakan sebagai laksa dengan pengaruh masakan Cina kerana menggunakan paf tauhu dan taugeh. Warna kuah laksa ini lazimnya berwarna kuning kejinggaan seperti warna mee kari dan seringkali dihidangbersama laksa halus atau mee.

b) Asam Laksa

Asam laksa pula merupakan variasi laksa yang tak menggunakan santan dalam penyediaan kuahnya. Bahan utama dalam penyediaan kuah asam laksa ialah isi ikan yang direbus dan diperasa dengan asam gelugur.

Variasi laksa ini meletakkan banyak sayur seperti nenas, timun dan bawang, berbeza daripada kari laksa. Warna kuah lebih kemerahan dan pekat berbanding kuah variasi laksa yang lain.

c) Sarawak Laksa

Variasi laksa yang ketiga ialah sarawak laksa yang merupakan gabungan antara variasi kari dan asam laksa. Ia mempunyai kuah berwarna merah seperti asam laksa tapi lebih cair dan menggunakan santar seperti variasi kari laksa.

Kuah Sarawak laksa tidak menggunakan isi ikan sebagai asas dan mempunyai hiasan ringkas seperti daun ketumbar dan taugeh.

Sekarang, anda sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang ketiga-tiga variasi laksa ini. Jadi, mari kita melihat apakah klasifikasi 6 jenis laksa yang tersenarai.

1. Laksa Utara


Laksa Utara merupakan sajian laksa yang diklasifikasikan sebagai asam laksa. Laksa Utara yang popular merupakan Laksa Pulau Pinang meskipun negeri-negeri lain di Utara seperti Kedah dan Perlis mempunyai variasi mereka tersendiri tapi mempunyai bahan sampingan yang berbeza.

Di Kedah, telur rebus dihidang bersama laksa manakala di Perlis, isi ikan keli dan belut digunakan.

2. Laksam

Kredit: sharmine205omarshahab.blogspot.my

Laksam merupakan variasi kari laksa yang popular di negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Laksam ini diperbat daripada gulungan kueyteow tebal yang dimakan bersama kuah yang diperbuat daripada santan yang dimasak bersama ikan rebus.

Kuah laksam adalah paling pekat antara variasi laksa lain di bawah kari laksa dan dimakan dengan tangan.

3. Laksa Sarawak

Kredit: luarteko.blogspot.my

Laksa Sarawak merupakan laksa yang popular di negeri Sarawak dan menggunakan pes berasaskan sambal belacan.

Ia mempunyai rasa lemak dan masam kerana ia merupakan gabungan antara kari laksa dan asam laksa.

4. Laksa Johor

Kredit: Asian Food Channel

Antara variasi laksa yang unik ialah laksa Johor. Hal ini demikian kerana laksa Johor tidak menggunakan bihun laksa tetapi spageti.

Selain itu, keunikan laksa Johor adalah walaupun ia kelihatan seperti laksa Pulau Pinang tetapi rasanya seperti kari laksa. Laksa Johor merupakan satu-satunya variasi laksa yang menggunakan ikan dan juga santan dalam penyediaan kuahnya.

5. Laksa Lemak

Kredit: Bake With Paws

Laksa lemak ataupun laksa nyonya merupakan variasi laksa di bawah klasifikasi kari laksa yang paling popular.

Saya tak mahu cerita panjang tentang laksa ini kerana lebih baik anda mencuba resepi laksa nyonya tradisional yang dikongsi oleh Justine Lim. Saya pasti anda akan tahu perbezaannya selepas mencuba resepi ini.

Laksa Apa Lagi Kita Ada?

Itu saja senarai laksa yang saya dapat kongsi bersama anda. Jika anda tahu jenis-jenis laksa lain yang saya lupa untuk senaraikan, jangan lupa untuk kongsi bersama saya dengan menghantar komen di bawah ataupun hantarkan mesej kepada saya melalui laman Instagram dan Facebook Butterkicap.

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More